
penat menunggu bola tak sampai-sampai
“Kita ni, kalau nak tumpang kereta orang, biarlah kita yang tunggu orang. Bukannya orang tunggu kita.”, kata ibuku.
Inilah yang selalu di ulang-ulang oleh ibuku sekiranya kami ingin menumpang orang untuk ke mana-mana sahaja. Semuanya berlaku semasa aku berada di sekolah rendah. Masa tu keluarga aku tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan terpaksa menaiki bas seperti kebanyakan keluarga yang lain. Cumanya apabila berlaku kecemasan dan untuk ke tempat-tempat yang tiada jaringan bas, terpaksala kami menumpang kenderaan orang. Maka terpaksalah aku mandi dan bersiap-siap awal dari masa yang dijanjikan. Memang setiap kali nak tumpang kereta orang aku dileter oleh ibuku kerana selalu lambat bersiap.
Namun kini, barulah aku tahu betapa pentingnya apa yang ibuku sampaikan. Itu semua adalah nilai-nilai yang perlu kita ada dalam menghadapi kehidupan ini. Iyalah, mana mungkin orang yang kita ingin mengharapkan bantuan terpaksa pula menunggu dan bersusah payah untuk kita. Padahal kita tak ambil pot(BUAT TAK KESAH). Nak awal ke nak lambat ke. Ikut suka hati kita. Dan senang-senang sahaja kita mengatakan, dah memang orang Melayu. Tambah-tambah pulak belajar di Negara Mesir. Bertambah-tambah lambatla. “ sori-sori. Asif jiddan.Aku lambat. Dah lama tunggu ke? Sian kat korang” “ takpa-takpa. Tak lama sangat pun menunggu.” Memang patutla meminta maaf. Dan memang patutla kita memaafkan. Tetapi sehingga bila dialog-dialog seperti ini harus berterusan. Adakah ia satu amalan yang baik. Apabila berjanji tentang masa, ingatlah tak semua mempunyai masa yang lapang. Masing-masing ada kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Janganlah kita menjadi beban kepada orang lain dek kerana sikap lambat kita. Dan tak sayugia seorang yang bakal menjadi doctor tidak berjaya untuk mendidik dirinya menepati waktu. Semoga aku dan kita semua berjaya dalam menepati waktu. Biarlah kita yang menunggu orang bukan orang lain menunggu kita. Tapi kalau ada hal-hal yang boleh dielakkan. Semua orang terpaksalah memahami. “ jadilah seorang yang memahami orang lain tanpa mengharapkan orang lain memahami kita” insyaALLAH.