Archive for June, 2010

Ramai

Posted: June 27, 2010 in pikir-pikir

1. Ramai orang nak berjihad, berdakwah, tapi tak ramai yang memanfaatkan medan yang ada di depan mata, tetapi sibuk mencari medan yang ada dalam angan-angan yang belum kesampaian.

2. Ramai orang nak hidup macam laki bini tanpa akad nikah yang sah, tapi tak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.

3. Ramai yang ada masalah hidup, tetapi mereka tidak menyedari masih ramai yang mempunyai masalah hidup yang lebih teruk dari mereka.

4. Ramai manusia yang tertipu dengan syaitan, tetapi lagi ramai manusia yang tidak sedar mereka ditipu oleh syaitan.

5. Ramai orang mengatakan, sebab akulah benda ni menjadi, berjaya, tetapi tidak ramai yang menyedari yang memberikan dia kejayaan adalah ALLAH.

6. Ramai manusia yang sering melihat pada kejahantan rakan-rakan padanya yang sedikit, tetapi sering lupakan kebaikan rakan-rakan padanya yang teramat banyak.

7. Ramai manusia sibuk ingin membaiki orang lain, tetapi dirinya lebih teruk dari orang yang ingin dia perbaiki.

8. Ramai orang mengatakan merekalah yang paling bahagia semasa couple(tak kawen), tetapi ramai juga yang terseksa bagai internal fixation of bone tanpa anaesthesia bila bercerai berai(tak kawen lagi).

9. Ramai orang bangga atas kejahatan yang dilakukan dan suka cerita kepada orang lain, tapi ramai juga yang tidak sedar pintu-pintu taubat tertutup 1 persatu bila mereka bangga dengan dosa yang dibuat.

10. Ramai orang mengagumi orang lain atas kehebatan, kejayaan orang lain, tetapi tidak berazam untuk lakukan dengan lebih baik dari orang tersebut.

11. Ramai pemimpin yang tidak membuat apa-apa apabila mendapat kuasa, tetapi banyak pula cadangannya apabila tidak berkuasa.

12. Ramai orang pandai berkata-kata, tetapi tidak ramai yang mampu mengotakan apa yang dikatakannya.

13. Ramai orang inginkan pasangan yang baik, tetapi tidak ramai yang berusaha menjadi pasangan yang baik.

14. Ramai orang ingin berjaya dalam hidup, tetapi berapa ramai yang mengetahui apa definisi kejayaan hidup yang sebenar.

15. Ramai orang merasakan hidupnya telah banyak membantu orang ramai, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa orang ramailah yang telah membantu dia dalam membuka jalan untuk mencari pahala.

16. Ramai yang merasakan dia bertuah apabila diberi kelebihan oleh ALLAH, tetapi tak ramai yang menyedari bahawa kelebihan yang ALLAH beri bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi untuk orang ramai.

17. Ramai orang ingin berjaya, tetapi berapa ramai yang ingin membawa rakan-rakannya berjaya bersama-samanya.

18. Ramai orang berasa kuat bila dia berada dalam kumpulan yang besar, tetapi dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya lemah kerana terpaksa bergantung kepada kumpulannya.

19. Ramai orang mempercayai orang lain dan ramai juga yang ditipu, dikhianati oleh orang lain.

20. Ramai orang menyalahkan orang lain dan ramai juga yang menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu perkara berlaku, tetapi berapa ramai yang memulakan langkah penyelesaian?

21. Andaikata semua orang jadi doktor, doktor jadi apa?

22. Ramai orang tak menghayati Al-Quran, tetapi ramai yang mengamalkannya.

“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah(yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpu pada kamu sahaja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”, Surah Yusuf: 9

23. Ramai yang menggunakan kelebihan yang ada pada persatuan bila susah, tetapi berapa ramai yang menyumbang pada persatuan semasa mereka senang.

24. Ramai yang menolak orang lain ke hadapan, tetapi berapa ramai yang menolak dirinya sendiri ke hadapan.

25. Ramai yang benci pada zionis, tetapi ramai juga yang mengikut telunjuk mereka.

26. Ramai yang melontarkan pandangan masing-masing, tetapi tidak ramai yang berani mempertahankan pandangannya.

27. Tidak ramai yang ingin jadi pioneer, tetapi ramai pula yang ingin menjadi pengikut.

28. Ramai yang mengikuti MLM ciptaan manusia, tetapi tidak ramai yang ingin mengaut pahala melalui MLM yang disediakan ALLAH.

29. Ramai yang ada duit ribu-ribu dalam bank, tapi tak ramai yang menunaikan zakat.

30. Ramai yang bercakap tentang kawen, berhubungan macam orang dah kawen, lenggok gaya macam orang dah kawen, tetapi sikit je yang kawen.

31. Ramai ibu bapa yang merasakan dia ibu bapa yang sporting bila memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka, tetapi ramai juga yang akan menyesal di kemudian hari atas kebesan yang diberikan kepada anak mereka.

32. Ramai yang ingin blog sendiri, tapi ramai jugak yang tak update(macam aku).haha

33. Ramainya perempuan, sikitnya lelaki, ramainya andartu, Islam ada penyelesaiannya. ;P

34. Ramai nak anak yang soleh dan solehah, tetapi berapa ramai yang berusaha menjadi anak yang soleh ataupun solehah?

Kesimpulan : MULAKAN DENGAN DIRI SAYA/ANDA. ;P

Advertisements