Setelah sekian lama, akhirnya aku berpeluang untuk menyambung kembali kisah attachment aku di Hospital Manjung pada cuti Summer tahun lepas. Dekat setahun baru nak cerita. Haih. Jadi pada hari Isnin, 15/09/2008 aku pun pergi ke Hospital Manjung untuk memulakan attachment aku dengan menunggang motor LAGENDA(YAMAHA). Tepat jam 8.30 pagi aku tercangak di hadapan Kak Ros dengan muka penuh mengharap. Sekali dia beritahu yang dia tak dapat pun lagi surat dari Ipoh yang membenarkan aku buat attachment. Haru betulla. Sebenarnya pihak pejabat Ipoh dan telefon aku dan bagitahu yang permohonan aku dah diluluskan. Cumanya, surat kemungkinan lambat sampai sebab pihak sana hantar guna pos biasa bukan pos laju. Memangla lambat dapat. Dua hari sebelum aku abis attachment baru nak dapat. Apa punya lambatla.
Macam biasala, dengan penuh keyakinan aku explainla kat dia. Dia tak yakin juga. Jadi dia pun telefon pihak Ipoh. Rupa-rupanya mesin fax Hospital Manjung rosak. Memangla tak dapat surat. Bila Kak Ros suruh hantar kat mesin fax yang lain, kebetulan orang yang bertanggungjawab cuti. Macam-macam. Tapi akhirnya dia setuju bagi aku buat attachment. Haha. Maka aku pun isilah buku attachment dan ambil nametage medical student. Dalam buku tu aku tengok ramai ja student medic yang buat attachment sebelum aku. Rusiala, Indiala dan dalam Negara pun ramai. Tapi nak buat macamana, aku sorang ja kat Manjung. Lagipun aku buat masa bulan puasa. Manala nak ada orang. Mak aku pun pelik. Apala beria-ria sangat buat masa bulan puasa. Sebabnya aku nak cuba rasa macamana kerja seorang doctor masa bulan puasa kerana semestinya lebih letih dari hari biasa. Biar rasa susah sikit.
Tak lama selepas itu, sister yang incharge aku pun sampai. Nama dia Sister Au Yit Moy.Berbincanglah kami tentang attachment.
“What university did you study?”
“I’m study in Alexandria University, Egypt”
“So, what syllabus that your university wants you to complete?”
“Actually my University did not state what I had to do with this attachment. They only give me a letter to approve that I am a medical student. You can see this letter. But actually I want to gain experience about doctor life and maybe learn how to take blood, do stitches, enter OT to watch surgery and learn any procedure”
“haaa, you only 2nd year student. Cannot do something like that la. You know, for the local student here, only at year 4 so that they can do all the procedure. So you just look around, gain the experience. Ok. I will arrange the department for you.”
Nasihat aku kepada sapa-sapa yang buat attachment tu, kalau dapat mintak pihak University kita ni statekan apa-apa benda yang perlu di completekan lagi bagusla. Merasala nak buat apa-apa procedure. Kalau tak, tengok jela. Jeling-jeling, pandang-pandang.
Jadi, inila jabatan-jabatan yang perlu aku singgah sepanjang 2 minggu attachment aku.
15/09 —– Medical Ward 4 (Male)
16/09—— Medical Ward 3 (Male) – untuk HIV dan penyakit berjangkit
17/09—— Cuti
18/09——Surgical Ward 6
19/09——Pediatric Ward 5
20/09——Cuti
21/09——Cuti
22/09——ICU
23l09—— Orthopedic Ward 7
24/09——Medical Ward 4
25/09——Medical Ward 3
Walaupun aku tak dibenarkan untuk buat procedure dan masuk bilik OT, akan aku masuk dan buat juga kalau ada kesempatan. Haha, sorila sister. Sometimes we must bend the rule and don’t be too rigid. Nasibla dapat medical student yang langgar arahan macam aku ni.
Lepas abis bincang, sister tu tanya ada lab coat tak dan semestinya tak dak. Haha. Aku lupa nak bawak balik. Jadi kami pun pergola ke bilik cuci-cuci baju untuk pinjam lab coat. Pastu sister ingatkan aku supaya pakai tie esoknya sebab aku tak pakai tie aritu. Haish. Malu aku. Tie pun aku tak bawak balik. Tak kanla nak pakai tie MRSM yang belang-belang tu. Takpa-takpa. Tie ni pun ada kisahnya. Kena tunggu cerita esokla baru tau apa kisahnya.
Kemudiannya aku terus dibawa kesemua wad untuk diperkenalkan kepada setiap sister-sister yang bertanggungjawab supaya mudah untuk aku pergi nanti. Punyala laju Sister Au Yit Moi ni jalan. Kalau student Cairo jalan kita dah rasa laju, sister tu lagi laju. Sambil-sambil tu dia berila nasihat kat aku supaya manfaatkan sepenuhnya attachment aku ni. Memangla dan dalam proses nak manfaatkan tu akan aku langgar arahan dia. Haha.
Habis ja melawat semua wad, kami terus ke wad Medical 4 iaitu wad untuk aku hari ni dan sister Au incharge wad ni. Kebetulan ketua jabatan ni iaitu Dr Lee(Pakar) buat round ward. Haha. Bukan kebetulan, memang dia akan buat round pun hari isnin. Jadi aku pun joinla sekali. Macam biasala, aku kenalkanla dulu diri aku kat dia. Sembang sikit-sikit tentang University dan terus dia sambung round ward sebab masa tu dia tengah buat round ward.
Tapi sebelum tu, sister ada buat sikit taklimat kat aku tentang cara-cara cuci tangan dan antiseptic yang digunakan adalah chlorrhexidine. Kemudiannya kena rub tangan dengan alcohol sekiranya hendak sentuh pesakit yang lain. Maksudnya dari satu pesakit ke pesakit yang lain. Dan yang sayangnya aku tak bawak stethoscope aku sendiri.
Aritu adala beberapa pesakit yang aku catat sakitnya. Antaranya :
1. exfoliative dermatitis
2. liver disease with hypertension
3. CVS disease + stroke.
4. acute tonsillitis + bronchopneumonia
5.uncontrollable diabetes
6.polycysctic kidney
Dan yang aku paling ingat adalah penerangan sister tentang diabetis. Katanya kalau diabetes, selalunya akan beri kesan kepada jantung dan mata. Ini kerana meningkatkatnya asid lemak dalam darah yang boleh menyebabkan atherosclerosis seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan masalah pada jantung(heart disease) dan boleh memcahkan salur darah pada mata. Kalau dibiarkan boleh jadi buta. Exact mechanism tu bole baca sendiri. hehe. Senang je pun.
Yang pastinya round ward ni memang penat. Dari pukul 9.00 pagi sampaila pukul 12.00 tengah hari. Nasib baikla aku join lambat sikit. Abis je ward round, doctor-doktor bukan muslim terus tonggang 100 plus. Rehat dalam 5 minit dan mula buat kerja balik. Periksa setiap fail pesakit, tulis preskripsi, lawat pesakit, amik darah dan sebagainya. Aku pulak baca-bacala fail pesakit dan tengok nurse-nurse buat kerja. Nak tanya doktor-doktor, semuanya macam sibuk. Takpala. Untuk pengetahuan semua, jabatan kat hospital ni terdiri daripada seorang ketua iaitu doctor pakar dan seorang Medical Officer. Paling banyak MO pun dalam 3 orang macam tula. Yang lain semuanya HO.
Jadi time ward round, pakar memang suka tanya soalan kat HO-HO ni. Ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab. Petang tu selepas sembahyang Zohor ada 2 prosedur yang menarik iaitu Continuous Bladder Drainage(CBD) dan insertion of tripplelumen catheter into internal jugular vein. Dua-dua prosedur ni dibuat kepada seorang pesakit liver disease berbangsa India. Umur dalam lingkungan 50-an, lelaki. Mula-mula buat CBD dulu. Okla, aku ceritala sikit macamana prosedur untuk CBD ni. Sikit jela. Nak lengkap belajar sendiri.Senang ja. Tapi seksa untuk orang yang kena. Huhu.
Prosedur CBD untuk lelaki
1. pilih jenis catheter yang sesuai sebabnya setiap catheter berbeza-beza mengikut saiz dan panjangnya bergantung kepada saiz zakar pesakit.
2. mula-mula loceh dulu sehingga nampak lubang untuk yang tak bersunat.
3. sapu pelincir pada catheter
4. kemudian masukkan catheter menerusi lubang zakar(penile urethra) dengan penuh kelembutan dan kasih sayang(tambah je ni). Masa kat external sphincter akan rasa ketat sikit. Jadi suruh patient relax dan tarik nafas.
5.masukkan sehingga air kencing mula keluar dari catheter. Tu maksudnya dah sampai ke pundi kencingla tu.
6.pegang catheter dan inject sterile water untuk kembangkan belon yang ada kat hujung catheter supaya catheter tu fix kat dalam pundi kencing.
Tu langkah-langkah secara kasar. Untuk detailnya boleh baca dan belajarla sendiri. dan untuk buat prosedur ni macam biasala, mesti cuci tangan dulu dan pakai sterile glove.
Akan tetapi malangnya, prosedur ni tak berjaya dilakukan sebab lubang pakcik tu kecil sangat. Kalau guna saiz kanak-kanak, tak sampai pulak ke pundi kencingnya. Jadi tak pasangla catheter tu. Walaubagaimanapun aku bersimpati pada pakcik tu. Betapa peritnya dia menahan sakit masa cubaan nak masukkan catheter. YAALLAH jauhila aku dari dugaan itu. Berikanlah aku nikmat kesihatan tubuh badan. Tak lama selepas itu, satu lagi prosedur yang perlu pakcik ni lalui iaitu prosedur untuk masukkan tripplelumen catheter ke dalam internal jugular veinnya. Kali ni prosedur ni dilakukan oleh MO kerana agak sukar sedikit. Semua prosedur ni dilakukan di katil pakcik tu sebabnya ni prosedur biasa.
Prosedur untuk masukkan Tripplelumen Catheter ke dalam IJV
1.Periksa keadaan pesakit. Pastikan pesakit berada dalam keadaan yang stabil.
2.Cuci kawasan yang nak dicucuk dengan iodine dan alcohol.
3.Suntik bius di kawasan yang nak dicucuk.
4.Cucuk dan masukkan jarum ke dalam IJV sehingga keluar darah. Tu tanda dah masukla tu.
5.Masukkan wire ke dalam jarum. Jolok dan tarik wire untuk pastikan ia masuk ke tempat yang betul.
6.Toreh(incision) sikit kulit dan masukkan Tripplelumen tube.
7. Selepas yakin betul-betul masuk, tarik wire keluar.
8. Masukkan saline ke dalam setiap tube menggunakan syringe.
9.Jahit dan ikat tube. Selesai.
Macam biasala, ni sekadar untuk gambaran kasar. Kalau nak tau betul-betul boleh cari kat internet. Tetapi baca tak sama dengan tengok dengan mata. Nak merasa kenala wat attachment. Tak pun tunggula masuk clinical year. Maka berakhirla attachment aku untuk hari Isnin, 15/09 di Medical Ward 4. Walaupun aku balik lambat, tapi aku puas hati sebab dapat tengok prosedur tu. Dengan pantasnya aku turun bawah, punch card dan hidupkan enjin motor aku. Masa untuk siap-siap berbuka. Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Semoga esok aku dapat lebih banyak pengalaman berharga.