Archive for December, 2008

Di saat hampir semua mahasiwa mahasiswi perubatan tahun 3 universiti Iskandariah pakat menelaah 5 kitab yang wajib di habiskan sebelum pagi esok, sabtu-8.00 pagi, aku dari tadi dok melayan tenet. Baca blog budak-budak medic seluruh mesir. Lama tak baca, sekali baca banyak yang nak kena kadho balik. Best jugak baca blog2 kawan2 aku ni. Walaupun setahun jumpa 2 3 kali. Tu pun kalau join aktiviti persatuan perubatan pusat atau raya. Kalau tak join, alamatnya berkawan dengan budak-budak alex jela. Budak-budak alex pun belum tentu aku boleh jumpa semua. Mana taknya, section dah la berbeza-beza, kuliah pun lain-lain. Walau kuliah sendiri pun, belum tentu aku boleh jumpa. Mana taknya, buatnya dia ataupun aku tak penah datang kuliah. Kalau datang pun terus tidur. Tak sempat nak usyar sapa yang ada. Kalau ada pun belum tentu boleh bertegur sapa. Masing-masing dengan hal sendiri. Abis lecture terus belah. Macamana nak jumpa. Kuliah sebelah lagila. Ada ja kawan-kawan sebatch aku yang masih belum aku nampak sejak aku balik dari Malaysia. Aku ni bukannya rajin sangat nak melawat rumah kawan-kawan. Ni aku akui kelemahan aku. Aku prefer dok kat umah. Kalau aku pegi pun atas sebab kerja. Sorila ramzy. Tapi ni nak kena ubahla. Jadi aku prefer jumpa rakan taulan aku di program-program yang dianjurkan. Tak kirala apa-apa program pun. Tapi masalahnya tak ramai kawan-kawan sebatch aku yg datang. Yang datang cumalah adik-adik 1st year. Kalau yang datang pun muka-muka yang sama. “Cliché”. Entah betul ke tak penggunaan “cliché” tu. Tapi aku cukup suka kalau ada yang wat program makan. Masa tula baru nak jumpa sebab memang naluri manusia, lelaki terutamanya(tak pastila betul ke tak-aku hentam saja) sukakan duit, makanan, main bola, hiburan dan wanita(sebab semua iklan mesti ada pompuan). Bab-bab makan confirm ramai. Masa tula baru nak jumpa kawan-kawan. Tapi kebanyakan kawan-kawan aku salah tafsir, kata mereka aku pegi sebab ada makan-makan. Terutama sekali bila aku pegi program smart circle ustaz ZAM. Walaupun aku dah dipecat dari SC ustaz ZAM, aku masih selamba, wat-wat muka tak malu pegi jugak. Haha. Semua orang tau ustaz ZAM masak memang sedap. Aku lebih mengetahui. Mana taknya, dah dekat 2 taun aku berSC ngan ustaz ZAM dan tak pernah miss makan. Siap tambah lagi. Dan akula orang yang terakhir habis makan. Mungkin sebab itulah kawan-kawan aku pikir macam tu. Bukannya aku nak jadi orang yang terakhir makan, makan paling banyak. Aku selalu je offer kat kawan-kawan aku, tetapi depa semua tak nak. Jadi terpaksala aku habiskan. Sebabnya, mak aku pesan dan cerita kat aku jangan membazir makanan sejak aku kecil lagi. Mak aku cerita tentang perihal orang-orang zaman datuk moyang kita yang begitu menghargai makanan. Dulu-dulu dan zaman sekarang pun orang masak nasi kenduri dalam kawah. Kemudiannya adala kerak-kerak nasi yang tinggal. Mak aku cerita, orang-orang tua akan cakap kepada budak-budak dan anak-anak muda bahawa sapa-sapa yang makan kerak akan jadi kaya. Maka berebut-rebutla semua nak makan kerak nasi. Masa aku masih di alam persekolahan menengah, barula aku faham benar kaedah-kaedah orang-orang tua nak menegur anak-anak depa. Bermula dari saat tu aku terus sentiasa mencari logic dalam setiap teguran yang tok dan mak aku bagi. Bila fikir-fikir balik, logic sangatla makan kerak nasi boleh jadi kaya. Yela, bila kita tak membazir hidup menjadi berkat. Bila hidup berkat barulah bole jadi kaya. Islam pun mengarahkan umatnya agar tak membazir makanan. Satu lagi nasihat tok aku “jangan potong kuku malam-malam, nanti…”. Masa aku kecik-kecik dulu aku potong gak. Biasalah kanak-kanak suka buat apa yang dilarang. Bila pikirkan balik, patutla tok aku larang. Kebiasaan orang dulu potong kuku guna pisau. Dahla masa tu lampu minyak tanah ja ada. Memangla bahaya dan tak bole potong malam-malam. Bukan potong kuku. Silap-silap kepala yang kena potong. Tapi sekarang malam pun macam siang. Tak dak masalah kot nak potong kuku, daripada biar panjang. Mak aku kata setan suka bergantung kat kuku yang panjang-panjang.

Sambung balik cerita tadi. Jadi untuk tak membazir, aku pun habiskan apa yang ada. Nasib baikla aku boleh maintain kurus, walaupun aku terasa aku dah tembam sikit. Sambung balik cerita sebelum aku cerita tentang makanan. Jadi esok merupakan hari peperiksaan mid term mahasiswa-mahasiswi alex, logiknya semua akan hadir. Dan kebetulan malamnya ada jamuan kat rumah atas rumah aku, rumah PITT KEDAH. Harap-harapla boleh jumpa kawan-kawan aku semula. Sambung balik cerita sebelum aku cerita tentang kawan-kawan alex aku. Macam-macam ada. Masing-masing dengan idea-idea gempak masing-masing demi mencari sebuah “niche” bagi membezakan antara satu sama lain. Tapi yang penting, blog-blog hangpa semua menyebabkan aku berhenti membaca 5 kitab yg wajib aku hafal untuk cemerlang esok hari. Haha. Sebenarnya aku dah tak larat nak baca dah. Walaupun sebenarnya aku baca untuk kali pertama saja. Sebelum ni aku tak pernah buka pun. Takutnya aku, kalau-kalau gagal sem ni. Takpa, score final. Ayat-ayat penenang hati bagi golongan-golongan yang malas macam aku. Apa-apa pun selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar 3rd year university iskandariah. Semoga ALLAH mengurniakan kejayaan di dunia dan akhirat kepada kita semua. Tak lupa juga kepada adik-adik 1st year yang akan menghadapi ujian pharma yang separuh lagi. Semoga ALLAH membantu kalian untuk menjawab exam dengan baik dan cemerlang. Sehubungan dengan ini, aku ingin menganjurkan sebuah kempen iaitu:

KEMPEN SENYUM MASA EXAM WALAUPUN TAK DAPAT JAWAB

Tak guna tension-tension walaupun tak dapat jawab, sebabnya tetap tak dapat jawab. Sebaliknya, prolonged STRESS and emotion leads vasospasm or ischemia of portion of the brain kata buku physio. Fikir-fikirkan. Maka banyak-banyakkanlah berselawat dan bertawakallah kepada ALLAH. RABBANA MAAKUM, INSYAALLAH. Macam pening sikitla post aku kali ni memandangkan aku pun pening membaca buku-buku medic nih.