Archive for March, 2009

KOLEKSI PETUA-PETUA

Posted: March 19, 2009 in macam-macam ada

Ni merupakan petua-petua yang aku dapat sepanjang aku hidup dari mak, ayah, nenek dan kawan-kawan aku. Entahlah penjelasan dari segi saintifiknya macamana, aku pun tak berapa pasti. Aku cuma boleh berteori tetapi tak boleh mengconfirmkannya. Sapa rajin buatla eksperimen dan kajian. insyaALLAH lepas aku graduate nanti aku cuba mempastikan kesahihan setiap petua yang aku tau.

1. Hilangkan panas badan

a. mandi air asam jawa (mandi pagi-pagi)

b. jelum kepala dengan air daun bunga cina, rambutan

c. minum lai chi kang (getah anggur, kismis, halwa kundur, lengkong/cincau, selasih, barli)

2. Hidung tersumbat

a. sapu campuran kunyit dan kapur makan di sekitar hidung

b. masuk tandas budak lelaki (haha, ni petua aku sendiri masa kat sekolah menengah dulu. Menjadi, tapi loklaq sikit)

3. Kencing tak lawas

a. makan buah jering sebulan sekali

4. Buang angin dalam perut

a. makan halia

b. makan bawang putih mentah

c. sapu minyak angin(hahahahaha)

5. selsema

a. minum teh limau nipis pekat

6. Batu karang

a. makan akar rumput sambau

7. Terkena minyak panas

a. sapu minyak masak sejuk sebelum basuh dengan air. Biar tempoh yang lama. Boleh cegah edema/mengelembung

b. letak ais. Kalau malas sangat letak je tangan dalam freezer

c. sapu lendir poko lidah buaya

8. Lebat dan kuatkan rambut

a. sapu dengan minyak nyok/kelapa

b. sapu dengan santan

9. Hilangkan daki

a. cuci badan dengan hampas nyok/kelapa

b. mandi bersabun dan gosok

10. Kulit dan tapak tangan yang lembut

a. perah santan selalu

11. Rawat cekam di kuku

a. pakai inai

b. letakkan lintah dan biarkan lintah hisap

12. Ketuat

a. letak getah betik

13. Bersihkan paru-paru

a. makan nanas( tak taula betul ke tak)

14. Lembutkan daging dengan cepat

a. rebus dengan buah betik muda

15. Bersihkan mata

a. pakai celak

Ini jela kot yang aku ingat. Banyak lagi rasanya, cuma dah terlupa sebab tak amalkan.

Advertisements

FLASH OF GENIUS

Posted: March 2, 2009 in ceritera

greg_kinnear_in_flash_of_genius_wallpaper_6_800

Sir Isaac Newton menjumpai wujudnya gravity apabila buah epal jatuh di depannya. Archimedes mendapat idea untuk menentukan samada mahkota King Hiero II emas atau tak semasa beliau sedang mandi di dalam tub mandi dan menjumpai teori sesaran air. Semuanya menjumpai bukan mencipta, kerana semua ilmu yang ada sekarang telah wujud. Hanya yang tinggal adalah untuk manusia mencari. Jadi, tak perlu mendabik dada atas kejayaan yang ada. Semua tu adalah kurniaan ALLAH. Kapal terbang dicipta berdasarkan pemerhatian ke atas burung. Banyak penemuan sains berdasarkan pemerhatian termasuklah penemuan “intermittent windshield wiper” ataupun wiper yang kita guna masa hujan tu.

Time exam nila seronok tengok movie. Dalam hari-hari ulangkaji untuk exam pathology, aku dicadangkan oleh Abdul Haq untuk tengok movie ‘Flash of Genius”. Movie tentang seorang engineer yang berjaya menjumpai litar yang membolehkan wiper kereta berfungsi seperti yang ada sekarang iaitu semasa dalam hujan. Pada mulanya wiper kereta bergerak tanpa henti dan menjadi masaalah ketika hujan. Berdasarkan pemerhatian Robert William Kearns ke atas pergerakan kelopak mata yang berkelip setiap beberapa saat dan tidak sentiasa berkelip, beliau mendapat idea untuk mencipta intermittent windsheild wiper dan berjaya menjumpai kaedah untuk melakukannnya dengan mengubah susunan litar yang ada.

Seterusnya beliau cuba untuk memperkenalkan wipernya kepada Ford dengan hasrat untuk menjadi supplier kepada Ford. Malangnya Ford telah menggunakan rekaannya tanpa persetujuannya malah mengisytiharkan hak milik mereka. Bermula pada saat inilah hidup Robert William Kearns berubah. Nak tau lebih lanjut kena tengok sendirilah. Malas pulak nak taip panjang-panjang. Tapi movie ni memang bestla. Based on true story.

Cuma yang aku nak petik sikit ialah tentang sikap Robert William Kearns ni. Sikap yang mementingkan perjuangannya sehingga mengabaikan keluarganya. Adakah ini merupakan satu sikap yang betul dan bertanggungjawab? Ataupun salah keluarganya yang tak memberikan sokongan. Hmmm..by the way, common sense setiap individu berbeza-beza. Kadang-kadang betul di mata kita, salah di mata orang. Setepatnya jadikanlah Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Tetapi mampukah kita.. Hmm.. tak tahu, kenalah tanya pada yang tahu.

Dalam babak movie ni juga Robert William Kearns berkali-kali ditawarkan dengan duit sehingga mencecah usd 30 juta. Tapi dia sikit pun tak terliuq. Orang melayu kata pandang sebelah mata. Wat dek ja. Alangkah bagusnya kalau kita pun macam tu. Sikit pun tak terliuq dengan tawaran duit. Sama-sama kita berdoa. Nak kutuk orang makan rasuah ni memang seronok dan banyak modal nak wat cerita. Tambah-tambah lagi ahli politik zaman sekarang. Tapi takut jugak bila kena kat batang hidung. Masa tu hanya imanlah pendinding diri. Jadi, janganlah membenci seseorang itu atas diri dia sendiri, tapi bencilah perbuatan salahnya itu. Takut-takut kena kat kita balik. Hidup ni macam roda. Tak selama-lamanya kita kekal dalam iman(sentiasalah berdoa dan berusaha supaya sentiasa kekal dalam iman) dan tak selama-lamanya kita kekal dalam kejahatan kerana ALLAH Maha Berkuasa ke atas hambaNYA.

Semasa babak akhir movie ni, peguam Ford cuba mempengaruhi para juri dengan ciptaan-ciptaan mereka sebelum ini yang begitu gah dan mendakwa logiknya “intermittent windsheild wiper” juga adalah ciptaan mereka. Betapa bongkaknya manusia apabila mengecapi sedikit kejayaan. Dengan kekuasaan dan wang yang ada mereka menindas Robert William Kearns seboleh-bolehnya. Memang benar wang membuatkan manusia bongkak sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Namun begitu, kebenaran tetap menang walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Ford kalah dan terpaksa membayar Robert William Kearns usd 10.1 juta. Harap-harapnya macam tu jugaklah yang akan berlaku pada negaraku yang tercinta. Semoga kebenaran akan muncul jua akhirnya. InsyaALLAH keadilan itu ada biarpun lambat, kerana ALLAH MAHA ADIL.