Archive for January, 2009

BOIKOT!!!!

Posted: January 24, 2009 in pikir-pikir

boycott_israel_2

Ingat lagi aku masa kecil dahulu, aku dan adikku selalu berjalan dengan arwah tokku. Aku memanggil nenek sebagai tok dan datuk sebagai tok wan. Kalau tak silap aku, umurnya masa tu sekitar 70-an. Beliau masih kuat lagi berjalan kaki sedangkan aku pada masa tu dah rasa tak larat. Sambil- sambil berjalan, ada dua perkara yang sering tokku pesan dan aku ingat sampai sekarang.

Pertamanya, adalah jangan sesekali mencuri walaupun sebesar biji saga kerana balasan neraka itu sangat pedih dan menakutkan. Katanya, gunung pun runtuh kalau terkena api neraka sebesar biji saga. Ya, memang betul. Api neraka itu sangat panas. Banyak perbandingan yang dilakukan untuk menggambarkan betapa panasnya api neraka itu. Tapi, satakat manakah kita percaya tentang kewujudannya sedangkan percaya adanya api neraka adalah salah satu cabaang rukun iman iaitu percaya wujudnya hari akhirat.

Yang keduanya, sekiranya dalam perjalanan ada ranting-ranting pokok atau pelepah nyok(kelapa) mahupun buah nyok. Tolong bersihkan jalan tersebut daripada sebarang benda-benda yang boleh mengancam nyawa orang lain. Katanya, walaupun benda yang kita buat ni kecik tapi besar pahalanya. Dan benarlah katanya tu. Dengan usaha sekecil itu, boleh mencegah pengguna jalan yang lain daripada kemalangan jiwa. Boleh mengelakkan anak kehilangan bapa mahupun mak, isteri menjadi janda, suami menjadi duda(kalau kahwin satula), abang kehilangan adik dan sebagainya. Mana tahu dengan usaha sekecil itu berjaya menyelamatkan orang-orang besar seperti tok-tok guru mahupun pemimpin setempat. Besar sekali kesannya atas usaha yang sedikit. Ibarat microemboli di salur darah mata. Kecil namun boleh membutakan mata.

Begitu jugalah mengenai tentang isu boikot barangan keluaran Israel dan syarikat-syarikat yang menyumbang ke arahnya. Walaupun usaha kita itu nampak kecil, namun besar impakny sekiranya kita semua bersatu memboikotnya. Dan yang paling penting sekali adalah kita mampu untuk menjawabnya di akhirat kelak. Kalau dulu kita alpa sehingga sering terguna barangan dan termakan di restoran yang menyumbang ke arah Israel, biarkan ia jadi sejarah. Kita beristighfar banyak-banyak memohon keampunan. Yang penting sekarang dan seterusnya, kita sama-sama boikot dan derma banyak-banyak kepada pejuang-pejuang Islam, Palestin khususnya. Adakah kita masih mahu duit yang kita beri secara tidak langsung kepada yahudi itu, terus-menerus menjamah badan saudara-saudara kita?

Bayangkan seandainya hasil duit yang kita terbagi kepada Israel itu digunakan untuk membeli sebutir peluru dan peluru itu berjaya membunuh tokoh sebesar dan sehebat as-Syahid Sa’ed Mohammad Syaba’an Sayam. Bantuan yang disangkakan kecil itu menjadi tersangat-sangat besar. Disebabkan kealpaan dan ketidak perihatinan kita, kita telah membantu Israel membunuh tokoh Islam kita sendiri. Frasa yang mengatakan, duit yang digunakan untuk beli peluru tu, tak kena orang Islam, sebaliknya terkena orang Yahudi balik, semata-mata untuk melepaskan diri.

Kadang-kadang aku terfikir betapa beruntungnya orang yang cukup sukakan barangan Israel dan makan di restoran-restoran seperti Mc Donald dan Starbuck. Kerana mereka mempunyai peluang yang besar untuk mendapat pahala yang cukup banyak dan lumayan kerana ALLAH memberi pahala berdasarkan tahap kesukaran. Lebih sukar, lebih banyak pahala yang dapat. Sedangkan aku yang memang tak pernah ke Starbuck , ke Mc Donald sekali masa sekolah menengah, tengok wayang 3 kali, air gas bukan satu kemestian, tak pakai minyak wangi yang berjenama Boss mahupun Giorgio Amani, dan sebagainya. Aku tahu ramai ja orang yang seperti aku dan ramai juga yang sukakan barangan-barangan yang menyumbang kepada Israel. Point aku kat sini adalah, senang ja orang-orang yang memang gaya hidup tak menggunakan sangat barangan-barangan Israel ni untuk boikot dan cukup susah untuk golongan yang barangan-barangan ni dah jadi sebahagian dalam hidup mereka. Oleh itu janganlah memandang sinis dan meperlecehkan kawan-kawan kita yang masih belum mampu sepenuhnya meninggalkan barangan-barangan ni. Sebaliknya sama-sama kita berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan boikot ni. Sama- sama kita saling mengingati dengan hati yang ikhlas dan menegur dengan penuh hikmah kawan-kawan dan diri kita sendiri. Sesungguhnya agak sukar untuk menjauhkan dari barangan yang menyumbang ke arah Israel ini kerana laptopku ada intel centrino di dalamnya, Hp aku nokia express music dan aku amat berkenan dengan nokia express music touch screen yang terbaru.huhu. Namun begitu marilah kita sama-sama menjayakan kempen boikot ni. Kalau sebelum ni g Mc D dan Starbuck 2 kali seminggu, kurangkan jadi sekali ataupun tak payah terus. Aku puji usaha kawanku untuk buat aiskrim dan milk shake sendiri demi untuk katakan tidak pada Mc Donald. Semoga usaha kita yang kecil ini akan memberi satu impak yang cukup besar. InsyaALLAH. Sesungguhnya ALLAH melihat sejauh mana usaha kita dalam menegakkan agamanya.

Advertisements

Pre-Attachment

Posted: January 23, 2009 in attachment

Masa tu aku masih lagi berada di KL, di rumah Syakrani. Tiba-tiba saja mak aku call suruh balik rumah. Katanya buat apa tinggal di rumah orang lama-lama, baik tolong mak di rumah. Aku pun akur dengan permintaannya walaupun buku yang aku nak masih belum dijumpai. Jadi aku pun bagi tahu Syak yang aku nak balik haritu juga. Di sebabkan aku balik petang tu dan hari masih awal pagi, Syak pun ajak aku pi Mid Valley. Lama gak aku tak pi Mid Valey. Last sekali pi masa kat intec. Boleh tahan besarnya. Kebetulan masa aku pi dulu ngan member-member, jumpala Mamat kumpulan exist ngan anak dia. Masa tu aku beli seluar jeans Edwin. Kalini aku datang nak beli buku kat MPH. Tapi buku yang aku nak tak jugak dapat. Hampeh betol. Memang tak dak rezeki aku. Tapi aku belila jgak memandangkan aku tak akan mai Kl dah. So, kesimpulan aku, sebesar-besar Mid Valley tu, 2 kedai je yang bermanfaat untuk aku, yang lain mengarut ja. Boleh tgok jela. Only can be seen, cannot be touch. Touch lebh2 kena bayar, tak ke haru. Kalau touch down takpala jugak. Silap2 tak dapat bayar, polis plak yang touch. Kan dah kes naya diri sendiri. Tapi Mid Valley memang bukan tempat untuk orang Islam. Harapkan besar je, surau punyala kecik. Dahla kecik, boleh aku pi tinggalkan jam pemberian abang aku sebelum aku fly dulu. Terus aku dah tak dak jam. Aku pun malas nak beli. Tunggu orang bagi hadiah la plak baru aku pakai jam balik. Abis kat sini kisah aku di Mid Valley.

orang berkulit putih berjalan-jalan di puduraya..aku amik gambar masa dalam bas on d way balik ke manjung, perak.

orang berkulit putih berjalan-jalan di puduraya..aku amik gambar masa dalam bas on d way balik ke manjung, perak.

Petang tu aku pun balikla ke Manjung, sebuah bandar yang memiliki Ibu Pejabat Polis yang tercanggih di Malaysia mengikut berita yang tertulis di Metro. Keesokan harinya iaitu hari Jumaat, 5 September 2008, aku pun mengkelamkabutkan diriku pagi tu untuk buat surat permohonan. Terima kasih, kepada kawan- kawan yang membantuku menge’check’ grammer aku. Sesungguhnya aku punya grammer memang teruk. Ini diakui sendiri oleh cikgu BI aku masa ka MRSM. Tapi dia puji jalan cerita aku menarik. Tak taula betul ke tak. Nasib baikla SPM dapat A. Petang tu jugak selepas menunaikan tanggungjawab yang difardhukan ke atas aku, aku pi ke hospital Daerah Sri Manjung. Dengan baju kemeja masa form5 dulu, kasut abang aku yang longgar dan seluar yang semakin ketat aku melangkah dengan penuh confident ke ibu pejabat hospital.

“Assalamualaikum kak Ti”, sapaku dengan senyuman yang manis. Aku bukan kenal pun, tapi aku dengar kawan dia panggil nama dia Yati. So, aku pun panggilla dia Kak Ti dengan harapan panggilanku yang mesra tu akan memudahkan segala urusan selepas ni. “Waalaikumussalam”, jawabnya.

Dialog-dialog selepas ni aku reka ikut sedap mulut aku ja. Cuma nak bagi nampak situasi masa tu sahaja. Manala aku nak ingat sebutir-sebutir apa yang kami bualkan.

Kak T: Nak apa dik?

Aku: Saya nak buat attachmentla kak.

Kak T: Ada surat pengesahan daripada Pengarah.

Aku: Surat daripada Pengarah? Surat apa tu kak. Surat daripada u adala.(smbil menyerahkan surat pengesahan aku sebagai student alex u)

Kak T: Macam ni ha. Semua yang buat attachment kat sini akan bawa surat daripada pengarah dulu.

Boleh tak kalau saya buat saja tanpa surat tu. Saya dah tak lama kat sini(cuba tawar-menawar).

Kak T: Tak bolehla dik, memang nak kena surat tu jugak. Ni akak bagi alamat pengarah tu, adik tukar sikit-sikit surat permohonan ni. Pastu adik hantar ke alamat ni. Dah dapat surat baru datang balik.

Aku: Hmm, tak apala kalau macam tu kak.

Aku pun ambil alamat yang kak Ti bagi dan terus mengucapkan salam dengan senyuman yang manis jugak. Nak minta tolong orang tak boleh buat kerek(sombong). Tapi memang tak boleh sombong pun.Tak kira masa, tempat dan keadaan. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah sentiasa merendah diri, tak mendabik dada. Manusia semua sama di sisi ALLAH, yang membezakan adalah Taqwa. Bunyi macam klise, tapi tulah kebenarannya.

Aku pun tengok jam kat HP aku. Sempat lagi ni kalau nak pos. Sekali lagi aku mengkelamkabutkan diriku ke CC. Tapi aku tetap menunggang motor Lagenda aku dengan berhikmah. Takut-takut penyebab kematianku atas sebab kecuaian diri-sendiri. Lagi satu aku akan menyusahkan orang lain yang terlibat sama, andainya aku kemalangan. Mati pun nak menyusahkan orang. Tak tahula kalau masih mahu sombong dengan orang lain.

Ditakdirkan ALLAH, aku selesai mengepos surat tu dengan jayanya kepada Pengarah. Tapi yang bacanya orang bawahan dia ja. Rasa akula. Tak baik gak sebar-sebar fitnah ni.

Ni alamat surat yang aku hantar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30590, Ipoh Perak.

U/P Unit Perubatan.

Balik je rumah, mak aku tanya. Dapat ke tak buat attachment. Aku kata dalam seminggu baru dapat terus aku kena ‘smash’. Ha, tula..mak dah suruh buat awal-awal tak nak. Dah nak buat baru nak mintak. Tapi takpa. Tolong mak jahit baju sementara nak dapat. Aku pun tak boleh nak berhelah lagi. Betulla apa yang mak aku cakap tu. Apa nak buat. Dah terbiasa buat last minute. Nampaknya nak kena ubah sikap aku ni. So,seminggu sebelum buat attachment, aku menjahitla baju kat mak aku sambil-sambil prepare lauk bukak puasa. Dapatla aku siapkan sehelai baju batik kanak-kanak, 3 helai baju melayu dewasa dan baju kurung sehelai. Kira okla untuk orang yang baru belajar cantum baju. Aku cantumkan baju je. Mak aku yang buat potong-potong. Aku bukannya rajin sangat nak wat baju tu, cumanya ia satu perkara baru dalam hidup aku. Very interesting and challenging. Tambahan pulak mak aku kata, adik aku siap buat tempahan langsir lagi. Abang-abang aku pulak semua reti jahit baju. Tak kan aku nak ngaku kalah. Tidak sekali-kali. Pantang aku berundur sebelum mencuba(konon-kononla).

Dalam 2-3 hari lepas tu aku dapat call dari pihak PJKNP. Katanya ,aku mula attachment 15 september 2008 sampai 25 september 2008. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan banyak ilmu yang dapat aku kutip semasa buat attachment nanti. Untuk pengetahuan semua, aku buat attachment tu sorang-sorang. Langsung tak dak student dari u yang lain. Sebabnya, ramai yang dah balik dan buat sebelum bulan puasa. Aku je yang nak buat masa bulan puasa. Yela, bulan tak puasa nak jalan2,makan2, besarkan badan.

“syuhada palestine”

Posted: January 22, 2009 in pikir-pikir

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, pejuang Islam di Palestine yang syahid meninggalkan seribu pengajaran yang perlu diambil oleh kita yang masih hidup. Semangat jihad yang tinggi yang telah terbukti, kefahaman Islam yang jelas dan ketaatan kepada ALLAH. Sekiranya kita membaca profile-profile pejuang-pejuang yang hebat ini(http://www.alqassam.ps/english/?action=showmartys&mid=238), ada beberapa kriteria yang perlu untuk sampai ke tahap seperti mereka. Oleh itu saya mengajak diri saya dan anda semua untuk bermuhasabah diri kita kembali. Adakah kita mempunyai criteria-kriteria seperti mereka:

Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram

Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram

Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram(Leader in artillery)

§ The commander : Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram

§ ” Abu Mohammed”

§ Date of birth: 30th of September, 1980.

§ Date of martyrdom: 29th of January, 2008.

§ The leader of the artillery unit in Al-Sabra neighborhood.

Iyad was born in 30th of September, 1980, western Al-Sabra neighborhood of Gaza City. He was born in a Palestinian family which is committed to ethical and tolerant Islamic teachings, Iyad lived in the home with ten brothers, and is the second among them; Iyad lived with them in an atmosphere of love and respect between all brothers and sisters. Even his neighbors were in a good relation with him. He attended many classes which related to Islam teachings in the mosque.

Education:

Iyad took his education in schools of Gaza City, where he studied in primary school of Mutasim, then moved to take prep school in Al- Yarmouk school, and secondary school from Al-Karmil, he was marked of superiority in the study and intelligence .He had a great efforts in the Islamic Block. One of his friends said that Iyad was an active person who participated his brotherhood in distribution the publications which are organized by Hamas movement.

After that, he continued his education and joined Al-Azhar University in Gaza and he chose to study computer science. He took many courses in computer such as internet networks and programming cycle. He got married in 2004 with a girl, Nada, and a boy, Mohammed.

In the mosques:-

Iyad committed in the mosques since early age, that he committed to pray in Al-Salam mosque near his home. He grew up and decided to choose the way of defending his country. Iyad was responsible for many mosques, especially Al-Sabra neighborhood mosques.

After that, he became a leader in the police station in his area and also a leader in public activities branch, this branch is interested in public relations. Beside that, Iyad used to encourage his friends to pray at the mosque.

Samir Ali Al-Digran(Dair Al Balah camp)

Name: Samir Ali Al-Digran.

Martyrdom’s date: 4th of Deceber, 2007.

Rank: Mujahed.

Resident: Dair Al Balah camp.

Every day, Gaza waits for a beautiful scene that Samir Al-Digran was born in 1990. He was born in Dair Al-Balah. He brought up in a patient family from Yibbna village in the occupied lands of 1948. His family consisted from four brothers.

Samir studied the preparatory and primary stages in the UNRWA schools as his generations who brought up to find themselves scattered from their lands by the Zionist occupation forces. He didn’t continue his education because he engaged with the resistance activities which are launched against the Zionist forces which invade the Palestinian area and assassinate the innocent people in the Gaza strip and the West Bank.

The commitments of the good people:

When we made a conversation with the relatives and the friends of the martyr, they said the same characteristics and features which he had.

He kept with his prayers in the mosque of Al-Ribbat , he was one of the main persons who performed the prayers on time. He used to go to pray Al-Fajer prayer in the mosque early and sometimes he used to wait for the one who calls for the prayers to open the mosque.

The Muezzin said that Samir preceded me many times to the mosque and in the cold weather; he was sitting beside the door of the mosque and waiting for me. He didn’t go alone to the mosque, but also he used to call his neighbors and friends to go along with him to perform the prayers in the mosque.

His uncle said that Samir was always prompted me for praying in the mosque and he felt very happy when he took me to the mosque. The martyr’s uncle added that he was a innocent person and his face was full of the childhood innocence. He used to help his neighbors and friends; moreover, he used to say the Islam greeting for all the people.

He used to visit his friends, that when he knows that somebody is ill; he goes to him and knows who his condition is. Furthermore, he used to speak about the last day and to speak about the big prize which is waiting for the good men, and the hellfire which is waiting for the bad people.

On the other hand, he used to obey his parents and he was executing any request from them without any hesitations despite the amount of this request.

Samir had a good relation with his uncles that he was respecting him and he used to remind them with the Islamic teachings and principles.


Bilal Ashirbasi

Bilal Ashirbasi

Bilal Ashirbasi(Trusted mujahed)

Name: Bilal Khalil Ashirbasi

Rank: Qassam member

Martyrdom: 6th of June, 2008

Early life:

In a house kept with the faith of Islam, Bilal Khalil Ashirbasi was brought up in a family which committed with Jihad, his family is composed of eleven members scattered among six sons and four daughters in addition to the father and the mother, Bilal is the third among his brothers.

He received the faithful education in his family since his childhood, he learnt to maintain prayer and religion and he attended the mosque and the Quran circles with his brotherhoods. His family migrated from the village of “Alkovkh” following the Zionist occupation to the Palestinian territories in 1948.

Bilal took his lessons in several schools during his school stages, he studied the primary stage in Al-Hashimya School, and the preparatory in the UNRWA school. After completing his primary and junior high school he moved to Yaffa School in the neighborhood of Addaraj to study the secondary stage.


During his secondary stage, he enrolled in the ranks of Islamic bloc, student wing, of the Islamic Resistance Movement “Hamas”, he was an example of activeness of work within the Labour student, where he participated in many activities of the Bloc’s in the school, he participated in distributing leaflets and statements of the Islamic Bloc and its activities.


Beyond that he joined the faculty of industry for training at Imam Shafei, and he specialized at this faculty. After that, he opened a supermarket to rely on himself helping his family, and he got married in 2005.

Bilal used to pray at Ali Bin Marwan, he conserved to do the five prayers regularly and he was marked with steadiness to be in the first line in every prayer, specially the dawn pray.


He was as a stimulant to the Muslim youths in the area and his family for the dawn prayer. Abu Suhaib, who accompanied Bilal in the mosque, said “Abu Anas dealt with the youth continuation in the mosque and he used to wake up early in order not to miss the dawn prayer.”

Abdullah Al Zwayidi

Abdullah Al Zwayidi

Abdullah Al Zwayidi(Artillery Unit)

Name: Abdullah Mohammed Ahmed Al Zwayidi

Age: 23-year-old

Martyrdom Date: 28th of February,2008

Hometown: Domra

Residence: Bait Hanoun

Membership: Field commander & a member in the artillery unit in Al Qassam Brigades

Way of Martyrdom: Zionist Air Raid

Early life:

Abdullah was born in 1985 from Bait Hanoun neighborhood northern Gaza strip. His hometown was Domra village , his family was exiled by the Zionist’s gangs in the year 1948. He lived as a homeless away from his hometown, but he witnessed the Zionist assaults and aggressions against his people. So, he brought up carrying the homeland nostalgia and the hate for his enemy who took his land by force and killed the innocent people.

He grew old within a good family in ” Borit Jamil” in Bait Hanoun . His friends and neighbors testify that he was a good man. His father taught him to love his country and his mother supplied him the dignity , the freedom and the importance of martyrdom.

Education:

He studied the preparatory and primary stages in the UNRWA schools in Bait Hanoun , then he studied the secondary stage in the government schools in the ” Agricultural collage” in the city. During the educational period he characterized with many unique features. He was a polite person , liked the calm , liked all his friends and he used to call his neighbors and friends to performs the different prayers in the mosque.

With the family:

He made a good relation with his parents, that he was respecting them a lot and he used to obey them. He also used to help his mother in the home works , kidding and used to make she happy. He used to obey his father in all the things which ordered by him without any hesitations.

Kriteria-kriteria yang terdapat pada mereka yang patut kita jadikan contoh adalah:

  1. Sentiasa bersembahyang berjemaah di masjid
  2. Taat kepada ibu bapa
  3. Mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan jiran
  4. Komited dengan Islam dan dakwah
  5. Mempunyai peribadi dan akhlak yang baik
  6. Pemimpin kepada sebuah kumpulan
  7. Sentiasa mencegah kemungkaran dan mengajak ke arah kebenaran
  8. Aktif dengan aktiviti-aktiviti luar
  9. Hormat kepada orang yang lebih tua
  10. Semangat cintakan Islam dan negara yang tinggi
  11. Dahagakan ilmu iaitu sentiasa menambah ilmu pengetahuan
  12. Tidak pentingkan diri-sendiri
  13. Sentiasa meningkatkan kemahiran diri(sharpen the saw)
  14. Keluarga yang baik yang sentiasa memberi ajaran dan galakan ke arah kebaikan(institusi keluarga yang taat beragama)
  15. Perangsang kepada orang lain untuk melakukan kebaikan
  16. Pencetus bukan pengikut semata-mata
  17. Mempunyai kefahaman Islam yang jelas
  18. Berani
  19. Berpendidikan tinggi
  20. Ringan tulang-sentiasa membantu keluarga dan masyarakat. Tak pentingkan diri sendiri
  21. Menjadi tempat orang lain bergantung

Mungkin anda sendiri boleh tambahkan kriteria-kriteria yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran dan pedoman. Kalau kita lihat, kriteria-kriteria itulah ajaran Islam. Mulianya mereka kerana Islam sepertimana kata-kata Saidina Umar yang bermaksud:


Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.


Memang benar, agak sukar untuk kita mengamalkan ajaran Islam di zaman ini kerana orang mukmin yang benar-benar mengamalkan islam akan dianggap pelik. Namun begitu marilah kita sama-sama saling menegur dan memberi nasihat ke arah kebaikan. InsyaALLAH.

Ashhaabul Kahfi vs Modern Science

Posted: January 21, 2009 in pikir-pikir

sleep

Sesungguhnya ilmu ALLAH itu tersangat luas dan melampaui zaman mahupun masa. Hanya ALLAH mengetahui segala-galanya. Kebertahuan kita pun atas izin ALLAH jua. SUBHANALLAH, segala puji bagi ALLAH. Pernahkah anda tahu mengenai kisah ASHHAABUL KAHFI. Kisah beberapa orang pemuda dengan seekor anjing yang ditidurkan oleh ALLAH selama 309 tahun demi menunjukkan kekuasaanNYA agar manusia tidak sombong dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada. Ini kerana semua itu bersifat sementara. Tidak kekal. Yang kekal hanyalah ALLAH SWT jua.

Pemuda-pemuda ini lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu. Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah  Al-Raqim disebut  di dalam Al-Quran pada ayat  ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda-pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

dipercayai gua Ashhaabul Kahfi di Amman, Jordan..pak arab tengah bagi penerangan..

dipercayai gua Ashhaabul Kahfi di Amman, Jordan..pak arab tengah bagi penerangan..

image294_resize

Namun begitu terdapat satu ayat dalam Surah Al-Kahfi yang benar-benar menarik perhatian saya iaitu firman ALLAH SWT :

dan kamu sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika kamu melihat mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah kamu akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.-18 : Surah Al-Kahfi

Frasa “dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri” membawa maksud kesemua pemuda itu tidur bukan dalam satu posisi yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah. Dan ini merupakan satu fakta yang sangat penting. Keilmuan ALLAH SWT yang teramat luas jelas terserlah dengan ayat ini. Ini kerana perlakuan membalik-balikkan badan pemuda-pemuda itu dapat menjauhkan mereka daripada mendapat penyakit yang serius iaitu bed sore. SUBHANALLAH. ALLAH bukan sahaja mengajar hambanya tentang pengajaran-pengajaran dalam kehidupan malah sains sekalipun. Jelas sekali Islam itu agama yang merangkumi seluruh kehidupan. Segalanya ada. Berikut saya copy paste tentang bed sore daripada wikipedia dan mayo clinic website

Bed Sore

Bedsores, more properly known as pressure ulcers or decubitus ulcers, are lesions caused by many factors such as: unrelieved pressure; friction; humidity; shearing forces; temperature; age; continence and medication; to any part of the body, especially portions over bony or cartilaginousiatrogenic causes of death reported in developed countries, second only to adverse drug reactions. areas such as sacrum, elbows, knees, ankles etc. Although easily prevented and completely treatable if found early, bedsores are often fatal – even under the auspices of medical care – and are one of the leading

bed sore kat punggung

bed sore kat punggung

Etiology

Bedsores are accepted to be caused by three different tissue forces:

1.Pressure, or the compression of tissues. In most cases, this compression is caused by the force of bone against a surface, as when a patient remains in a single decubitus position for a lengthy period. After an extended amount of time with decreased tissue perfusion, ischemia occurs and can lead to tissue necrosis if left untreated in an immunocompromised patient.

2.Shear force, or a force created when the skin of a patient stays in one place as the deep fascia and skeletal muscle slide down with gravity. This can also cause the pinching off of blood vessels which may lead to ischemia and tissue necrosis.

3.Friction, or a force resisting the shearing of skin. This may cause excess shedding through layers of epidermis.

Pathophysiology

Pressure ulcers may be caused by inadequate blood supply and resulting reperfusion injury when blood re-enters tissue. A simple example of a mild pressure sore may be experienced by healthy individuals while sitting in the same position for extended periods of time: the dull ache experienced is indicative of impeded blood flow to affected areas. Within hours, this shortage of blood supply, called ischemia, may lead to tissue damage and cell death. The sore will initially start as a red, painful area, which eventually turns purple. Left untreated, the skin may break open and become infected. Moist skin is more sensitive to tissue ischemia and necrosis and is also more likely to get infected.

Complications

Even the most conscientious care can’t always prevent serious or life-threatening infections of your skin, muscle or bone. Complications include:

1.Cellulitis

2.Bone and joint infections.

3.Necrotizing fasciitis.

4.Gas gangrene (myonecrosis).

5.Sepsis.

6.Cancer.

Treatments and drugs

Treating bedsores is challenging. Open wounds are slow to close, and because skin and other tissues have already been damaged or destroyed, healing is never perfect.

Addressing the many aspects of wound care, including those that are emotional and social, requires a multidisciplinary approach. You’re likely to receive care from nurses and your primary care physician, along with help from a social worker and physical therapist. When incontinence is an issue, you may see a urologist or gastroenterologist. And if a wound requires surgical repair, a neurosurgeon, orthopedic surgeon and plastic surgeon may be involved in your care.

Conservative treatment
Although it may take some time, most stage I and stage II sores will heal with conservative measures. But stage III and stage IV wounds, which are less likely to resolve on their own, may require surgery.

The first step in treating a sore at any stage is relieving the pressure that caused it. You can reduce pressure by:

1.Changing positions often. Carefully follow your schedule for turning and repositioning — approximately every 15 minutes if you’re in a wheelchair and at least once every two hours when you’re in bed. If you’re unable to change position on your own, a family member or other caregiver must be able to help. Using sheepskin or other padding over the wound can help prevent friction when you move.

2.Using support surfaces. These are special cushions, pads, mattresses and beds that relieve pressure on an existing sore and help protect vulnerable areas from further breakdown.

Other nonsurgical treatments of pressure sores include:

1.Cleaning. It’s essential to keep wounds clean to prevent infection.

2.Removal of damaged tissue (debridement). To heal properly, wounds need to be free of damaged, dead or infected tissue.

3.Dressings.

4.Hydrotherapy. Whirlpool baths can aid healing by keeping skin clean and naturally removing dead or contaminated tissue.

5.Healthy diet. Eating a nutritionally rich diet with adequate calories and protein and a full range of vitamins and minerals — especially vitamin C and zinc — has been shown to improve wound healing.

Prevention

Bedsores are easier to prevent than to treat, but that doesn’t mean the process is easy or uncomplicated. Still, although wounds can develop in spite of the most scrupulous care, it’s possible to prevent them in many cases.

The first step is to work with your nurses and doctor to develop a plan that you and your caregiver(s) can follow. The cornerstones of such a plan include position changes along with supportive devices, daily skin inspections and a maximally nutritious diet.

1.Position changes
Changing your position frequently and consistently is crucial to preventing bedsores. It takes just a few hours of immobility in a wheelchair or bed for a pressure sore to begin to form. For that reason, experts advise shifting position every 15 to 30 minutes that you’re in a wheelchair and at least once every two hours, even during the night, if you spend most of your time in bed. If you can’t move on your own, a family member or caregiver must be available to help you.

A physical therapist can advise you on the best ways to position yourself in bed, but here are some general guidelines:

2.Avoid lying directly on your hipbones. On your side, lie at a 30-degree angle.

3.Support your legs correctly. When lying on your back, place a foam pad or pillow — not a doughnut-shaped cushion — under your legs from the middle of your calf to your ankle. Avoid placing a support directly behind your knee — it can severely restrict blood flow.

4.Keep your knees and ankles from touching. Use small pillows or pads.

5.Avoid raising the head of the bed more than 30 degrees. A higher incline makes it more likely that you’ll slide down, putting you at risk of friction and shearing injuries. If the bed needs to be higher when you eat, place pillows or foam wedges at your hips and shoulders to help maintain alignment.

6.Use a pressure-reducing mattress or bed. You have many options, including foam, air, gel or water mattresses.

7.Skin inspection

8.Nutrition
If you’re ill, recovering from surgery or living with paralysis, you may have little appetite and eating may be physically difficult. Yet it’s essential to get enough calories, protein, vitamins and minerals.

Ternyata bed sore ini bukanlah satu penyakit yang patut di pandang enteng, kerana ia boleh menyebabkan kematian. Sekiranya anda lihat dan baca, rawatan dan pencegahan yang terbaik adalah sentiasa mengubah posisi badan ketika duduk mahupun tidur. Ini telah ALLAH lakukan beribu-ribu tahun yang lepas sedangkan kita baru sahaja menyedarinya. Amatlah rugi sekiranya kita masih bersikap sombong terhadapNYA kerana petunjuk ALLAH amatlah jelas. Marilah kita sentiasa berfikir dan mengkaji kebesarannya demi mendapatkan keyakinan yang betul-betul mantap dan utuh.

Sesungguhnya kebesaran ALLAH jelas terserlah selagi manusia mahu berfikir.

BELITONG DAN ORANG KAMPONG

Posted: January 19, 2009 in ceritera

Ni kisah yang dikisahkan oleh mak aku kepada aku sebagai pengajaran sepanjang hayatku. Tak tahulah dari mana mak aku dengar dan tahu dan aku pun tak nak amik tahu, sebab tak penting pun tahu sumber kisahnya melainkan tahu isi dan pengajarannya. Tetapi awas, kisah-kisah yang membabitkan ISLAM mestilah sentiasa dari sumber yang betul lagi tepat supaya tak termasuk kisah-kisah israeliyat, agar manusia tak menjadi lebih sesat kerana perbuatan kita yang tak beringat untuk menjadi lebih cermat.

Alkisah bermula dengan seorang pesara yang banyak duitnya( biasala orang baru pencen, duit banyak) dengan idea yang luar biasa canggihnya. Hajatnya nak beli tanah di tepi laut. Namun begitu bukan tanah pantai Teluk Batik mahupun pantai Teluk Senangin yang ditagihnya, tanah bakau menjadi pilihan hati. Sungguh berbeza nafsunya. Dijadikan cerita, hebohla satu kampong. Habis ayam-ayam di reban terbertelur tak cukup hari. Kecoh dan gamat di buat oleh si pesara. Merata- rata kedai kopi orang kampong bercerita. Ikan-ikan di laut berkenduri kesyukuran kerana tiada nelayan yang turun menangkap ikan, dek sebok membincangkan masalah hal ehwal tempatan.

Apala bodo pi beli tanah bakau nak buat apa.

Bukannya bole buat rumah pun.

Banyak duit dia nak tambak tanah.

Ni mesti dulu pecah amanah, tak pun rasuah.

Ala, dia dah gilala tu. Biaq kat dia.

Nanti bila dia susah nanti jangan sapa-sapa tolong dia. Orang bagi nasihat jangan beli tak mau dengaq.

Dia tu memang macam tu. Keras kepala. Aku kenai lama dah dia tu. Memang dari kecik macam tu. Benda pelik-pelik serah kat dia.

Haa. Benda-benda pelik(terkejut). Entah-entah nak buat tempat ajaran sesat pa. setan memang suka dok kat tempat-tempat macam tu.

Betoi, betoi, betoi.

Tak bole jadi ni. Rosak anak-anak kampong kita. Kita mesti report tok penghulu.

Bagus juga orang-orang kampong ni, begitu perihatin dengan anak bangsa. Akan tetapi, tuduhan tanpa bukti yang kukuh merupakan satu kezaliman(tak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Di teruskan ceritanya, hiduplah si pesara dengan tohmahan-tohmahan orang kampong. Kemana saja pergi orang bercerita. Suatu hari orang kampong bertanya, “ hang nak buat apa dengan tanah tu MAT?”. “Aku nak bela belitong”, jawab MAT. Nah.. Semakin hebat dan rancak perbincangan-perbincangan di kedai kopi.

Hangpa dengaq tak yang dia nak bela belitong.

Hahaha. Apala susah sangat nak bela. Takat belitong tu orang pi kuti ja.

Macamana nak bela belitong. Mengarut.

Sah dah. Aku rasa dia memang dah gila.

Betoi, betoi, betoi.

Begitu mudah sekali membuat kesimpulan. Pantang berlaianan pemikiran, terus di cop GILA, SESAT. Adakah mereka sahaja yang betul? Adakah mereka sahaja yang berilmu? Adakah mereka sahaja yang sempurna? Tidak pernah melakukan kesilapan? Sebaik-baik orang mukmin ialah apabila bersalah,dia segera bertaubat.

Si pesara terus dengan projeknya. Sikit pun tak tergugat dengan kata-kata orang kampong kerana di dalam fikirannya telah terbayang keuntungan yang bakal di raihnya. Telah di pasak erat ke dalam subconscious mindnya bahawa dia akan berjaya disamping doa yang tak putus-putus kerana dia orang yang berilmu. Dia tahu bahawa doa adalah senjata orang Islam yang paling ampuh. Hanya kepada ALLAH dia meminta pertolongan. Sekiranya manusia ingin menolongnya pun, semuanya disebabkan oleh kuasa ALLAH yang menerbitkan petunjuk(impuls) ke dalam fikiran manusia tersebut dan diiringi oleh perbuatan menolong yang juga adalah atas kehendak, kuasa dan keredhaan ALLAH. Segala puji bagi ALLAH YANG MAHA KUASA. Maka, meminta tolonglah dari ALLAH agar dibukakan hati manusia untuk menolong kita, disamping usaha yang tak putus-putus ibarat muntahan peluru tentera ISRAEL yang tak pernah puas membunuh orang ISLAM.

Berbalik kepada cerita pesara tadi. Sebaik sahaja pemilikan tanah bakau berpindah ke tangannya, dia segera memulakan projek BELITONGnya. Untuk pengetahuan semua, SIPUT SEDUT dan SIPUT BELITONG adalah dua spesis yang berlainan. SIPUT SEDUT sifatnya seperti PIRENELLA CONICA, iaitu mempunyai lingkaran(spiral) dan permukaan cengkerang yang kasar(coarse tubercle). SIPUT BELITONG pula, sama seperti SIPUT SEDUT, cuma berbeza dari segi permukaan cengkerang dan saiz, iaitu mempunyai permukaan yang licin dan saiz yang lebih besar. Untuk kisah ini, siput yang dimaksudkan adalah SIPUT SEDUT walaupun aku nyatakan projeknya adalah projek BELITONG. Ini adalah kerana sejak dari kecil lagi aku panggil siput sedut, belitong. Tahun lepas, masa cari lokan dengan adik aku, barula aku tahu beza dua ekor siput tu. Kalau adik aku tak cerita, sampai ke sudah aku tak tahu. Tapi kalau silap, silap adik akula(sifat yang suka meletakkan kesalahan atas orang lain). Haha. Dia pun dengar daripada orang lain. Tapi selepas aku guna AJI GOOGLE, sama ja. Jadi biarlah aku gunakan istilah BELITONG.

spiral and course tubercle..tak taula ada parasit ke tak dalam tu.huhu

spiral and course tubercle..tak taula ada parasit ke tak dalam tu.huhu

memang feberet aku nih. klimaksnya masa sedut. fuh..nikmat betul.. syukran lillah sebab jadikan siput sedut ni..

masak lemak belitong..memang feberet aku nih. klimaksnya masa sedut. fuh..nikmat betul.. syukran lillah sebab jadikan siput sedut ni..

Maka si pesara pun memulakan projek BELITONGnya. Pokok-pokok bakau ditebang untuk dibuat laluan dan kayunya di jual. Tanah bakaunya dipetak-petakkan macam sawah cumanya lebih kecil tetapi panjang. Petak-petak tu dipisahkan oleh parit yang mengandungi air tawar supaya siput belitong tak lari keluar. Dibelinya baka belitong dari Indonesia kerana siput belitong Indonesia besar- besar walaupun orang kecil-kecil dan diletakkan ke dalam kolam belitongnya. Cukup hari bila belitongnya dah besar dia pun mula mengutip hasil. Sifat siput belitong ni adalah tak sukakan air laut. Bila air laut pasang ia akan memanjat pokok. Bila air laut surut, dia akan turun ke dalam selut bagi mencari makanan. Aku pernah gi cari masa kecik-kecik dulu. Berdarah jugakla kaki terpijak kaca. Tapi memang best. Tengah-tengah cari, tiba-tiba nampak babi hutan. Mak aku pantang kalau orang cakap besar masa cari siput belitong. Maka, bila air pasang, pekerja si pesara pun mengutipla siput belitong menggunakan sampan.

Banyakla siput yang berjaya dikeluarkan oleh kolamnya setiap hari. Beratus- ratus kilo sehari. Sekilo RM 6.00 ke 7.00. Bayangkan, berapa banyak keuntungan yang dia dapat kalau boleh keluarkan 400 ke 500 kilo sehari. Lumayan tu. Alkisah pun di akhiri dengan keinsafan penduduk kampong. Semuanya tergamam dan terkesima melihat keuntungan yang diperolehinya. Si pesara tidak pernah menyimpan dendam kerana dia tahu itu bukan sifat orang Islam sejati dan dia tahu mereka merupakan orang yang jahil. Maka kembali tenanglah penduduk kampong. Masing-masing menginsafi diri. Tak kurang juga ada yang menawarkan anak untuk menjadi “besan”. Namun masih ada yang dengki, menyimpan dendam di hati, hasil kejahilan diri sendiri atas mulut yang pedasnya mengalahkan cili api, menjaja, menghasut, memfitnah kesana ke mari, ibarat TV3 yang bersiaran tanpa henti. Akhirnya, bomoh sakti jua yang dicari, untuk memuaskan nafsu diri atas dorongan syaitan yang keji. Akan tetapi, si pesara begitu ampuh, seampuh Laksamana Sunan. Hasil ketaatan yang tak berbelah bagi kepada ALLAH. Hasil amalan yang tak pernah ada erti cuti mahupun MC. Segala sihir yang dihantar pulang kembali kepada si pengirim ibarat cahaya yang terpantul di cermin. Syahdan, sakitla si pendengki atas segala perbuatannya. Matilah dia dalam keadaan yang aib.-tamat-

*cerita yang lebih-lebih aku sendiri reka. Mak aku cerita sampai kejayaan si pesara tu ja. Dialog-dialog tu rekaan semata-mata. Aku ubah secara besar-besaran. Tapi isi dan pengajaran masih sama.

Apakah pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas?(ada macam soalan SPM tak?)

Antara pengajaran yang boleh diambil adalah:

1. Jangan sesekali merendah dan menghina idea dan rancangan orang lain walaupun nampak pelik.

2. Jangan sesekali menfitnah orang.

3. Mengumpat tu ibarat makan daging saudara sendiri.

4. Sentiasa menambahkan ilmu di dada. Kuasailah sebanyak mana ilmu bermanfaat yang termampu.

5. Jangan sesekali berdengki dengan orang lain sehingga sanggup memusnahkannya, sebaliknya belajarlah daripadanya macamana untuk berjaya.

6. Sentiasalah berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam menerima perbezaan.

7. Mengharaplah kepada ALLAH sahaja, sesungguhnya ALLAHla yang paling berkuasa.

8. Sentiasa berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

9. Berfikirlah luar dari kebiasaan supaya terbuka minda. Jangan disempitkan dengan satu cara melihat dan berfikir sahaja.

10. Manfaatkan bumi ALLAH sebaik-baiknya. Tiada satu pun yang ALLAH jadikan dengan sia-sia melainkan ada kegunaannya. Cuma kita sahaja yang masih belum ketemu manfaatnya.

Kebesaran ALLAH jelas terserlah selagi manusia mahu berfikir.