Emas part-2

Posted: April 26, 2011 in Emas

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Moga sihat-sihat selalu. Bertemu kembali dalam post saya mengenai emas part -2. Dalam post saya yang lepas, saya telah memilih AMSYIG GOLD ENTERPRISE (AGE) sebagai platform dalam melakukan pelaburan emas. Jadi mengapa AGE. Di AGE terdapat kelebihan yang tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat EMAS di Malaysia iaitu system GKA.

Sila klik sini untuk post berwarna-warni 🙂

Apa itu GKA?
Suka untuk saya mengambil petikan daripada blog AGE iaitu

“Anda boleh menggandakan emas anda dengan kaedah GKA. Dengan GKA, anda dapat wang sebanyak 65% dari nilai emas, boleh digunakan untuk menambah emas anda. Ingat GKA diwujudkan bukan untuk dapat wang segera, tapi untuk mengajak anda membeli banyak emas untuk kekayaan masa depan.”

Jadi GKA adalah satu system untuk menambahkan bilangan/keuntungan pembelian emas anda berbanding anda membeli emas di syarikat yang lain. Jadi, apa kata kita cuba buat 1 simulasi untuk lebih memahami.

Katakan saya mempunyai modal RM 7000 dan saya ingin membeli emas pada hari ini. Harga emas pada hari ini(25/4/2011) adalah seperti berikut:

Step 1. Jadi dengan RM 7000 saya boleh membeli

Bil Item Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 25 Amsyiq Gold Coin 999 4146 1 4146
2 2 Dinar Fine Gold 999 1438 2 2876
3

Jumlah

7022

Step 2. Dengan kaedah GKA saya menjual kembali emas saya yang bernilai

RM 7022(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+2 Dinar Fine Gold 999)

kepada AGE dengan nilai 65% x RM 7022= RM 4564.3

dengan syarat AGE akan menjual semula kepada saya emas dengan spesifikasi yang sama(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+2 Dinar Fine Gold 999)

pada harga yang sama iaitu RM 4564.3 pada bila-bila masa sahaja yang saya nak.

Step 3. Dengan RM 4564.3 saya meneruskan pembelian dengan membeli

Bil Item Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 25 Amsyiq Gold Coin 999 4146 1 4146
2 ½ Dinar 916 344.50 1 344.50
3

Jumlah

4490.5

Step 4. Saya ulang dengan kaedah GKA dan menjual kembali emas saya yang bernilai

RM 4490.5(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916)

kepada AGE dengan nilai 65% x RM 4490.5 = RM 2918.83

dengan syarat AGE akan menjual semula kepada saya emas dengan spesifikasi yang sama(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916)

pada harga yang sama iaitu RM 2918.83 pada bila-bila masa sahaja yang saya nak.

Step 5. Dengan RM 2918.83 saya meneruskan pembelian dengan membeli

Bil Item Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 2 Dinar Fine Gold 999 1438 2 2876
2

Jumlah

2876

Step 6. Maka emas yang telah berjaya saya miliki adalah

Bil Item Kuantiti
1 25 Amsyiq Gold Coin 999 2
2 2 Dinar Fine Gold 999 4(2 dalam tangan dan 2 lagi telah dijual dengan system GKA
3 ½ Dinar 916 1

Jadi dimanakah keuntungan yang boleh kita perolehi dengan system GKA ini. Maka mari kita sama-sama kira keuntungan apabila harga emas naik. Dijangkakan harga emas minimum akan naik sebanyak 25% setiap tahun dan ianya boleh mencecah sehingga 50%. Jadi seandainya kita mengambil tempoh masa 2 tahun maka kenaikan harga emas adalah 50%. Jom kita kira berapa keuntungan yang kita dapat dengan menggunakan kaedah GKA.

Step a. Baiklah, pada tangan saya terdapat 2 keping 2 Dinar Fine Gold 999(step ke 5). Sekiranya emas naik 50% maka harganya adalah RM 2876×1.5×0.95(setelah ditolak spread 5%)= RM 4098.3

p/s-spread adalah perbezaan antara harga jualan dan harga belian oleh AGE dan ianya sama untuk semua syarikat emas di Malaysia

Step b. Sekarang dengan RM 4098.3 yang saya dapat dengan menjual 2 keping 2 Dinar Fine Gold 999(step ke 5), saya ingin membeli semula emas saya yang telah dijualkan kepada AGE pada step ke 4(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916) dengan harga yang sama pada masa saya jualkan kepada AGE iaitu RM 2918.83.

Jadi RM 4098.3-RM2918.83= RM 1179.47(untung)

Step c. Maka pada tangan saya sekarang terdapat (1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916) dan RM 1179.47(untung). Sekarang saya ingin menjual (1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916) saya. Sekiranya emas naik 50% maka harganya adalah RM 4490.5 x1.5×0.95(setelah ditolak spread 5%)= RM 6398.96

Step d. Sekarang dengan RM 6398.96 yang saya dapat dengan menjual 1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+½ Dinar 916 (step c), saya ingin membeli semula emas saya yang telah dijualkan kepada AGE pada step ke 2(1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+2 Dinar Fine Gold 999) dengan harga yang sama pada masa saya jualkan kepada AGE iaitu RM 4564.3

Jadi RM 6398.96 – RM 4564.3 = RM 1834.6(untung)

Step e.  Maka pada tangan saya sekarang terdapat (1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+2 Dinar Fine Gold 999) dan RM 1834.6(untung). Sekarang saya ingin menjual (1x 25 Amsyiq Gold Coin 999+2 Dinar Fine Gold 999) saya. Sekiranya emas naik 50% maka harganya adalah RM 7022 x1.5×0.95(setelah ditolak spread 5%)= RM 10006.35

Jadi RM 10006.35- RM 7022 = RM 2984.35(untung)

Jadi keuntungan keseluruhan adalah RM 1179.47(step b) + RM 1834.6(step d) + RM 2984.35(step e)= RM 5998.42

Jika ditambah dengan modal asal diakhirnya anda akan memperolehi RM 7022+ RM 5998.42 = RM 13020.42

p/-sekiranya anda hanya membeli emas dengan modal RM 7000 tanpa membuat GKA anda hanya akan mendapat RM 7022 x1.5×0.95(setelah ditolak spread 5%)= RM 10006.35

RM 10006.35- RM 7022(modal)=RM2984.5

Kesimpulannya anda patut melakukan kaedah GKA untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan emas anda J

Sebarang pertanyaan mahupun tempahan bolehla menghubungi saya di

ym-dr_abdrahim@yahoo.com

no tel-0119367282

FB-Rahim Suhaini

Advertisements

Emas-part 1

Posted: April 22, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum wbt..

Rasanya ramai yang tertanya-tanya mengenai emas yang semakin hari mendapat tempat di hati manusia kerana potensinya yang dijamin oleh ALLAH dan terbukti zaman berzaman.

Ikutkan di Malaysia terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan emas dan dirham termasuklah Amsyiq Gold Enterprise(setakat ini emas sahaja), Dinar dan Dirham Kelantan(KGT Sdn Bhd), Public Gold dan sebagainya. Namun saya personally memilih Amsyiq Gold Enterprise dan KGT sebagai platform membeli emas, dinar mahupun dirham.

Sepertimana yang kita semua maklum bahawa harga emas meningkat setiap tahun dan ianya mencecah 35%-50% setahun manakala perak/dirham kenaikan harganya sangat menarik hati bilamana dirham Kelantan dilancarkan ianya berharga RM 14 pada 12TH AUGUST 2010 dan sekarang ianya berharga RM 30. Satu peningkatan 114%.

Oleh itu jelas pelaburan yang paling menguntungkan dan terjamin buat masa ini adalah pelaburan emas dan perak sesuai dengan kuasa beli kita sebagai seorang pelajar. Memandangkan kita pelajar di bumi Mesir terdapat sedikit kesukaran untuk membawa pulang duit EGP dan tiada platform yang sesuai untuk membeli emas. Maka saya bercadang untuk membawa syarikat dari Malaysia ke Mesir agar memudahkan pembelian emas oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Maka ianya satu peluang yang tidak patut dilepaskan.

Untuk makluman lanjut sila layari

http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

http://dinarkel.com/

Bole hubungi saya di

ym-dr_abdrahim@yahoo.com

no tel-0119367282

FB-Rahim Suhaini

Emas dan ….

Posted: April 22, 2011 in Uncategorized

Ingin mengetahui cara menggandakan emas anda?

Kepada sesiapa yang berminat jom pakat pi taklimat tentang emas di rumah saya pada hari ahad ni, pukul 12.30 tengah hari.

Boleh add ym saya dr_abdrahim@yahoo.com ataupun call saya 0119367282 ataupun add FB saya..

Jumpa nanti..

Assalamualaikum wbt

p/s-nak sembang bila-bila pon boleh..any time

Pari yang comel

Posted: September 26, 2010 in macam-macam ada

Senyum sokmo..

Ramai

Posted: June 27, 2010 in pikir-pikir

1. Ramai orang nak berjihad, berdakwah, tapi tak ramai yang memanfaatkan medan yang ada di depan mata, tetapi sibuk mencari medan yang ada dalam angan-angan yang belum kesampaian.

2. Ramai orang nak hidup macam laki bini tanpa akad nikah yang sah, tapi tak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.

3. Ramai yang ada masalah hidup, tetapi mereka tidak menyedari masih ramai yang mempunyai masalah hidup yang lebih teruk dari mereka.

4. Ramai manusia yang tertipu dengan syaitan, tetapi lagi ramai manusia yang tidak sedar mereka ditipu oleh syaitan.

5. Ramai orang mengatakan, sebab akulah benda ni menjadi, berjaya, tetapi tidak ramai yang menyedari yang memberikan dia kejayaan adalah ALLAH.

6. Ramai manusia yang sering melihat pada kejahantan rakan-rakan padanya yang sedikit, tetapi sering lupakan kebaikan rakan-rakan padanya yang teramat banyak.

7. Ramai manusia sibuk ingin membaiki orang lain, tetapi dirinya lebih teruk dari orang yang ingin dia perbaiki.

8. Ramai orang mengatakan merekalah yang paling bahagia semasa couple(tak kawen), tetapi ramai juga yang terseksa bagai internal fixation of bone tanpa anaesthesia bila bercerai berai(tak kawen lagi).

9. Ramai orang bangga atas kejahatan yang dilakukan dan suka cerita kepada orang lain, tapi ramai juga yang tidak sedar pintu-pintu taubat tertutup 1 persatu bila mereka bangga dengan dosa yang dibuat.

10. Ramai orang mengagumi orang lain atas kehebatan, kejayaan orang lain, tetapi tidak berazam untuk lakukan dengan lebih baik dari orang tersebut.

11. Ramai pemimpin yang tidak membuat apa-apa apabila mendapat kuasa, tetapi banyak pula cadangannya apabila tidak berkuasa.

12. Ramai orang pandai berkata-kata, tetapi tidak ramai yang mampu mengotakan apa yang dikatakannya.

13. Ramai orang inginkan pasangan yang baik, tetapi tidak ramai yang berusaha menjadi pasangan yang baik.

14. Ramai orang ingin berjaya dalam hidup, tetapi berapa ramai yang mengetahui apa definisi kejayaan hidup yang sebenar.

15. Ramai orang merasakan hidupnya telah banyak membantu orang ramai, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa orang ramailah yang telah membantu dia dalam membuka jalan untuk mencari pahala.

16. Ramai yang merasakan dia bertuah apabila diberi kelebihan oleh ALLAH, tetapi tak ramai yang menyedari bahawa kelebihan yang ALLAH beri bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi untuk orang ramai.

17. Ramai orang ingin berjaya, tetapi berapa ramai yang ingin membawa rakan-rakannya berjaya bersama-samanya.

18. Ramai orang berasa kuat bila dia berada dalam kumpulan yang besar, tetapi dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya lemah kerana terpaksa bergantung kepada kumpulannya.

19. Ramai orang mempercayai orang lain dan ramai juga yang ditipu, dikhianati oleh orang lain.

20. Ramai orang menyalahkan orang lain dan ramai juga yang menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu perkara berlaku, tetapi berapa ramai yang memulakan langkah penyelesaian?

21. Andaikata semua orang jadi doktor, doktor jadi apa?

22. Ramai orang tak menghayati Al-Quran, tetapi ramai yang mengamalkannya.

“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah(yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpu pada kamu sahaja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”, Surah Yusuf: 9

23. Ramai yang menggunakan kelebihan yang ada pada persatuan bila susah, tetapi berapa ramai yang menyumbang pada persatuan semasa mereka senang.

24. Ramai yang menolak orang lain ke hadapan, tetapi berapa ramai yang menolak dirinya sendiri ke hadapan.

25. Ramai yang benci pada zionis, tetapi ramai juga yang mengikut telunjuk mereka.

26. Ramai yang melontarkan pandangan masing-masing, tetapi tidak ramai yang berani mempertahankan pandangannya.

27. Tidak ramai yang ingin jadi pioneer, tetapi ramai pula yang ingin menjadi pengikut.

28. Ramai yang mengikuti MLM ciptaan manusia, tetapi tidak ramai yang ingin mengaut pahala melalui MLM yang disediakan ALLAH.

29. Ramai yang ada duit ribu-ribu dalam bank, tapi tak ramai yang menunaikan zakat.

30. Ramai yang bercakap tentang kawen, berhubungan macam orang dah kawen, lenggok gaya macam orang dah kawen, tetapi sikit je yang kawen.

31. Ramai ibu bapa yang merasakan dia ibu bapa yang sporting bila memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka, tetapi ramai juga yang akan menyesal di kemudian hari atas kebesan yang diberikan kepada anak mereka.

32. Ramai yang ingin blog sendiri, tapi ramai jugak yang tak update(macam aku).haha

33. Ramainya perempuan, sikitnya lelaki, ramainya andartu, Islam ada penyelesaiannya. ;P

34. Ramai nak anak yang soleh dan solehah, tetapi berapa ramai yang berusaha menjadi anak yang soleh ataupun solehah?

Kesimpulan : MULAKAN DENGAN DIRI SAYA/ANDA. ;P

Assalamualaikum wbt.

Ibuku sering menasihatiku, “Hang bila dah besaq nanti, dah berjaya, hidup senang, jangan lupa adik-beradik, sepupu-sepupu hang yang susah. Bantu depa. Jangan dok sibuk tolong orang lain, tapi adik beradik sendiri terabai. Tutup mata.”

Jadi, aku nak nasihatkan diriku dan sahabat-sahabiah sekalian, “ Bukankah kita di persatuan PERUBATAN ibarat satu keluarga. Susah sama susah, senang sama senang. Kalau persatuan kekurangan wang untuk menjalankan program apa salahnya kita sumbangkan. Hehe.”

Maka dengan ini jom kita sama-sama pakat sumbangkan selai dua not junaih warna hijau mahupun merah ke Kejohan Sukan PCI. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, AJK KSPCI ada menganjurkan “sistem tajaan ahli PERUBATAN” bagi menampung kekurangan wang untuk melaksanakan program tersebut.

Aku melihat betapa beruntungnya kita kerana peluang untuk mendapat pahala terbuka seluas-luasnya. Analoginya begini.

Anda seorang doktor pakar yang terkenal. Sekali membuat pembedahan RM 30 ribu masuk dalam akaun. Satu hari anda pulang ke kampung halaman. Lalu terdetik di hati anda untuk membuat sedikit kebajikan. Lalu anda pun bertanya kepada ibu anda, “mak, ada tak orang miskin kat kampung kita?” “Apa pulak takdaknya, ramai yang miskin. Tapi yang paling miskin mak rasa, Mat Ketam yang dok kat tepi sungai tula”, jawab ibu anda. Terus anda melompat ke atas motosikal dan merempit selaju mungkin kerana tidak sabar untuk berbuat kebajikan.

Adapun Mat Ketam baru sahaja pulang dari laut dan alhamdulillah tangkapan ketamnya sangat banyak pada hari itu sehingga mengembungkan koceknya yang bertampal-tampal. Hatinya cukup senang atas pemberian ALLAH. Pulanglah dia dengan senyuman kepuasan dan kesyukuran ke rumah. Bilamana pulang ke rumah, dilihat pula isterinya yang taat, yang pandai menjaga kehormatan diri sewaktu dia ke laut dengan senyuman yang manis dan solekan yang bersahaja menambahkan lagi rasa senang dalam hatinya. Terlupa sebentar yang dia seorang yang susah yang mana rumahnya sering ditimpa dahan-dahan pokok ketapang dek kebahagiaan yang ALLAH beri kepadanya hari itu. Tiba-tiba datang pula anda dengan membawa buah tangan berupa not-not biru menambahkan lagi kecerian hidupnya hari itu. Mat Ketam pun segera melakukan sujud syukur atas segala pemberian ALLAH kepadanya. Maka tiada hentilah dia mengucapkan kalimah Alhamdulillah.

Syahadan, pulanglah anda ke rumah dengan hati yang puas dapat membuat kebajikan. Setibanya di rumah, terlihatlah oleh anda seorang lelaki bermuka cengkung, pucat, bermuram durja, nafasnya tersekat-sekat, sesekali kelihatan mengeluh, kurang terurus pakaiannya bersama-sama dengan seorang anak kecil ditangannya. Jelas kelihatan penderitaan di mukanya. “Siapa tu mak?”, soal anda. “Ni, anak Pak Mail. Dia baru hilang kerja, kilang dia bungkuih sebab ekonomi merosot katanya. Dia datang nak jumpa hang. Dia nak mintak pinjam duit. Hang ada tak lagi duit?”, soal ibu anda.

Tanpa berfikir panjang terus anda keluarkan lagi berkeping-keping not biru dan merah lantas memberi kepada anak Pak Mail. “Tak payah bayar balik, saya sedeqah”, kata anda.Mukanya yang muram kini kembali bercahaya, nafasnya kembali lancar, aliran darah kembali mengisi salur-salur darah di mukanya. Harapan untuk dia terus hidup kembali menyala. Semuanya atas kemurnian hati anda yang suka memberi dan membantu orang yang memerlukan pertolongan. Selesai.

Faham tak analogi ni? Tak faham, tak pa, mari kita fahamkan bersama-sama. Perbuatan anda memberi sedekah memang telah dijanjikan ALLAH pahalanya sepertimana firman ALLAH SWT;

bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al-Baqarah:261

Sedekah anda kepada Mat Ketam adalah semasa Mat Ketam tidak begitu memerlukannya. Anda beri sedeqah kepadanya ataupun tidak, hatinya sudah senang dan gembira. Senang dengan hasil tangkapan, senang dengan isteri yang solehah dan bertambah senang dengan pemberian anda. Tetapi bagi anak Pak Mail, pemberian anda telah melepaskannya sedikit sebanyak daripada bebanan yang dia pikul. Mukanya kembali bercahaya, dadanya sedikit lapang lantas bernafas dengan elok. Harapan untuk terus hidup muncul semula.

Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Muslim, satu kesukaran dari kesusahan duniawi, maka Allah swt akan melepaskannya satu kesukaran dari kesukaran akhirat, dan Allah swt akan membantu seseorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya”(Riwayat Muslim)

Maka untuk kes anak Pak Mail, anda bukan sahaja dapat fadhilat bersedeqah malah fadhilat melepaskannya daripada kesukaran dan kesusahan duniawi. YA, ANDA DAPAT LEBIH.

Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk meringankan beban sahabat-sahabat kita iaitu ajk-ajk Kejohanan Sukan PCI. Hilangkan kebimbangan mereka, hilangkan keresahan mereka, hilangkan kerut-kerut di dahi mereka, beri peluang untuk mereka menarik nafas lega, nafas kepuasan dengan memberi sepenuh kerjasama dan menyumbang melalui “sistem tajaan ahli PERUBATAN” yang disediakan.
Tidak perlu menyumbang banyak. Cukuplah seorang LE 5 atau LE 10. Kumpul 10 atau 5 orang dan tajalah satu unit. Realisasikanlah harapan mereka. Mana tahu dengan sedikit sumbangan ini ALLAH bantu kita di masa-masa akan datang dengan syarat kita ikhlas.
Akhir kata,

“JOM MENYUMBANG”

—————————————————————————————————————————————————

BERSAMAPERUBATAN

Persatuan PERUBATAN-1

Posted: March 7, 2010 in pikir-pikir

Assalamualaikum wbt.

Musim-musim peperiksaan ternyata mengaktifkan sel-sel otak dan mencergaskan diri ini untuk menulis. Pertama-tamanya ku bersyukur ke hadrat ALLAH kerana masih aku diberi pinjam nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba. Bilamana bercakap soal hamba, langsung tiada ruang untuk bermegah-megah dengan kejayaan, dengan segala pencapaian kerana sesungguhnya semua itu datang dari ALLAH. Ya ALLAH bantulah dan berilah kekuatan kepadaku agar aku redha dengan segala pemberianMU dikala susah mahupun senang.

“Bersatulah atas nama Persatuan PERUBATAN”

Sebelum mesyuarat agung tahunan lagi ungkapan ini berputar-putar di dalam kotak fikiranku. PERUBATAN merupakan wasilah yang terbaik untuk menyatukan kita semua. Dalam PERUBATAN ada pelbagai wajah perangai manusia. Ada yang kuat bertalaqi, ada yang kuat belajar, ada yang kuat berpersatuan, ada yang rajin ke gym, ada yang rajin bersukan, ada yang suka bermain musik, ada yang suka masak dan sebagainya. Dan itulah realiti semasa samada di sini ataupun di tempat lain. Memang benar, kesatuan yang paling kukuh dan kuat adalah kesatuan akidah. Kita bersatu kerana ALLAH. Tetapi, bagaimana untuk kita mencapai ke arah itu? Ya, melalui persatuan PERUBATAN. PERUBATAN merupakan alat yang kita ada untuk bersatu. Ini adalah kerana kita mempunyai satu persamaan iaitu belajar perubatan.

Maka aku menyeru pada diriku dan rakan-rakan sekalian, marilah kita bersatu. Berlapang dadalah pada perbezaan pendapat tetapi belajarlah untuk menghormati orang yang kita berbeza pendapat. Tidak cukup setakat berlapang dada tanpa diikuti dengan hormat dan adab. Senario zaman ini, aku melihat begitu mudah orang menyebut berlapang dada, berlapang dada. Namun sikap hormat dan beradab yang juga penting tiada. Kemudian berbeza pendapat lagi, berbahas lagi, menyeru berlapang dada lagi dan masih tiada sikap hormat dan beradab. Maka pusingan ini bermula lagi. Berpusing-pusing di atas paksi tiada hentinya. Kemudian saling menyalahkan antara satu sama lain bahawa dia tidak mahu berubah, tidak mahu berlapang dada.

“Bekerjalah demi persatuan yang kita cintai”

Ya, pertama kita perlu cinta, barulah pengorbanan itu ada. Cinta dimanifestasikan dengan perbuatan yang benar, tepat dan tidak menyalahi syarak adalah cinta yang sebenar. Bukan sekadar lafaz di mulut sahaja. Setelah hampir tiga tahun menjadi AJKT persatuan, cintaku ini masih belum benar-benar di uji. Orang yang benar-benar cintakan persatuan tidak hanya bekerja bersungguh-sungguh bila mana menjadi AJKT, tetapi jadi ahli biasa pun mereka terus bekerja, terus istiqamah dengan persatuan. Sesungguhnya aku mengagumi kamu-kamu sekalian yang bekerja dengan kesedaran dalam diri yang tinggi akan kepentingan berpersatuan walaupun anda sekalian hanyalah ahli biasa tetapi pengorbanan anda luar biasa.

Aku juga kadang-kadang bertanyakan kepada diriku, adakah aku sekuat kalian? Semoga aku diberi kekuatan seperti anda semua. Pernah sekali sahabatku memberi peringatan bahawa buatlah kerja kerana ALLAH bukan kerana persatuan. Memang itu benar dan apabila aku mengatakan bekerja demi persatuan maka ia bermakna bekerjalah demi ALLAH melalui persatuan. Sekali lagi persatuan kita adalah wasilah ataupun alat untuk kita mencapai redha ALLAH. Aku yakin dan percaya sahabat-sahabat yang terus bersemangat bekerja untuk persatuan adalah sahabat-sahabat yang meletakkan ALLAH adalah matlamat utama yang diterjemahkan melalui gerak kerja persatuan. Sesungguhnya besar sekali peluang yang ada dalam persatuan untuk dimanfaatkan dan digunakan oleh kita untuk mendapatkan balasan baik di akhirat kelak. Oleh itu, sahabat-sahabat yang selesa untuk bergerak dalam platform yang lain, aku seru marilah kita bersama-sama berkerja memantapkan persatuan PERUBATAN yang kita cintai. Dalam pada masa yang sama pikirkanlah kepentingan persatuan kita ini, bukan untuk tujuan yang lain. Kita sama-sama ahli persatuan PERUBATAN. Sekian.