Archive for November, 2008

PAKEJ PERCUTIAN SERBA MURAH DENGAN TAWARAN YANG SEMEMANGNYA HEBAT

Dengan bermodalkan duit sebanyak RM 100, anda mampu untuk merasai pengalaman yang pastinya hebat dan akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup anda. Semua ini anda hanya boleh dapatinya di Manjung, Bandar Pelancongan dan Maritim. Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini masih dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi Pantai Remis, Ayer Tawar, Lumut, Beruas dan Sitiawan.

Bandar Manjung memang terkenal sehinggakan dicipta satu teka-teki yang berkaitan dengannya. Teka-tekinya berbunyi begini:

“ tempat manakah yang mempunyai penduduk paling ramai?”

Dan jawapannya mestilah Manjung. Ini kerana penduduknya tinggal di ‘lumut’ dan ‘dinding’. Adakah anda faham? Seandainya tak faham bertanyalah kepada yang faham.

Untuk ke Manjung, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk perkhidmatan bas, terdapat tidak kurang dari 10 buah syarikat bas yang beroperasi ke sini.Ia dari seluruh Semenanjung Malaysia.

·         Dari Kuala Lumpur       : 252 km

·         Dari KLIA                    : 298 km

·         Dari Pulau Pinang        : 262 km

·         Dari Ipoh                    : 85 km

Antara pasaraya-pasaraya yang terdapat di Manjung adalah:

1. Pasaraya Billion

2. Pasaraya Ceria

3. Kamdar

4. Giant

5. Econsave

6. Pasaraya The Store(dulunya Pasaraya Fajar)

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Manjung ialah:

1. Pulau Pangkor

2. Teluk batik

3. Teluk Muroh

4. Teluk Senangin

5. Pasir Panjang (Pusat pendaratan dan penternakan penyu)

6. Tanjung Batu (destinasi memancing)

7. Pantai Remis (pusat pendaratan hasil-hasil laut)

8. Sungai Batu (kampung aku..hahaha..)

9. Taman Samudera Barat (Taman rumah aku)

Antara aktiviti-aktiviti yang sememangnya best seandainya anda mengikuti pakej pelancongan ini adalah…haih.. cukup la kot setakat tu, iklan dalam bahasa baku. Ni aku nak cerita tentang pakej pelancongan ke rumah aku dan antara aktiviti yang hyperbola bestnya. Syak merupakan orang pertama menikmati pakej percutian aku yang best ni. Kawan-kawan yang lain sombong. Aku ajak tak nak datang.

Yang pertama adalah program anak angkat.

adik angkat aku
adik angkat aku
syak
syak pun nak gak amik gambar ngan adik angkat aku..huhu

Merempit ke Ipoh dar i Bukit Gantang

mcmana sambil bawak motor sambil ambil gambar ni..senyum jangan tak senyum
mcmana sambil bawak motor sambil ambil gambar ni..senyum jangan tak senyum
bukit on d way ke ipoh
bukit on d way ke ipoh

Majlis pertunangan yang dihadiri 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Alhamdulillah kita hidup dalam aman dan harmoni.

tunang
kepelbagaian bangsa hidup aman harmoni

Hantaran serba ungu.

tunang
1st pertunangan dalam keluarga aku..kali kedua aku jadi pengiring..kali pertama kat cairo..syak ada kat luar gambar..tengah pegang kamera.haha

Melawat makam Long Jaafar. Orang yang menemui bijih timah di Larut.

image107
makam Alahyarham Long Jaafar

image108_resize1
tergambar keseronokan peserta mengikuti pakej percutian aku nih

image109_resize


Mandi Air Terjun.(sebenarnya gi melawat ja)

image128_resize1

Pantai Pasir Panjang. Misi mencari ‘ YAT-YAT’.

image137_resize1
laut yang penuh bergelora..dulu tempat ni orang ramai..tapi sekarang dah xdak orang dah sebab ombak kuat sangat..bahaya
image139_resize
udang+cengkerik=YAT-YAT…makan hidup-hidup pun sedap..

image141_resize

image142_resize
pandangan atas
image143_resize
comel jugak natang ni..ada tentikel..sampai hati ke nak makan
image156_resize
akhirnya..yat-yat goreng..memang sedap..rangup dan manis…dah x nmpak comel..


Berehat di Teluk Batik sambil makan kelapa Jelly.

image149_resize
salah satu pantai yang dirasmikan oleh Pak Lah
image147_resize
kelapa jelly yang sedap..

Pantai Teluk Muroh. Misi pencarian ‘kepah’

image015_resize
bekas tanah kena korek..tp kepah x banyak sgt..cukup-cukup makan 2 orang ja..
image017
satu lagi projek Marina anak Che Det..akhirnya pulau artifisial Teluk Muroh siap..agak2la, berapa harga sebijik rumah?..
image157
ni dia..kepah rebus..memang sedap..edisi terhad..banyak tu je dpt..jenuh berebut dgn anak2 dara time cari..
image158_resize
yat-yat dan kepah duduk semeja..tunggu giliran nk kena makan..

Dan yang terakhir. Misi pencarian ‘lokan’. Lokasi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

image162_resize
dalam 15 minit bole cari setengah lebih guni beras..radius pencarian kira-kira 2 depa..memang banyakla lokan..

image163_resize2
memang besar..ada lg besar dari tu..

image160_resize
operasi bakaq lokan..buat rendang pedas pun sedap..
image161_resize1
tu dia..lokan bakaq..dengan isi yang pejal menambahkan lg kesedapannya..

Sebenarnya pakej percutian ni tak habis lagi. Sepatutnya Syak perlu melengkapkan lagi empat misi iaitu mencari kerang di laut Pantai Remis, mencari siput sedut di hutan bakau Sungai Batu, bersnorkeling di Pulau Pangkor dan memancing di Tanjung Batu ataupun mengendap penyu bertelur. Tetapi apa kan daya. Masa tak mengcukupi sebab Syak perlu pulang awal ke rumahnya. Apa-apa pun, jomla bercuti ke MANJUNG DAN RUMAH AKU. Hehehe.

Advertisements

ABC Bank

Posted: November 15, 2008 in ceritera

ABC Bank merupakan singkatan bagi Arab Banking Corporation Bank. Bank ini merupakan bank rasmi untuk pelajar-pelajar MARA di Iskandariah melakukan transaksi wang. Sudah hampir dua tahun aku berurusan dengan bank ni. Ada satu kisah yang aku ingin kongsi mengenai bank ni.

Kisahnya begini, sebelum aku pulang bercuti ke Malaysia, aku ada minta seorang pegawai bank ni untuk menggabungkan akaun USD dan akaun Egyptian Pound dengan harapan setelah pulang dari malaysia bolehlah aku menggunakan kad untuk mengeluarkan duit. Sebabnya, sebelum ni kad ATM aku boleh guna untuk keluarkan duit dalam akaun USD sahaja dan baki yang tinggal hanya USD 5.80.

image0573

sampai kad tunggu giliran pun aku amik bawak balik..ish2

Selepas sahaja pulang ke Mesir, aku terus ke bank untuk keluarkan duit. Tetapi malangnya, pihak ABC bank masih belum menggabungkan akaun aku. Jadi aku terpaksala keluarkan ikut kaunter dan terpaksa beratur panjang. Pada hari tu jugak aku beritahu pegawai bank dan suruh dia buat sekali lagi. Sebelum tu aku beritahu tentang permintaan aku untuk gabungkan akaun pada 3 bulan sebelum tu. Katanya, ” I will try “. Aku pun pulang dengan penuh harapan.

Seminggu kemudian aku datang lagi sebab nak hantar duit ke malaysia. Alang-alang sampai aku pun cubala guna kad aku. Sekali lagi aku kecewa dan rasa tertipu. Akaun aku masih belum digabungkan lagi. Sekali lagi aku beritahu pegawai yang sama tentang masalah akaun aku dan sekali lagi dia berjanji untuk selesaikan masalah aku. Selepas habis urusan penghantaran duit aku pun pulang dengan sejuta harapan moga-moga kali ni berjayala berlakunya penggabungan akaun aku.

Dua minggu selepas tu, entah macamana aku boleh tersilap dan terdatang awal sejam kelas skill. Sepatutnya kelas mula pukul 10.00 pagi, tapi aku datang pukul 9.00 pagi. Mulanya aku ingat nak belajar kat library. Tapi selepas 10 minit aku dah mula rasa bosan. Aku pun amik keputusan untuk ke ABC bank. Kebetulan duit pun dah nak abis. Macam yang sebelum-sebelum ni, aku cubala cucuk kad ATM aku tu. Dan macam biasalah, aku terasa sedih dan tertipu. Kali ni geram dan marah pun ada.

Terus aku masuk dan sasaran aku kali ni adalah pengurus. Penat saja aku berurusan dengan pegawai, langsung tiada perkembangan yang positif. Seperti biasa aku mesti bertegur sapa dengan pengawal yang jaga tangga tu. Buat baik dengan pengawal ni banyak manfaatnya. Aku tanya pada dia.

Mudir fin(mana pengurus)?

Dia terus tunjuk pada kaunter pengeluaran duit. Pengurus tengah sibuk kira duit rupanya.

Terus aku jumpa dia dan cakap, ” assalamualaikum. I want to complaint about your officer. I don’t know either they do their job or not, because …” terus je dia suruh jumpa pegawai dia kat kaunter sebelah. Memang tak patut. Kalau aku nak complaint tentang pegawai dia, mestilah aku jumpa dia. Buat apa aku complaint kat pegawai dia juga. Langsung tak profesional. Tapi aku akur dan jumpa pegawai dia disebelah. Aku pun meluahkan perasaan aku pada dia.

“Three months ago, i have requested to one of your officer to merge my account. But nothing happen. Is she do her job or not!!”, luah aku dengan penuh kecewa.

” She is not my officer. Don’t angry to me. I will try to help you. By the way, you want to withdrawal your money?”

” Yes. Six hundred genih. Actually i want to merge my account because i dont want to bother you and it will be easy for me to withdrawal my money. No need to queu up wait for long time. I have class and bla bla bla”, luah aku lagi.

” I understand. You feel upset and angry. But pray to ALLAH everything will be ok.”

“Amin, insyaALLAH”.

Nasib baik dia memahami. Sejuk sikit hati ni bila dia suruh berdoa pada ALLAH. Selepas siap proses keluarkan duit, dia pun suruh aku jumpa dengan pegawai yang uruskan bahagian kad. Dia suruh aku beritahu kepada pegawai tu aku kecewa dan sebagainya. Moga-moga permintaan aku dilayan. Bagus juga mamat ni. Siap ajar aku lagi. Mungkin dia lebih memahami masalah dan perangai bangsa dia sendiri.

Jam dah menunjukkan pukul 9.50. Aku dah lewat untuk ke kelas skill. Tapi aku jumpa juga pegawai yang menguruskan kad tu. Dalam keadaan berdiri aku letakkan kad aku atas meja dia. Tapi aku agak kurang ajar jugakla sebab tak letak elok-elok. Aku lempar dengan perlahan kepada dia. Terus dia kata, ” No need to throw the card. Please sit down. Control your nervousness.” Memang betulla katanya tu. Aku pun jawab balik. Masa tu hati dalam keadaan sedikit marah.” If this happen for the first time or second time, i still can be patient. But this is for the fourth time. Are you doing your job?” Dengan senyuman dia jawab,” Actually we have sent your request to cairo branch, but they still not reply your request.Can you wait ten minutes. I will do it for you”. Nasib baik dia senyum. Lega sikit hati ni. Memangla cairo branch yang kena uruskan, tetapi alex branch tak buat follow up ke selepas tu. Aku memang tak sempat pun nak tunggu sepuluh minit. Saja ja jumpa dia supaya dia alert bila aku datang lain kali. Supaya dia amik berat tentang masalah pelanggan. Dari segi public relationship memang bagus. Senyum semua lengkap. Tapi tak guna kalau PR saja bagus tetapi kerja tak bagus, tak memuaskan. Aku pun terus amik kad dan ke kelas skill.

Kesimpulan dan pengajaran yang dapat aku ambil dari pengalaman aku ni ialah:

1. mesir memang merupakan tempat yang paling sesuai untuk melatih sifar sabar dalam diri.

2. PR dan kualiti kerja kena bergerak seiring. Tak boleh pandai cakap sahaja tetapi kerja tak reti buat.

3. Aku masih belum lagi dapat mengamalkan pepatah ” Jadilah seorang yang memahami orang lain tanpa mengharapkan orang lain memahami kita.”

4. Sabar lebih baik daripada marah sebab kesudahan yang sama iaitu kad aku tetap tak siap, tetapi dapat bina satu imej yang baik pada orang lain. Maafkan aku wahai warga Alex.

5. Setiap orang pasti mempunyai sebab apabila dia marah, jadi jangan mudah-mudah nak perlekehkan orang bila dia marah. Tanyalah sebab dan cubalah berada di tempat dia. Kemudiannya barulah buat keputusan yang sewajarnya.

6. Buatlah kerja sebaik mungkin agar rezeki yang dapat nanti halal lagi baik.

Nampaknya aku kena minta maaf pada pegawai tu bila aku datang lagi ke bank tu. Dan harap-harap masalah kad aku ni akan selesai. InsyaALLAH. “Pray to ALLAH” bak kata pegawai lelaki yang keluarkan duit.

ASSALAMUALAIKUM WBT.

KEPADA SEMUA BAKAL-BAKAL DOKTOR LELAKI ALEX TAHUN 3 DAN SENIOR-SENIOR. ANDA SEMUA DIJEMPUT MENGHADIRI JAMUAN KESYUKURAN AKU DAN SOPAI SEMPENA HARI KAMI DILAHIRKAN PADA

HARI JUMAAT( 7 HB 11). SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR KAMI DALAM MENTAATINYA.

TENTATIF MAJLIS :

BERKUMPUL DI RUMAH PITT KEDAH AKA NASIK LEMAK SIMPANG PUKUL 6.15 PETANG

SOLAT ISYAK BERJEMAAH

SEDIKIT UCAPAN

BACAAN DOA SELAMAT

MAKAN DAN ENJOY

KEMAS

KALAU NAK BAWAK BUAH-BUAH OR APA-APA SAJA SILAKAN. KAMI TAK KISAH.HEHE.

JADI SEKALI LAGI DIJEMPUT SEMUA BATCH AKU UNTUK SAMA-SAMA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS. TOLONG SAMPAIKAN KEPADA YANG TAK TAHU. SYUKRAN.

ADA APA DENGAN TERIMA KASIH

Posted: November 7, 2008 in ceritera

Terima kasih, syukran, shi shie dan arigatou adalah antara ucapan yang membawa maksud penghargaan. Semua bahasa di dunia mempunyai ucapan penghargaan ini walaupun sebutan yang berbeza. Walaupun ucapan ini ringkas, namun tidak ramai yang mampu mengucapkannya. Tahukah anda betapa besarnya erti ucapan ini? Saya ingin berkongsi sebuah cerita mengenai ucapan terima kasih ini.

Masa aku form 4 dan form 5 aku belajar di mrsm Balik Pulau. Seperti Mrsm-mrsm yang lain, homeroom ataupun program mentor mentee juga wujud di sekolah aku. Dan pada masa tu anggota HR terdiri daripada 6 orang pelajar form 4, 6 orang pelajar form 5 dan seorang cikgu merangkap mentor. Cikgu aku masa tu adalah cikgu shahrul. Cikgu shahrul merupakan cikgu disiplin dan salah seorang anggota JDM(Jabatan Disiplin Maktab). Tak hairanlah ramai yang tidak suka padanya. Normalla tu. Siapa yang suka orang yang komited pada kerja dan tegas tentang disiplin pelajar.

Tetapi aku tak kisah. Cikgu shahrul ni baik orangnya yang sebenarnya. Cuma dia tegas sikit. Banyakla aktiviti-aktivit yang dijalankan dalam HR ni. Antaranya, jual keropok lekor, jual kad ucapan lolipop, jual aiskrim, yogurt, buat ucapan selamat hari raya(kiranya macam deejay radiola) dan yang paling best sekali jamuan makan dan melancong. Yela, berniaga semua tu semata-mata nak makan dan melancongla.

Bila sampai bulan ramadhan, Cikgu shahrul mesti belanja berbuka puasa. Dalam seminggu paling kurang sekali. Bila tiba musim durian pula, mesti dia belikan durian untuk anak-anak Hr dia. Pendek kata memang baikla. Ada masa tu aku dapat top ten maktab, dia hadiahkan baju kemeja. Bila aku naik form 5, dia cadangkan nama aku untuk jadi BWP(BKP). Jadilah aku Naib Presiden BWP. Masa form 5 juga aku main hoki dan dia jadi coach. Dia pinjamkan aku kayu hoki dia untuk aku guna. Nasib baikla menang tempat tiga negeri. Kalau tak rugi je dia bagi pinjam. Memang Cikgu shahrul baik terhadap anak-anak Hr dia terutamanya aku.

Masa pertengahan tahun, dia umumkan yang dia nak berkahwin semasa cuti sem. Dia jemput semua datang menghadiri ke majlis dia. Tapi di kelantanla. Cuti sem pun berlalu. Nak dijadikan cerita, hanya seorang ahli Hr aku yang hantar hadiah dan ucapan tahniah sempena perkahwinan dia. Yang lain sorang pun tak bagi termasuk aku. Teruknya kami ni. Sebulan lepas tu, anak-anak Hr dia yang lain buat masalah sehingga masuk ke dalam JDM. Memang selepas itu hubungan kami dengan dia semakin renggang. Kami semua telah melukakan hatinya.

Puas kami semua pujuk dan minta maaf tetapi tidak berhasil. Masa tu kami semua masih belum sedar kesalahan kami. Akhirnya kami tahu sebab apa. Tetapi bukan dari mulut dia. Mungkin dia tak sampai hati nak beritahu. Rupa-rupanya dia merasakan kami tak menghargai segala apa yang dia berikan kepada kami. Sebab apa? Sebab kami tak ambil penting tentang ucapan terima kasih. Kami tak ucapkan pun pada dia selepas apa-apa aktiviti. Dan kemuncaknya apabila dia kahwin, Cuma seorang sahaja yang ucapkan tahniah dan bertambah parah apabila anak-anak Hr nya masuk JDM.

Sekiranya cikgu membaca post ini, saya minta maaf banyak-banyak dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan cikgu selama ini. Saya sentiasa ingat kata-kata cikgu. Cikgu pernah kata, jadi cikgu lagi susah daripada jadi doktor. Jadi doktor hanya mengubat jasad pesakit. Jadi cikgu kena ubati sikap dan perangai anak-anak murid yang macam-macam kerenah. Kata doktor sentiasa dipatuhi tetapi kata-kata cikgu anak-anak murid buat tak tahu dan kadang-kadang bersikap kurang ajar.

Terima kasih sekali lagi cikgu kerana telah ajar saya sesuatu yang tersangat penting dalam menghadapi kehidupan iaitu ucapan terima kasih. Ucapan yang ringkas dan mudah tetapi amat sukar dilafazkan sekiranya ego bersarang di dalam hati. Terima kasih Cikgu.

Sharpen the saw versi Sungai Batu

Posted: November 5, 2008 in pikir-pikir

Masa tu, berlaku tsunami Dragon Ball secara besar-besaran. Baik anak Cina, India ataupun Melayu, semuanya tergila-gilakan sebarang benda yang ada kaitan dengan Dragon Ball. Komik, key chain, color book, beg sekolah, baju, seluar, kad, stiker(paling famous), jam tangan yang boleh masuk air, belon, wau dan macam-macam lagi. Bak kata pakcik astro,” macam-macam ada.” Semua pakat kumpul duit semata-mata hendak mendapatkan barang-barang Dragon Ball terutamanya stiker. Punyala dahsyat penangan komik Jepun ni.

Aku pun terasa tempiasnya. Tapi aku baca komik sajala. Dragon Ball la komik pertama yang aku baca dan terus jatuh cinta. Aku tak pernah miss beli komik ni setiap bulan. Sampai sekarang aku gilakan komik. Tapi cerita ni bukan tentang aku, tetapi tentang adik aku. Aku panggil dia Idi. Masa tu dia darjah 3 kalau tak silap.Idi ni seorang yang suka benda-benda mengarut dan buang duit dari kaca mata aku. Tetapi pada dia satu kepuasan. Jadi, Idi pun tak terlepasla daripada tsunami Dragon Ball ni. Dia suka mengumpul stiker-stiker Dragon Ball tapi tak suka baca komik.

Satu hari tu, dia bawak balik sekeping kertas stiker kosong. Aku tengok ja. Lepas tu dia pun datang kat aku dan cerita tentang rancangan dia. Biasalah, aku dah faham sangat. Dia mesti cerita kat aku apa yang dia nak buat. Katanya dia nak buat stiker Dragon Ball sendiri. Aku pun ok saja. Support adikla katakan. Jadi dia pun mulala buat stiker Dragon ballnya tu. Mula-mula dia tekap stiker-stiker yang dah sedia ada atas kertas kosong. Kemudiannya dia kepitkan kertas yang telah ditekapkan ke atas kertas stiker yang dia beli dengan penyepit baju. Dengan menggunakan pisau lipat 20 sen, dia pun toreh kertas stiker tu mengikut lukisan yang dah ditekap tadi. Akhirnya terhasillah sebuah stiker yang sama.

Banyak juga stiker-stiker yang Idi buat. Stiker-stiker ni dia jual pada kawan-kawan dia. Harga ikut saiz dan tahap kesukaran nak buat. Pandai juga dia berniaga. 2 minggu selepas tu, dia beli satu set pisau khas untuk buat stiker menggunakan duit keuntungan dia. Kali ni kerja buat stiker jadi semakin mudah. Dengan pisau khas tu, stiker dapat dibuat dengan lebih halus dan teliti. Kali ini stikernya bukan satu warna sahaja tetapi berwarna warni. Hasilnya memang cantik. Macam stiker yang dibeli di kedai. Lagipun dia dah mahir. Penyepit baju ditukar dengan klip kertas. Tapi malangnya bila dia dah mahir dan hasil kerja pun cantik, dia stop. Terbengkalai macam tu saja. Pisau khas disimpan elok dalam almari. Dia sibuk berkisah dengan video game pula.

Satu sikap adik aku yang aku nak kongsi ialah sikap sharpen the saw ataupun dalam kata lain, sikap ingin meningkatkan lagi kemahiran diri. Dia bermula dengan menggunakan pisau lipat 20 sen, kemudiannya menggunakan pisau khas untuk membuat stiker. Daripada stiker satu warna ke stiker yang berwarna warni. Dia sentiasa meningkatkan kemahiran dan teknologi yang digunakan. Tidak hanya berpuas hati dengan kemahiran yang sedia ada. Inilah salah satu sikap yang amat aku puji adik aku. Hmm. Adakah kita pun ada sikap seperti ini?Fikir-fikirkan.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH

“Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua” dan “harapkan pagar, pagar makan padi”

Peribahasa melayu sentiasa segar buat selama-lamanya. Sentiasa releven dengan peredaran masa kerana sejarah sering berulang. Cuma watak, latar, waktu dan sedikit pengubahsuaian jalan cerita sahaja yang berbeza-beza.

Pengenalan watak-watak.

Pele(bukan nama sebenar)

Seorang pelajar tingkatan 3 cerdik, bertubuh kurus, mempunyai rambut yang lurus dan digelar “key master” kerana kebolehannya membuka segala kunci. Dia juga seorang yang kreatif dalam membaiki walkman-walkman yang sudah rosak.

Jep(bukan nama sebenar)

Seorang pelajar tingkatan 3 cerdik, bertubuh kurus, mempunyai kulit hitam manis, pandai bermain bola dan digelar Jep “perkasa” kerana dipercayai dia pernah mandi kolam di hujung padang langsung menjadi kuat(rumors dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 2).

Usop P(bukan nama sebenar)

Seorang pelajar tingkatan 3 cerdik, bertubuh lonjong tetapi kurus, suka berjenaka, pandai bermain bola, taksub kepada wrestling dan suka melakukan stone cold stunner. Seorang pengawas sekolah dan pengawas asrama

Rahim(bukan nama sebenar)

Seorang pelajar tingkatan 3 cerdik, bertubuh sederhana, suka bermain bola walapun tak teror, suka tidur dalam kelas dan tak pernah gagal mendapatkan tempat pertama dalam tingkatan. Seorang pengawas asrama. Pernah memegang jawatan Ketua Pengawas Asrama Sesi Petang semasa di tingkatan 2.

Cikgu Ajiz(bukan nama sebenar)

Seorang guru geografi merangkap warden asrama yang paling komited dengan kerja sebagai warden. Sentiasa mengambil tahu kebajikan pelajar asrama dan asrama. Kacak orangnya.

Ustaz Rahim(bukan nama sebenar)

Seorang ustaz yang berasal dari kelantan. Sangat pandai bermain bola. Juga seorang warden. Sering menemani Cikgu Ajiz dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan asrama.

Lalat(bukan nama sebenar)

Seorang ketua ASTRA iaitu ketua pelajar bagi asrama putra. Berada di tingkatan 5 dan baru sahaja masuk asrama. Kiranya Pele, Usop P, Jep dan Rahim lebih senior berbandingnya kerana dia baru sahaja memasuki asrama manakala 4 orang sekawan ini telah tinggal di arsama selama 2 tahun.

Latar masa : sekitar awal millenium

Latar tempat :

Asrama : Sebuah asrama lelaki tiga tingkat yang mempunyai 2 kamar yang boleh memuatkan 16 orang, sebuah bilik air yang besar dan sebuah bilik prep bagi setiap aras.

Asrama lelaki ini berhadapan dengan dengan asrama perempuan tetapi dipisahkan oleh sebuah dewan makan.

Di sebelah hujung bangunan asrama lelaki terdapat sebatang pokok mempelam yang tak jemu-jemu berbuah sebagai rahmat kepada pelajar-pelajar asrama.

Bilik warden: latar tempat yang paling penting kerana di sinilah kejadian yang menyayat hati telah berlaku. Ia terletak di aras 2 berdekatan dengan tangga dan pokok mempelam. Di aras ini jugalah terdapatnya kamar Pele, Jep, Usop P dan Rahim. Bilik warden dan kamar 4 sekawan ini dipisahkan dengan sebuah bilik prep.

Padang : terletak di belakang asrama lelaki dan dihujung terdapat sebelah kolam yang dipercayai telah dijadikan tempat Jep bermandi manda.

Kisah bermula.

Awal tahun tingkatan 3.

“usop, jom main ping pong kat bilik prep bawah”, ajak rahim. ” jom, aku pun tengah bosan nih”, balas Usop.

Itulah rutin harian Usop dan Rahim setiap hari selepas balik sahaja dari sekolah. Untuk tingkatan 3, 4 dan 5, kelas adalah sesi pagi. Bermula jam 8.00 pagi hinggalah jam 1.00 tengah hari. Kebiasaanya Usop dan Rahim bermain ping pong selepas makan tengah hari. Sambil-sambil menguyah tembikai, sambil-sambil bergosip, sambil-sambil buat lawak. Kadang-kadang berkain tuala sahaja. Selalunya dengan uniform sekolah. Bila prep nak mula baru kelam kabut mandi. Prep mula pukul 3.00 petang. Tapi kebiasaannya tak prep pun. Bilik prep tu hanya penuh apabila, Cikgu Ajiz datang(tu pun bila dah kena rotan), hari sabtu dan ahad sebab tengok televisyen dan seminggu sebelum exam PMR. Kalau tidak, bilik prep tu tak pernah penuh dan kebiasaannya kosong. Kesemua lebih rela untuk tidur petang. Begitu susah untuk menjadi seorang warden.

Kembali kepada cerita Rahim dan Usop. Bekalan bola pingpong tidaklah banyak. Jadi apabila bola habis, mereka akan tempah pada orang yang fly(keluar asrama tanpa kebenaran) ataupun mereka sendiri yang fly demi membeli bola pingpong. Mereka sanggup buat apa saja asalkan boleh bermain pingpong.

Ada satu hari tu, Pele dengan secara tidak sengajanya menjumpai anak kunci Tricircle. Nak dijadikan cerita, anak kunci itu boleh membuka mangga kunci(kunci mangga) bilik warden yang menjadi khazanah barang-barang rampasan dan tempat simpanan alat-alat sukan seperti pad dan bola pingpong. Sesungguhnya penemuan Pele ini adalah satu rahmat kepada pelajar-pelajar asrama dan satu bala untuk Cikgu Ajiz dan ustaz Rahim.

Dengan adanya anak kunci pada key master, Usop dan Rahim semakin galak bermain pingpong. Tidak perlu risau ketiadaan bola pingpong dan tak perlu fly dan keluarkan duit untuk membeli bola pingpong. Pinjam saja pada key master anak kunci yang menjadi penghubung kepada bilik khazanah. Apabila kehabisan bola pingpong ataupun ketiadaan pad ping pong, buka saja bilik warden dan ambil apa yang patut. Anytime pun boleh bak kata orang putih. Kegiatan Usop dan Rahim tak mengira waktu, siang atau malam tidak menjadi hal asalkan warden tiada. Namun begitu, mereka hanya mengambil bola dan pad pingpong sahaja. Barang-barang yang lain langsung tidak diusik. Itulah kegiatan mereka sepanjang awal tahun tanpa pernah kantoi.

Malam akhir peperiksaan pertengahan tahun. Keesokan harinya adalah exam lukisan.

Jep menghadapi sedikit masalah lalu mengadu kepada Pele.

Jep : Macamana ni Pele. Cikgu Ajiz tak nak bagi baju aku malam ni. Petang esok dah nak balik. Aku nak guna baju tu.

Pele : Takpa. Hang jangan risau. Malam ni kita masuk ambik.

Bermulalah al kisah menyayat hati empat sekawan. Malam tu jam menunjukkan jam 12.00 tengah malam. Kesemua lampu kamar ditutup kecuali bilik prep. Hampir semua orang berada di dalam kamar masing-masing. Bangunan ASTRI pun dah menjadi gelap. Inilah masa yang sesuai untuk Jep dan Pele bertindak. Sebelum itu, Pele ada meminta Usop dan Rahim untuk cover line bagi clear. Demi semangat setiakawan yang dipegang selama ini, Usop dan Rahim bersetuju.Jadi, operasi pun bermula dengan modus operandi ingin mendapatkan semula baju Jep yang telah dirampas oleh Cikgu Ajiz atas kesalah Jep sendiri.

Pele dengan berhati-hati membuka mangga pintu, takut-takut mengeluarkan bunyi. Perlahan-lahan pintu dibuka dan Pele masuk ke dalam. Jep mengunci pintu kembali demi untuk menghijabkan apa yang sedang berlaku disamping memberi masa kepad Pele untuk mencari baju-baju rampasan. Pada masa yang sama, Usop dan Rahim lepak di hujung koridor yang berdekatan tangga dan terdapat pokok mempelam di hujungnya sambil-sambil cover line. Sambil-sambil memuji keindahan bintang ciptaan ALLAH, bahu Usop dipegang. Usop langsung terkejut. Kemudiaannya giliran bahu Rahim dipegang. Pada waktu itu, Rahim berada di hadapan Usop. Jadi dia tidak tahu apa sebenarnya yang telah dialami oleh Usop. Dengan tersengih Rahim memalingkan kepala dan dengan pantasnya, impuls-impuls bergerak ke arah otot-otot mukanya mengubah struktur mukanya. Sengihan segera hilang langsung menunjukkan muka terperanjat dan risau.

Rupa-rupanya cikgu Ajiz, Ustaz Rahim dan Lalat yang muncul. Orang yang cover linela yang kantoi terlebih dahulu. Memang tak boleh harap. Kemudiannya Cikgu Ajiz bergerak menghala ke bilik wardennya dan Ustaz Rahim bersama Lalat bergerak memasuki bilik prep bagi mencari suspek-suspek yang lain. Dengan ganasnya Cikgu Ajis menggoncang pintu bilik sambil melaungkan,” Pele!!(guna nada yang tinggi) Saya tahu kamu ada di dalam. Baik kamu keluar sekarang!!” Namun begitu, tiada sebarang respons daripada Pele. Memangla, Pele masa tu dah kecut habis. Nak bergerak pun tak berani. Pele duduk diam di atas sofa. Setelah kecewa kerana tiada respons daripada Pele, Cikgu Ajiz kembali kepada Usop dan Rahim lantas berkata, “Pergi ke padang sekarang!!”

Akur dengan arahan Cikgu Ajiz ketiga-tiga orang suspek pun berkumpul di padang. “Buat satu barisan”, arah Cikgu Ajiz. Pada masa dan ketika inilah Cikgu Ajiz memulakan leteran yang menunjukkan betapa kecewanya dia.

Sampai hati kamu buat kat saya macam ni.

Saya percayakan kamu.

Saya harapkan kamulah untuk menjaga asrama. Bantu abang kamu F*****s(Lalat).

Tapi kamu khianati saya!!!!

Pap! Pap! Pap!.

Sorang-sorang kena pelempang. Namun begitu, hanya Usop sorang sahaja yang sempat menempis. Jep dan Rahim menjadi mangsa lempangan Cikgu Ajiz. Habis berdarah bibir Jep dan Rahim. Selepas itu Cikgu Ajiz meninggalkan mereka bertiga dengan Ustaz Rahim. Sekali lagi leteran daripada Ustaz Rahim pula. Kemudiannya Ustaz Rahim mengajak mereka bertiga ke sebuah pondok rehat yang terletak di antara bangunan ASTRA dan ASTRI. Pondok itu terletak betul-betul di depan dewan asrama. Kali ini mereka bertiga memang terkena. Ustaz Rahim menyuruh mereka bertiga mengutip 7 biji batu kecil setiap sorang.

“Ha..apalagi, kamu pusing pondok ni sambil baling batu tu ke arah meja ni. Anggapla kamu baling untuk bunuh setan-setan yang dok menghasut kamu buat jahat tu”, kata Ustaz Rahim dalam loghat Kelantan. Dengan hati yang sakit kerana Lalat menyaksikan semua yang berlaku, dan persaan malu yang amat sangat, mereka bertiga pun buatlah seperti yang disuruh. Masing-masing menyesal atas segala perbuatan yang dilakukan. Selepas itu mereka bertiga dimasukkan ke dalam bilik warden untuk bersama-sama dengan Pele. Keesokan harinya, dengan seluar track, keempat-empat orang di hadapkan dengan guru-guru disiplin seterusnya dianugerahkan cuti asrama selama 2 minggu. Kena gantungla maksudnya. Nasib baiklah biasiswa tidak ditarik. Habis setakat itu.

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari kisah ini adalah:

a. Jadilah seorang yang amanah dengan tugas yang diberikan

b. Semangat setiakawan tak seharusnya disalah guna untuk perkara-perkara keburukan

c. Jangan sesekali melakukan kejahatan kerana akhirnya akan terkantoi jugak

d. Kembalikanlah barang-barang yang dijumpai kepada yang berhak

e. Buatlah kerja dengan sebaik mungkin( sebab buat kerja main-mainla kantoi cover line)

f. Hormatilah guru-guru anda

g. Sabar itu separuh daripada iman(kalaula Jep sabar untuk ambil kembali bajunya mengikut prosedur mesti tak berlaku perkara ni.)

h. Kawan-kawan hendaklah saling ingat-mengingati ke arah kebaikan bukan bekerjasama melakukan kejahatan

i. Kalau nak buat jahat jangan pegang apa-apa jawatan atau tanggungjawab. Tapi bolehkah? Boleh, kalau sanggup melepaskan title sebagai seorang Islam. Buatlah. Tapi balasannya nanti terimalah dengan hati yang terbuka.

Betul tak peribahasa melayu sentiasa releven. Jadi, berbanggalah dengan bahasa Melayu anda. Bangga sahaja tak cukup. Kena tingkatkan penguasaan dan kemahiran. Wallahualam. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH

Kapal Hanyut

Posted: November 3, 2008 in pikir-pikir

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT.

Salam perkenalan kepada sesiapa sahaja yang sedang membaca post ini, semoga ALLAH mengurniakan hidayaNYA kepada anda semua dan saya. Sebagai pendahuluan, ingin saya kongsi bersama mengapa kapal hanyut yang saya pilih sebagai nama blog saya.

Cuba anda semua bayangkan anda semua berseorangan berada dalam sebuah kapal yang hanyut di tengah-tengah lautan pada zaman silam. Berlayar mengikut arah angin yang bertiup, meredah ombak badai dan tsunami. Tanpa bekalan makanan dan air, tanpa kompas penunjuk arah, kesunyian, ketakutan apabila ribut menjelma, hilang harapan, putus asa, ditimpa penyakit, badan menjadi kurus, lapar, dahaga, kesejukan dan segala macam kesukaran. Pada masa itu, apakah yang berlegar di dalam kotak fikiran anda? Mati atau hidup? Persoalan kematian semakin hebat dari hari ke hari.

Pada masa inilah anda semua akan meminta pertolongan tuhan biarpun sebelum ini anda mungkin seorang yang free thinker. Lumrah kehidupan manusia mencari pertolongan apabila dalam kesusahan. Apabila senang, semuanya dilupakan termasuklah tuhannya sendiri. Pada masa ini, anda akan berdoa bersungguh-sungguh, berjanji setinggi yang mungkin sekiranya selamat dan anda akan berasa hampir dengan tuhan anda.

Akhirnya doa anda dimakbulkan. Pelayaran kapal hanyut anda berakhir. Tetapi malangnya, anda terdampar di sebuah pulau yang langsung tiada manusia. Ala-ala cerita Robinson Crusoe. Adakah anda akan menjadi orang yang bersyukur kerana tidak lagi hanyut ataupun anda akan tetap menyalahkan tuhan anda kerana tidak menghantar anda kepada tempat yang mempunyai manusia.

Inilah kehidupan. Setiap orang tidak terlepas menerima cubaan dan dugaan. Kadang di beri kesusahan, kadang diberi kesenangan. Dalam susah ada senang, dalam senang ada susah. Ada masa hidup tenang dan senang lenang ibarat melayari sungai Nil di atas cruise Horizon sambil menikmati keindahan alam. Ada masa hidup terasa susah, penat, resah dan letih ibarat kapal hanyut dilanda ombak tsunami.

Namun begitu sekiranya kita seorang yang sabar dan sentiasa bersangka baik terhadap setiap dugaan yang diberi, banyak hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil. Contohnya apabila kita sabar dan bersangka baik dalam menghadapi pelayaran kapal hanyut, kita akan berusaha sebaik mungkin agar selamat di akhir pelayaran. Tiada istilah putus asa mahupun kecewa. Langsung tidak terlintas perkataan mati dalam fikiran walaupun mati itu pasti. Kita akan menjadi sekreatif yang mungkin dalam meneruskan kehidupan. Fungsi otak digunakan semaksimum yang mungkin. Kemungkinan pada masa ini, Einstein pun tabik hormat pada kita. Tidak mustahil kita berjaya mencipta proses penyulingan air laut demi mendapatkan air bersih.Pada masa yang sama, masa digunakan sebaik-baiknya untuk beribadah kepada ALLAH. Bermohon dan bermunajat diberi sebaik-baik kesudahan, diberi kekuatan dalam menghadapi ujian.

Walaupun kemudiannya terdampar di pulau yang tiada manusia. Kita tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kehidupan menjadi lebih baik dan selamat. Kita memaksimumkan segala fungsi diri bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa. Tiga tahun, mahupun sepuluh tahun kemudian muncul sebuah kapal yang besar membawa sejuta harapan. Akhirnya doa dimakbulkan. Kita berjaya menemui semula ahli keluarga dan rakan-rakan. Pada saat ini, kita bukan lagi manusia yang sama seperti sepuluh tahun yang lepas. Kita menjadi manusia yang penuh dengan ilmu dan pengalaman. Segala halangan yang mendatang tidak lagi menjadi masalah yang besar untuk dihadapi.

Inilah sebabnya saya memilih KAPAL HANYUT sebagai nama blog saya, dengan harapan segala pengalaman saya dan anda dapat dikongsi bersama demi mendapatkan pengajaran dan ilmu yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian. Wallahualam. Assalamualaikum WBT.