Archive for May, 2009

PALESTINE EVERGREEN

Posted: May 25, 2009 in PALESTINE EVERGREEN

palestine

TEMA:

Scent of Palestine , scent of jannah

ANJURAN:

JABATAN BENDAHARI

PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

TARIKH:

25 mei 2009 –8jun 2009

KEMPEN PALESTIN EVERGREEN

“SCENT OF PALESTINE ,SCENT OF JANNAH”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau (sebelum dia kasihkan jiran tetangganya), sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “. (Hadis Sahih Muslim)

Pihak Perubatan Cawangan Iskandariah dengan ini menganjurkan kempen Palestine dengan tema “Scent of Palestin,Scent of Jannah” iaitu sebuah kempen yang berobjektifkan untuk memupuk,mempertingk at dan mengekalkan semangat perjuangan terhadap isu-isu Palestin. Selain itu,kempen ini juga bertujuan agar dapat mendedahkan kepada ahli-ahli mengenai isu-isu semasa Palestin yang kini semakin hangat diperbincangkan. Oleh hal yang demikian,diharapkan para pelajar sekalian dapat menyokong penuh kempen ini supaya dapat dikongsi bersama intipati yang terdapat dalam program-program yang disediakan.

Berikut adalah antara cara-cara yang membolehkan untuk menyumbang apa-apa idea mengenai isu Palestin:

1) Letter from Palestine

-pelajar dijemput untuk menyokong kempen palestin ini dengan menghantar artikel,berita, sajak,cerpen, puisi,kuiz, gambar dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Palestin ke Alexmedicalteam. .

-diminta jasa baik anda semua untuk meletakkan tag line(tema) kempen di akhir posting anda.Contohnya:

Tajuk artikel: Palestin Berdarah Kembali

Akhir petikan:dipetik dari laman web…..

~Scent of Palestine ,Scent of Jannah~

-anda juga digalakkan meletakkan link ataupun sumber posting anda sebagai rujukan.

-setiap posting anda akan dikumpulkan di dalam blog rasmi kempen ini iaitu palestineevergreen.blogspot.com

2) Palestine linkers

-semua pengguna YM,Facebook, Friendster dan sebagainya dijemput untuk sama-sama memeriahkan kempen Palestine Evergreen dengan:

(a)mengedar dan menyampaikan link-link video,laman- laman web dan kata-kata yang berkaitan dengan Palestin melalui instant messenger.

(b)meletakkan status-status mengenai Palestin dan mempromosikan blog rasmi kempen palestineevergreen iaitu palestineevergreen. blogspot. com

(c)meletakkan poster-poster atau gambar berkenaan Palestin sebagai primary foto di YM, Facebook, Friendster dsb.

(d)meletakkan status berkenaan Palestin di shout out box,menggunakan background Palestin,mencipta soalan-soalan atau survey yang berkaitan Palestin,menyebarkan melalui bulletin-buletin tentang Palestin dan segala bentuk sokongan yang anda boleh tunjukkan.

3) BLOGGERS 4 PALESTIN………… ….

KEPADA PARA BLOGGERS,
ANDA DIGALAKKAN UNTUK MENGIKLANKAN KEMPEN INI DI BLOG ANDA , MENYIARKAN POST-POST BERKAITAN PALESTIN ,

MELETAKKAN BANNER-BANNER PALESTINE ,

MENGAJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERS ANDA DI MANA SAHAJA UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI…

MENGUBAH MOOD BLOG ANDA KEPADA MOOD PALESTINE (sekiranya boleh ) ,MENYERTAI SENARAI BLOG DI BLOG palestineevergreen.blogspot.com. KETERLIBATAN BLOG ANDA PADA BLOG INIMENUNJUKKAN SOKONGAN ANDA PADA KEMPEN INI.

4) UCAPAN DAN PERSEMBAHAN (VOICE OF PALESTIN)

KEPADA SEMUA PELAJAR , ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SEBARANG UCAPAN, PANDANGAN, PERSEMBAHAN (PUISI, LAGU, SAJAK DSB) DI DALAM DEWAN KULIAH SEPANJANG KEMPEN BERJALAN SEMASA WAKTU LAPANG DI ANTARA KULIAH.

ANDA JUGA DIPERSILAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BERKAITAN PALESTINE DI MANA- MANA SAHAJA SPT SEMASA KELAS PRAKTIKAL, DI ASRAMA,DI RUMAH,DI KEDAI KOPI, MAHUPUN DI DALAM TEKSI SEKIRANYA BOLEH… =)

5) POSTER (PALESTINE ARTWORD MEDIA)

Semua pelajar diseru untuk mencipta poster, logo, screen saver, backround, template blog, sticker, t-shirt dan pape saje yg sewaktu dengannye asalkan berkaitan Palestine agar boleh digunakan oleh rakan2 dan sahabat handai yang lain.

6) LAGU DAN VIDEO ( PALESTINE STUDIO)

Pada sahabat2 yg minat berlakon dan menyanyi tu , anda dijemput untuk menyumbang buah fikiran dalam penghasilan lagu mahupon video clip berkenaan Palestine.

Sekiranya anda mempunyai koleksi2 video ataupun lagu yang berkaitan, anda digalakkan untuk berkongsi dengan semua pelajar.

P/S :-

Rakan2 juga diseru agar dapat menyebarkan maklumat mengenai kempen ini kepada rakan taulan samada dalam mahupun luar Negara. Kepada para penghuni asrama, anda diseru untuk mewujudkan sendiri Tabung Palestine untuk aras masing2.

Scent of Palestine, Scent of Jannah

PALESTINE EVERGREEN

SERUAN DAH TIBA!! JOMLA KITA PAKAT-PAKAT MEMERIAHKANNYA

circle of influence

Posted: May 6, 2009 in pikir-pikir

“Mat , hang serius nak pi europe? Kalau hang nak pi aku nak ikut. Aku tak nak ikut orang lain, nak ikut hang jugak?”

“Atan, hang gi lecture tak hari ni. Kalau hang pi aku nak pi. Kalau hang tak pi, aku terpaksa ikut hangla. Haha.”

“Ayoi, jom gi kelas agama Ustaz Man”, ajak Ramlee. “Epoi pegi tak? Kalau Epoi pegi, aku gi la”, jawab Ayoi.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini. Sama ada, anda orang yang mengikuti kawan anda ataupun kawan anda mengikuti anda. Inilah yang dikatakan circle of influence ataupun lingkaran pengaruh. Anda tidak perlu menjadi seorang ketua ataupun pemimpin untuk mempunyai pengaruh terhadap orang sekliling anda. Cukup dengan personality dan kelebihan-kelebihan yang ada pada anda. Kadang-kadang anda sendiri tidak menyedarinya dan anda tidak meminta untuk menjadi seseorang yang berpengaruh.

Tidak perlu kepada pengikut yang banyak sehingga beratus-ratus orang barulah nak dikatakan anda mempunyai pengaruh ke atas orang lain. Cukup seorang ataupun lebih, anda telah mewujudkan satu circle of influence. Pengaruh ini wujud kerana orang menghormati anda samada kerana kelebihan yang ada pada anda ataupun personaliti anda. Kelebihan merangkumi banyak aspek. Contohnya, anda seorang yang berjaya daam pelajaran tanpa meniru, anda seorang mat rempit yang berani mati meletakkan kepala di jalan semasa mengangkat tayar, anda seorang penyanyi yang mempunyai suara yang cukup merdu, anda seorang yang pandai memberi ceramah, anda seorang pemain bola yang hebat, anda seorang yang berani menongkah arus yang berani membuat sesuatu diluar kebiasaan, anda seorang yang berani mencetus kontroversi, anda seorang yang komited dengan perjuangan Islam dan banyak lagi.

Kelebihan-kelebihan anda ini mungkin ada yang bercirikan kebaikan dan ada yang bercirikan perbuatan yang tidak baik. Namun semua itu dinilai oleh individu yang menghormati anda mengikut sudut pandangan masing-masing dan NILAI yang mereka pegang. Namun begitu, ada juga orang yang memang mencari pengaruh dan meluaskan lingkaran pengaruhnya. Ini yang berlaku kepada penyanyi-penyanyi dan ahli-ahli politik.

“Lantakla aku nak buat apa pun. Aku bukannya kacau orang. Aku buat hal aku sendiri.”

Memang itulah yang sering kita lakukan dan pertikaikan apabila perbuatan kita agak menyimpang daripada kebiasaan sebagai seorang Islam sehingga ada yang menegur kita. Namun begitu anda perlu sedar bahawa segala tindakan anda mungkin akan dicontohi oleh orang lain. Mungkin circle of influence anda terdiri daripada adik anda, junior anda apabila anda seorang senior, rakan-rakan di sekeliling anda, ahli rumah anda, ahli section anda dan mungkin ahli jamuan anda. Adakah kita sanggup untuk menjadi contoh tauladan yang buruk kepada mereka?

“Man, aku nak gi kelas tafaqquh ni, jom gi sekali”

“Lama tak datang kuliah. Jom kita ke kuliah Roy”

“Aku rasa elokla kita bayar duit tabung kasih sayang. Boleh bantu rakan-rakan private kita yang tak mampu.”

Bayangkan betapa perbuatan anda mampu menarik sekali orang-orang yang di dalam lingkaran pengaruh anda ke arah kebaikan. Bertambahlah amal jariah anda, InsyaALLAH. Kesimpulannya, setiap kita ada pengaruh ke atas orang lain. Maka berhati-hatilah dengan tindak tanduk anda supaya tidak menjerumuskan orang lain bersama-sama anda ke arah keburukan sebaliknya gunakanlah pengaruh anda itu ke arah kebaikan.

Attachment siri 2

Posted: May 3, 2009 in attachment

Setelah sekian lama, akhirnya aku berpeluang untuk menyambung kembali kisah attachment aku di Hospital Manjung pada cuti Summer tahun lepas. Dekat setahun baru nak cerita. Haih. Jadi pada hari Isnin, 15/09/2008 aku pun pergi ke Hospital Manjung untuk memulakan attachment aku dengan menunggang motor LAGENDA(YAMAHA). Tepat jam 8.30 pagi aku tercangak di hadapan Kak Ros dengan muka penuh mengharap. Sekali dia beritahu yang dia tak dapat pun lagi surat dari Ipoh yang membenarkan aku buat attachment. Haru betulla. Sebenarnya pihak pejabat Ipoh dan telefon aku dan bagitahu yang permohonan aku dah diluluskan. Cumanya, surat kemungkinan lambat sampai sebab pihak sana hantar guna pos biasa bukan pos laju. Memangla lambat dapat. Dua hari sebelum aku abis attachment baru nak dapat. Apa punya lambatla.

image278_resize

Macam biasala, dengan penuh keyakinan aku explainla kat dia. Dia tak yakin juga. Jadi dia pun telefon pihak Ipoh. Rupa-rupanya mesin fax Hospital Manjung rosak. Memangla tak dapat surat. Bila Kak Ros suruh hantar kat mesin fax yang lain, kebetulan orang yang bertanggungjawab cuti. Macam-macam. Tapi akhirnya dia setuju bagi aku buat attachment. Haha. Maka aku pun isilah buku attachment dan ambil nametage medical student. Dalam buku tu aku tengok ramai ja student medic yang buat attachment sebelum aku. Rusiala, Indiala dan dalam Negara pun ramai. Tapi nak buat macamana, aku sorang ja kat Manjung. Lagipun aku buat masa bulan puasa. Manala nak ada orang. Mak aku pun pelik. Apala beria-ria sangat buat masa bulan puasa. Sebabnya aku nak cuba rasa macamana kerja seorang doctor masa bulan puasa kerana semestinya lebih letih dari hari biasa. Biar rasa susah sikit.

Tak lama selepas itu, sister yang incharge aku pun sampai. Nama dia Sister Au Yit Moy.Berbincanglah kami tentang attachment.

“What university did you study?”

“I’m study in Alexandria University, Egypt”

“So, what syllabus that your university wants you to complete?”

“Actually my University did not state what I had to do with this attachment. They only give me a letter to approve that I am a medical student. You can see this letter. But actually I want to gain experience about doctor life and maybe learn how to take blood, do stitches, enter OT to watch surgery and learn any procedure”

“haaa, you only 2nd year student. Cannot do something like that la. You know, for the local student here, only at year 4 so that they can do all the procedure. So you just look around, gain the experience. Ok. I will arrange the department for you.”

Nasihat aku kepada sapa-sapa yang buat attachment tu, kalau dapat mintak pihak University kita ni statekan apa-apa benda yang perlu di completekan lagi bagusla. Merasala nak buat apa-apa procedure. Kalau tak, tengok jela. Jeling-jeling, pandang-pandang.

Jadi, inila jabatan-jabatan yang perlu aku singgah sepanjang 2 minggu attachment aku.

15/09 —– Medical Ward 4 (Male)

16/09—— Medical Ward 3 (Male) – untuk HIV dan penyakit berjangkit

17/09—— Cuti

18/09——Surgical Ward 6

19/09——Pediatric Ward 5

20/09——Cuti

21/09——Cuti

22/09——ICU

23l09—— Orthopedic Ward 7

24/09——Medical Ward 4

25/09——Medical Ward 3

Walaupun aku tak dibenarkan untuk buat procedure dan masuk bilik OT, akan aku masuk dan buat juga kalau ada kesempatan. Haha, sorila sister. Sometimes we must bend the rule and don’t be too rigid. Nasibla dapat medical student yang langgar arahan macam aku ni.

Lepas abis bincang, sister tu tanya ada lab coat tak dan semestinya tak dak. Haha. Aku lupa nak bawak balik. Jadi kami pun pergola ke bilik cuci-cuci baju untuk pinjam lab coat. Pastu sister ingatkan aku supaya pakai tie esoknya sebab aku tak pakai tie aritu. Haish. Malu aku. Tie pun aku tak bawak balik. Tak kanla nak pakai tie MRSM yang belang-belang tu. Takpa-takpa. Tie ni pun ada kisahnya. Kena tunggu cerita esokla baru tau apa kisahnya.

Kemudiannya aku terus dibawa kesemua wad untuk diperkenalkan kepada setiap sister-sister yang bertanggungjawab supaya mudah untuk aku pergi nanti. Punyala laju Sister Au Yit Moi ni jalan. Kalau student Cairo jalan kita dah rasa laju, sister tu lagi laju. Sambil-sambil tu dia berila nasihat kat aku supaya manfaatkan sepenuhnya attachment aku ni. Memangla dan dalam proses nak manfaatkan tu akan aku langgar arahan dia. Haha.

Habis ja melawat semua wad, kami terus ke wad Medical 4 iaitu wad untuk aku hari ni dan sister Au incharge wad ni. Kebetulan ketua jabatan ni iaitu Dr Lee(Pakar) buat round ward. Haha. Bukan kebetulan, memang dia akan buat round pun hari isnin. Jadi aku pun joinla sekali. Macam biasala, aku kenalkanla dulu diri aku kat dia. Sembang sikit-sikit tentang University dan terus dia sambung round ward sebab masa tu dia tengah buat round ward.

Tapi sebelum tu, sister ada buat sikit taklimat kat aku tentang cara-cara cuci tangan dan antiseptic yang digunakan adalah chlorrhexidine. Kemudiannya kena rub tangan dengan alcohol sekiranya hendak sentuh pesakit yang lain. Maksudnya dari satu pesakit ke pesakit yang lain. Dan yang sayangnya aku tak bawak stethoscope aku sendiri.

Aritu adala beberapa pesakit yang aku catat sakitnya. Antaranya :

1. exfoliative dermatitis

2. liver disease with hypertension

3. CVS disease + stroke.

4. acute tonsillitis + bronchopneumonia

5.uncontrollable diabetes

6.polycysctic kidney

Dan yang aku paling ingat adalah penerangan sister tentang diabetis. Katanya kalau diabetes, selalunya akan beri kesan kepada jantung dan mata. Ini kerana meningkatkatnya asid lemak dalam darah yang boleh menyebabkan atherosclerosis seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan masalah pada jantung(heart disease) dan boleh memcahkan salur darah pada mata. Kalau dibiarkan boleh jadi buta. Exact mechanism tu bole baca sendiri. hehe. Senang je pun.

Yang pastinya round ward ni memang penat. Dari pukul 9.00 pagi sampaila pukul 12.00 tengah hari. Nasib baikla aku join lambat sikit. Abis je ward round, doctor-doktor bukan muslim terus tonggang 100 plus. Rehat dalam 5 minit dan mula buat kerja balik. Periksa setiap fail pesakit, tulis preskripsi, lawat pesakit, amik darah dan sebagainya. Aku pulak baca-bacala fail pesakit dan tengok nurse-nurse buat kerja. Nak tanya doktor-doktor, semuanya macam sibuk. Takpala. Untuk pengetahuan semua, jabatan kat hospital ni terdiri daripada seorang ketua iaitu doctor pakar dan seorang Medical Officer. Paling banyak MO pun dalam 3 orang macam tula. Yang lain semuanya HO.

Jadi time ward round, pakar memang suka tanya soalan kat HO-HO ni. Ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab. Petang tu selepas sembahyang Zohor ada 2 prosedur yang menarik iaitu Continuous Bladder Drainage(CBD) dan insertion of tripplelumen catheter into internal jugular vein. Dua-dua prosedur ni dibuat kepada seorang pesakit liver disease berbangsa India. Umur dalam lingkungan 50-an, lelaki. Mula-mula buat CBD dulu. Okla, aku ceritala sikit macamana prosedur untuk CBD ni. Sikit jela. Nak lengkap belajar sendiri.Senang ja. Tapi seksa untuk orang yang kena. Huhu.

catheter1

Prosedur CBD untuk lelaki

1. pilih jenis catheter yang sesuai sebabnya setiap catheter berbeza-beza mengikut saiz dan panjangnya bergantung kepada saiz zakar pesakit.

2. mula-mula loceh dulu sehingga nampak lubang untuk yang tak bersunat.

3. sapu pelincir pada catheter

4. kemudian masukkan catheter menerusi lubang zakar(penile urethra) dengan penuh kelembutan dan kasih sayang(tambah je ni). Masa kat external sphincter akan rasa ketat sikit. Jadi suruh patient relax dan tarik nafas.

5.masukkan sehingga air kencing mula keluar dari catheter. Tu maksudnya dah sampai ke pundi kencingla tu.

6.pegang catheter dan inject sterile water untuk kembangkan belon yang ada kat hujung catheter supaya catheter tu fix kat dalam pundi kencing.

Tu langkah-langkah secara kasar. Untuk detailnya boleh baca dan belajarla sendiri. dan untuk buat prosedur ni macam biasala, mesti cuci tangan dulu dan pakai sterile glove.

Akan tetapi malangnya, prosedur ni tak berjaya dilakukan sebab lubang pakcik tu kecil sangat. Kalau guna saiz kanak-kanak, tak sampai pulak ke pundi kencingnya. Jadi tak pasangla catheter tu. Walaubagaimanapun aku bersimpati pada pakcik tu. Betapa peritnya dia menahan sakit masa cubaan nak masukkan catheter. YAALLAH jauhila aku dari dugaan itu. Berikanlah aku nikmat kesihatan tubuh badan. Tak lama selepas itu, satu lagi prosedur yang perlu pakcik ni lalui iaitu prosedur untuk masukkan  tripplelumen catheter ke dalam internal jugular veinnya. Kali ni prosedur ni dilakukan oleh MO kerana agak sukar sedikit. Semua prosedur ni dilakukan di katil pakcik tu sebabnya ni prosedur biasa.

cc_hastproduct-perq-poly3

Prosedur untuk masukkan Tripplelumen Catheter ke dalam IJV

1.Periksa keadaan pesakit. Pastikan pesakit berada dalam keadaan yang stabil.

2.Cuci kawasan yang nak dicucuk dengan iodine dan alcohol.

3.Suntik bius di kawasan yang nak dicucuk.

4.Cucuk dan masukkan jarum ke dalam IJV sehingga keluar darah. Tu tanda dah masukla tu.

5.Masukkan wire ke dalam jarum. Jolok dan tarik wire untuk pastikan ia masuk ke tempat yang betul.

6.Toreh(incision) sikit kulit dan masukkan Tripplelumen tube.

7. Selepas yakin betul-betul masuk, tarik wire keluar.

8. Masukkan saline ke dalam setiap tube menggunakan syringe.

9.Jahit dan ikat tube. Selesai.

200806fig4a

Macam biasala, ni sekadar untuk gambaran kasar. Kalau nak tau betul-betul boleh cari kat internet. Tetapi baca tak sama dengan tengok dengan mata. Nak merasa kenala wat attachment. Tak pun tunggula masuk clinical year. Maka berakhirla attachment aku untuk hari Isnin, 15/09 di Medical Ward 4. Walaupun aku balik lambat, tapi aku puas hati sebab dapat tengok prosedur tu. Dengan pantasnya aku turun bawah, punch card dan hidupkan enjin motor aku. Masa untuk siap-siap berbuka. Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Semoga esok aku dapat lebih banyak pengalaman berharga.

fight and forgiveness

Posted: May 3, 2009 in Uncategorized

“Hang elok-elok skit. Aku penampaq hang jugak satgi. Panaih betolla.”

“Awat, hang ingat hang sorang ja ada penampaq. Aku tak dak ka. Maila masuk kalau berani.”

“Dia niiiii. Memang saja nak cari nahas. Kuboq jugakla hang lepaih niii. Ish..Hangin aku. Hang dok situ. Jangan dok pi mana.”

Sedar atau tidak kita semua sering berbeza pendapat, sering bertelagah dan tak kurang juga sehingga ada yang memaki berbakul-bakul sehingga ke tahap sanggup memukul. Semestinya semua ini berlaku kerana sebab. Ya tidak dinafikan itu. Mungkin ada yang bergaduh kerana material, kerana cowok,kerana hasad dengki dan yang paling dahsyat lagi kerana memang rasa tidak puas hati. Tengok muka sahaja pun dah menaikkan darah. Mendidih selalu. Mungkin darah orang muda agaknya. Sentiasa ada sahaja modal untuk menjadi punca pergaduhan .Namun begitu, apakah yang dianjurkan sebenarnya oleh Islam. Adakah Islam menghalalkan semua ini. Islam tidakla menutup ruang untuk berbeza pendapat, tetapi ada adab-adabnya. Tetapi yang pastinya Islam tidak sekali-kali menghalalkan pergaduhan. Perang dan berjihad di jalan ALLAh tu kisah yang lain.

Betul, kita tidak boleh lari dari merasa marah. Terutamanya perasaan marah ke atas orang lain yang kadang-kadangnya bukanlah kita yang mulakan ataupun puncanya. Tetapi memang orang lain yang suka kenakan kita dan buat kita marah. Ini mungkin kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada kita dan membuatkan dia dengki ataupun kerana dia semata-mata benci. Sedap-sedap je tidur, diletakkan sampah atas badan, dicontengnya badan dengan kapur kasut, diangkatnya almari ke dalam tandas dan bermacam-macam lagi. Contoh ini selalu berlaku di asrama budak-budak sekolah menengah.

Jadi apakah tindakan kita yang mengaku Islam ini apabila diprovoke sedemikian rupa. Adakah kita mahu melatah dan mengikut arus seterusnya naik angin, menyepak apa yang berkaitan, mencarut-carut dan mengatakan,”Aku memang panas baran. Pantang tok nenek aku orang kacau aku. Aku tak kacau orang pun. Yang pi kacau aku tu apahal. Arghhhh”. Itu tidak proaktif namanya. Itu adalah reaktif. Maka bergembiralah orang yang mendajal kita sebentar tadi kerana objektif kerjanya tercapai iaitu untuk menaikkan kemarahan kita.”Puas hati aku. Haa. Melalakla macam orang gila.”

Yang sepatutnya kita sebagai orang Islam adalah;

Firman ALLAH SWT

“Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;”(Ali Imran: 134)

Ya, kita sepatutnya menahan marah dan sebaik-baiknya memaafkan kesalahan dia kerana itulah yang ALLAH mahu kita lakukan sebagai hambaNYA. Ulama menjelaskan bahawa dalam perkara ini terdapat 3 peringkat.

Peringkat pertama: Orang yang jika diperlakukan secara tidak baik, maka dia mampu menahan kemarahannya. Ini adalah tingkatan orang yang masih kekurangan seperti kita ini. Iaitu menahan kemarahan dan tidak ingin membalas dendam terhadap perilaku jahat yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya serta tidak mahu melakukan perbalahan.

Peringkat kedua: Jika dia menambah lagi kebaikannya, “ Dan memaafkan(kesalahan) orang…”(Ali Imran: 134). Maka dia akan segera menemui orang yang melakukan kejahatan kepadanya dan mengatakan, “Semoga ALLAH memberikan maaf kepadamu.”

Peringkat ketiga: Jika dia menambah lagi kebaikannya, “ ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Ali Imran: 134). Maka dia akan segera pergi menemuinya dan membawa hadiah atau berkunjung ke rumah orang yang melakukan kejahatan kepadanya, lalu menjabat tangannya dan menciumnya.

Ada satu kisah tentang seorang hamba yang menjadi pelayan Khalifah Harun Ar-Rasyid. Dia pernah menyajikan air panas kepada beliau untuk dituangkan ke dalam cawan beliau. Tetapi bekas air itu jatuh menimpa kepada khalifah, Amirul Mukminin, penguasa dunia ketika itu yakni orang yang berkuasa dan berpengaruh. Dengan spontan, Khalifah pun marah dan menatap hamba tersebut. Maka hamba itu pun berkata, “Ternyatalah dia adalah orang yang cerdas (seraya mengutip firman ALLAH), “Orang-orang yang menahan amarahnya”

Khalifah pun berkata, “Ya, aku telah menahan kemarahanku.”

Dia berkata lagi, “…dan memaafkan(kesalahan) orang.”

Khalifah berkata,”Ya, aku telah memaafkan kesalahanmu.”

Dia berkata lagi,”Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Khalifah berkata,”Sekarang pergilah, keran aku telah memerdekakan kamu semata-mata kerana ALLAH.”

Bayangkan orang yang paling berkuasa pada masa itu boleh menahan marah, memaafkan dan langsung membebaskan hamba yang dipandang hina oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam. Inilah contoh tauladan yang patut kita ikuti. Semoga ALLAH membantu kita dalam menyemai sifat-sifat yang terpuji ini. Ameen.

MENULIS SEPULUH JILID BUKU MENGENAI FALSAFAH LEBIH MUDAH DARIPADA MELAKSANAKAN SEPOTONG PESANAN

-kredit kepada blog Sesuatu Untuk Islam(http://smartcircle09.blogspot.com/)

Kek Cip Coklat dan Stim Oven

Posted: May 2, 2009 in ceritera

Hari tu hari Jumaat. Tetiba ja aku kempunan nak makan kek coklat. Nak pegi beli malas. Sebabnya mahal(padahal LE 1.50 je pun sepotong(jimat)) dan bole makan sikit je pun. Tak boleh puaskan satiety center aku.Lagipun jauh nak kena merantau ke pasar Camp Cesar. Jadi aku pun jenguk-jengukla kat atas para dapur, dalam peti ais dan tempat telur. CANTEKK. Semua ada. Cukup untuk aku buat kek coklat. Jadi…

“Jom Ayeikh, wat kek”

“Bereh”

Maka telur-telur dan mentega diblend sehingga sebati. Seterusnya susu ditambah dan kerja-kerja blend diteruskan sehingga semuanya homogenous. Simple sungguh kek aku ni. Kemudiannya sebatian dituang ke dalam bekas hijau yang aku menang masa Hari Raya 1st Year. Ya, inilah bahan yang paling penting sekali dalam resepi kek cip coklat aku ni. Tepung Kek Coklat  segera. Haha, aku suka guna tepung segera ni. Cepat dan pasti jadi. Tak pernah lagi aku buat tak jadi. Dan yang paling penting adalah sedap dan dapat memuaskan nafsu aku. Tapi aku tetap bercita-cita nak buat kek guna adunan sendiri, tak nak guna tepung kek segera. Tengokla cuti summer ni ka.

image154_resizetak sia-sia aku beli untuk jadikan hadiah time raya aritu. bolela aku guna. banyak berjasa mangkuk hijau yang besar ni.

Dan bergilir-gilirlah aku dengan Ariff mengacau dengan pantas dan kuat ibarat mixer sehingga sebatian menjadi seperti yang sepatutnya. Bila diangkat dengan sudu, ia turun tanpa putus-putus. Setelah loyang telah dilapisi dengan mentega dan tepung, sebatian dituang dengan penuh gaya oleh Ariff. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu masa untuk bakar kek kami ni. Tak sabar aku nak makan. Aku pun bukakla oven. Bukak ja oven tu, berderai karat-karat jatuh dari atas. La, ingatkan elok, rupanya dan reput. Aku pun bersih-bersihkanla oven tu. Bila aku rasa dah bersih, aku pun nyalakanla api. Tak besar-besar apinya. Kecik ja.

POM. Aku pun tak tau macamana nak jelaskan bunyinya macamana. Tapi yang jelasnya sedikit letupan kecil di bahagian belakang oven aku tu. Rupa-rupanya paip dia bocor. Nasib baikla meletup kecil-kecilan. Kalau besar-besaran. Tak ke haru. Tak dapatla aku nak makan kek coklat.

image155_resize1kitchen + Oven….Oven yang kat bawah tu….yang ada pemegang..

image156_resize1paip gas yang bocor…gas dok kumpul kat belakang dan POM…letupan kecil-kecilan berlaku.

“Ganer ni Ayeikh. Oven tak bole pakai ni. Nak bakar kat mana”…….aku

“Kita beli jela oven kat bawah ni”……..aku

“Serius nak beli, ke nak bakar umah Kedok ja. Ehsan ke”………ayeikh

“Malas la plak nak pi rumah orang”………..aku

“Abis tu nak buat macamana”…………ayeikh

“Hmmm. Hmmmm. Hmmmmmm.”……….aku

Sambil-sambil tu aku dok pusing kepala. Tengok-tengok apa yang patut dan akhirnya…

“Kita kukus jela kek ni”…………aku

“Bole ke?”…………..ayeikh

“Ntah, cuba jela. Aku macam penah dengar ja orang kukus kek. Ke aku silap dengar?”………aku

“Lantakla, daripada buang, baik cuba ja. Jadi-jadila. Tak jadi pun makan gak”………..aku

Jadi aku pun kumpul-kumpulkanla periuk yang ada untuk buat periuk kukus. Maka jadilah oven kukus. Hahaha.

image050_resizehasil gabungan beberapa periuk terhasillah oven kukus a.k.a STIM OVEN

image051_resizesapu tangan tu untuk cegah daripada wap keluaq sebab periuk tutup tu berlekuk-lekuk…lubang sana, lubang sini…wap dok keluaq…inilah salah satu kegunaan sapu tangan…

Akhirnya, Taraaa…

image054_resize1Kek Cip Coklat Kukus

image055_resizeSimetri yang cantik menandakan kek masak dengan elok dan sekata..

Seterusnya adalah masak coklat untuk topping.

image056_resize

Selepas ditoppingkan dengan lelehan coklat cair jadilah ia ini..

image057_resizemembangkitkan nafsu aku nak makan..haha..korang punya nafsu aku tak taula..

Jadipun akhirnya kek coklat aku ni. Memang aku puas hati. Sebabnya:

1. Alhamdulillah, tak perlu aku berjalan jauh bakar kat rumah orang kalau aku rajin dan nampaknya aku macam malas aritu. Alamatnya buang dalam sinki jela. Kan dah membazir tu.

2. Dapat makan kek coklat. Hehe. Puas satiety center aku aritu. Dekat separuh aku tibai.

3. Tak payah aku beli oven. Lepas-lepas ni masak kek guna kukus jela.

4. Dan yang paling penting sekali adalah aku menggunakan anugerah ALLAH iaitu akal fikiran aku untuk selesaikan masalah ni. Syukran Lillah. Ada hikmah di sebalik kejadian ni. Itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian. Sentiasa sahaja masalah dan ujian menimpa kita dan janganlah kita sekali-kali mengeluh kerana setiap ujian yang ALLAH beri adalah untuk mengajar kita. Sebaliknya sentiasalah berfikiran positif, berfikir dan mencari hikmah-hikmah disebalik itu. Pastinya kita akan lebih tabah dan bersyukur. Sesungguhnya ALLAH menurunkan ujian setara dengan kemampuan hamba-hambaNYA. Yang penting, jangan cepat melatah, cool dan observe keadaan sekeliling. Be creative. Manfaatkan segala yang ada untuk selesaikan masalah kita dan jangan lupa untuk berdoa. Tapi masalah aku ni kecik ja. Haha.

Lepas tu aku buat kek bila aku rasa nak makan dengan senang hati. Sampai la ni dah dekat 8 biji kek kot rasanya dan ramai yang dah merasa. Hehe, tapi kek segera jela. Nasibla.

TAPI AKU KEMPUNAN NAK MAKAN KUIH RAYA NI. JADI KEPADA SAPA-SAPA YANG ADA OVEN DAN BALIK MALAYSIA, BAGI-BAGILA AKU PINJAM OVEN TU. INILA MESEJ YANG PALING PENTING YANG AKU NAK SAMPAIKAN……SEKIAN…..