Archive for the ‘pikir-pikir’ Category

Ramai

Posted: June 27, 2010 in pikir-pikir

1. Ramai orang nak berjihad, berdakwah, tapi tak ramai yang memanfaatkan medan yang ada di depan mata, tetapi sibuk mencari medan yang ada dalam angan-angan yang belum kesampaian.

2. Ramai orang nak hidup macam laki bini tanpa akad nikah yang sah, tapi tak ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.

3. Ramai yang ada masalah hidup, tetapi mereka tidak menyedari masih ramai yang mempunyai masalah hidup yang lebih teruk dari mereka.

4. Ramai manusia yang tertipu dengan syaitan, tetapi lagi ramai manusia yang tidak sedar mereka ditipu oleh syaitan.

5. Ramai orang mengatakan, sebab akulah benda ni menjadi, berjaya, tetapi tidak ramai yang menyedari yang memberikan dia kejayaan adalah ALLAH.

6. Ramai manusia yang sering melihat pada kejahantan rakan-rakan padanya yang sedikit, tetapi sering lupakan kebaikan rakan-rakan padanya yang teramat banyak.

7. Ramai manusia sibuk ingin membaiki orang lain, tetapi dirinya lebih teruk dari orang yang ingin dia perbaiki.

8. Ramai orang mengatakan merekalah yang paling bahagia semasa couple(tak kawen), tetapi ramai juga yang terseksa bagai internal fixation of bone tanpa anaesthesia bila bercerai berai(tak kawen lagi).

9. Ramai orang bangga atas kejahatan yang dilakukan dan suka cerita kepada orang lain, tapi ramai juga yang tidak sedar pintu-pintu taubat tertutup 1 persatu bila mereka bangga dengan dosa yang dibuat.

10. Ramai orang mengagumi orang lain atas kehebatan, kejayaan orang lain, tetapi tidak berazam untuk lakukan dengan lebih baik dari orang tersebut.

11. Ramai pemimpin yang tidak membuat apa-apa apabila mendapat kuasa, tetapi banyak pula cadangannya apabila tidak berkuasa.

12. Ramai orang pandai berkata-kata, tetapi tidak ramai yang mampu mengotakan apa yang dikatakannya.

13. Ramai orang inginkan pasangan yang baik, tetapi tidak ramai yang berusaha menjadi pasangan yang baik.

14. Ramai orang ingin berjaya dalam hidup, tetapi berapa ramai yang mengetahui apa definisi kejayaan hidup yang sebenar.

15. Ramai orang merasakan hidupnya telah banyak membantu orang ramai, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa orang ramailah yang telah membantu dia dalam membuka jalan untuk mencari pahala.

16. Ramai yang merasakan dia bertuah apabila diberi kelebihan oleh ALLAH, tetapi tak ramai yang menyedari bahawa kelebihan yang ALLAH beri bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi untuk orang ramai.

17. Ramai orang ingin berjaya, tetapi berapa ramai yang ingin membawa rakan-rakannya berjaya bersama-samanya.

18. Ramai orang berasa kuat bila dia berada dalam kumpulan yang besar, tetapi dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya lemah kerana terpaksa bergantung kepada kumpulannya.

19. Ramai orang mempercayai orang lain dan ramai juga yang ditipu, dikhianati oleh orang lain.

20. Ramai orang menyalahkan orang lain dan ramai juga yang menyalahkan diri sendiri apabila sesuatu perkara berlaku, tetapi berapa ramai yang memulakan langkah penyelesaian?

21. Andaikata semua orang jadi doktor, doktor jadi apa?

22. Ramai orang tak menghayati Al-Quran, tetapi ramai yang mengamalkannya.

“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah(yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpu pada kamu sahaja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”, Surah Yusuf: 9

23. Ramai yang menggunakan kelebihan yang ada pada persatuan bila susah, tetapi berapa ramai yang menyumbang pada persatuan semasa mereka senang.

24. Ramai yang menolak orang lain ke hadapan, tetapi berapa ramai yang menolak dirinya sendiri ke hadapan.

25. Ramai yang benci pada zionis, tetapi ramai juga yang mengikut telunjuk mereka.

26. Ramai yang melontarkan pandangan masing-masing, tetapi tidak ramai yang berani mempertahankan pandangannya.

27. Tidak ramai yang ingin jadi pioneer, tetapi ramai pula yang ingin menjadi pengikut.

28. Ramai yang mengikuti MLM ciptaan manusia, tetapi tidak ramai yang ingin mengaut pahala melalui MLM yang disediakan ALLAH.

29. Ramai yang ada duit ribu-ribu dalam bank, tapi tak ramai yang menunaikan zakat.

30. Ramai yang bercakap tentang kawen, berhubungan macam orang dah kawen, lenggok gaya macam orang dah kawen, tetapi sikit je yang kawen.

31. Ramai ibu bapa yang merasakan dia ibu bapa yang sporting bila memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka, tetapi ramai juga yang akan menyesal di kemudian hari atas kebesan yang diberikan kepada anak mereka.

32. Ramai yang ingin blog sendiri, tapi ramai jugak yang tak update(macam aku).haha

33. Ramainya perempuan, sikitnya lelaki, ramainya andartu, Islam ada penyelesaiannya. ;P

34. Ramai nak anak yang soleh dan solehah, tetapi berapa ramai yang berusaha menjadi anak yang soleh ataupun solehah?

Kesimpulan : MULAKAN DENGAN DIRI SAYA/ANDA. ;P

Advertisements

Assalamualaikum wbt.

Ibuku sering menasihatiku, “Hang bila dah besaq nanti, dah berjaya, hidup senang, jangan lupa adik-beradik, sepupu-sepupu hang yang susah. Bantu depa. Jangan dok sibuk tolong orang lain, tapi adik beradik sendiri terabai. Tutup mata.”

Jadi, aku nak nasihatkan diriku dan sahabat-sahabiah sekalian, “ Bukankah kita di persatuan PERUBATAN ibarat satu keluarga. Susah sama susah, senang sama senang. Kalau persatuan kekurangan wang untuk menjalankan program apa salahnya kita sumbangkan. Hehe.”

Maka dengan ini jom kita sama-sama pakat sumbangkan selai dua not junaih warna hijau mahupun merah ke Kejohan Sukan PCI. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, AJK KSPCI ada menganjurkan “sistem tajaan ahli PERUBATAN” bagi menampung kekurangan wang untuk melaksanakan program tersebut.

Aku melihat betapa beruntungnya kita kerana peluang untuk mendapat pahala terbuka seluas-luasnya. Analoginya begini.

Anda seorang doktor pakar yang terkenal. Sekali membuat pembedahan RM 30 ribu masuk dalam akaun. Satu hari anda pulang ke kampung halaman. Lalu terdetik di hati anda untuk membuat sedikit kebajikan. Lalu anda pun bertanya kepada ibu anda, “mak, ada tak orang miskin kat kampung kita?” “Apa pulak takdaknya, ramai yang miskin. Tapi yang paling miskin mak rasa, Mat Ketam yang dok kat tepi sungai tula”, jawab ibu anda. Terus anda melompat ke atas motosikal dan merempit selaju mungkin kerana tidak sabar untuk berbuat kebajikan.

Adapun Mat Ketam baru sahaja pulang dari laut dan alhamdulillah tangkapan ketamnya sangat banyak pada hari itu sehingga mengembungkan koceknya yang bertampal-tampal. Hatinya cukup senang atas pemberian ALLAH. Pulanglah dia dengan senyuman kepuasan dan kesyukuran ke rumah. Bilamana pulang ke rumah, dilihat pula isterinya yang taat, yang pandai menjaga kehormatan diri sewaktu dia ke laut dengan senyuman yang manis dan solekan yang bersahaja menambahkan lagi rasa senang dalam hatinya. Terlupa sebentar yang dia seorang yang susah yang mana rumahnya sering ditimpa dahan-dahan pokok ketapang dek kebahagiaan yang ALLAH beri kepadanya hari itu. Tiba-tiba datang pula anda dengan membawa buah tangan berupa not-not biru menambahkan lagi kecerian hidupnya hari itu. Mat Ketam pun segera melakukan sujud syukur atas segala pemberian ALLAH kepadanya. Maka tiada hentilah dia mengucapkan kalimah Alhamdulillah.

Syahadan, pulanglah anda ke rumah dengan hati yang puas dapat membuat kebajikan. Setibanya di rumah, terlihatlah oleh anda seorang lelaki bermuka cengkung, pucat, bermuram durja, nafasnya tersekat-sekat, sesekali kelihatan mengeluh, kurang terurus pakaiannya bersama-sama dengan seorang anak kecil ditangannya. Jelas kelihatan penderitaan di mukanya. “Siapa tu mak?”, soal anda. “Ni, anak Pak Mail. Dia baru hilang kerja, kilang dia bungkuih sebab ekonomi merosot katanya. Dia datang nak jumpa hang. Dia nak mintak pinjam duit. Hang ada tak lagi duit?”, soal ibu anda.

Tanpa berfikir panjang terus anda keluarkan lagi berkeping-keping not biru dan merah lantas memberi kepada anak Pak Mail. “Tak payah bayar balik, saya sedeqah”, kata anda.Mukanya yang muram kini kembali bercahaya, nafasnya kembali lancar, aliran darah kembali mengisi salur-salur darah di mukanya. Harapan untuk dia terus hidup kembali menyala. Semuanya atas kemurnian hati anda yang suka memberi dan membantu orang yang memerlukan pertolongan. Selesai.

Faham tak analogi ni? Tak faham, tak pa, mari kita fahamkan bersama-sama. Perbuatan anda memberi sedekah memang telah dijanjikan ALLAH pahalanya sepertimana firman ALLAH SWT;

bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al-Baqarah:261

Sedekah anda kepada Mat Ketam adalah semasa Mat Ketam tidak begitu memerlukannya. Anda beri sedeqah kepadanya ataupun tidak, hatinya sudah senang dan gembira. Senang dengan hasil tangkapan, senang dengan isteri yang solehah dan bertambah senang dengan pemberian anda. Tetapi bagi anak Pak Mail, pemberian anda telah melepaskannya sedikit sebanyak daripada bebanan yang dia pikul. Mukanya kembali bercahaya, dadanya sedikit lapang lantas bernafas dengan elok. Harapan untuk terus hidup muncul semula.

Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Muslim, satu kesukaran dari kesusahan duniawi, maka Allah swt akan melepaskannya satu kesukaran dari kesukaran akhirat, dan Allah swt akan membantu seseorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya”(Riwayat Muslim)

Maka untuk kes anak Pak Mail, anda bukan sahaja dapat fadhilat bersedeqah malah fadhilat melepaskannya daripada kesukaran dan kesusahan duniawi. YA, ANDA DAPAT LEBIH.

Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk meringankan beban sahabat-sahabat kita iaitu ajk-ajk Kejohanan Sukan PCI. Hilangkan kebimbangan mereka, hilangkan keresahan mereka, hilangkan kerut-kerut di dahi mereka, beri peluang untuk mereka menarik nafas lega, nafas kepuasan dengan memberi sepenuh kerjasama dan menyumbang melalui “sistem tajaan ahli PERUBATAN” yang disediakan.
Tidak perlu menyumbang banyak. Cukuplah seorang LE 5 atau LE 10. Kumpul 10 atau 5 orang dan tajalah satu unit. Realisasikanlah harapan mereka. Mana tahu dengan sedikit sumbangan ini ALLAH bantu kita di masa-masa akan datang dengan syarat kita ikhlas.
Akhir kata,

“JOM MENYUMBANG”

—————————————————————————————————————————————————

BERSAMAPERUBATAN

Persatuan PERUBATAN-1

Posted: March 7, 2010 in pikir-pikir

Assalamualaikum wbt.

Musim-musim peperiksaan ternyata mengaktifkan sel-sel otak dan mencergaskan diri ini untuk menulis. Pertama-tamanya ku bersyukur ke hadrat ALLAH kerana masih aku diberi pinjam nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba. Bilamana bercakap soal hamba, langsung tiada ruang untuk bermegah-megah dengan kejayaan, dengan segala pencapaian kerana sesungguhnya semua itu datang dari ALLAH. Ya ALLAH bantulah dan berilah kekuatan kepadaku agar aku redha dengan segala pemberianMU dikala susah mahupun senang.

“Bersatulah atas nama Persatuan PERUBATAN”

Sebelum mesyuarat agung tahunan lagi ungkapan ini berputar-putar di dalam kotak fikiranku. PERUBATAN merupakan wasilah yang terbaik untuk menyatukan kita semua. Dalam PERUBATAN ada pelbagai wajah perangai manusia. Ada yang kuat bertalaqi, ada yang kuat belajar, ada yang kuat berpersatuan, ada yang rajin ke gym, ada yang rajin bersukan, ada yang suka bermain musik, ada yang suka masak dan sebagainya. Dan itulah realiti semasa samada di sini ataupun di tempat lain. Memang benar, kesatuan yang paling kukuh dan kuat adalah kesatuan akidah. Kita bersatu kerana ALLAH. Tetapi, bagaimana untuk kita mencapai ke arah itu? Ya, melalui persatuan PERUBATAN. PERUBATAN merupakan alat yang kita ada untuk bersatu. Ini adalah kerana kita mempunyai satu persamaan iaitu belajar perubatan.

Maka aku menyeru pada diriku dan rakan-rakan sekalian, marilah kita bersatu. Berlapang dadalah pada perbezaan pendapat tetapi belajarlah untuk menghormati orang yang kita berbeza pendapat. Tidak cukup setakat berlapang dada tanpa diikuti dengan hormat dan adab. Senario zaman ini, aku melihat begitu mudah orang menyebut berlapang dada, berlapang dada. Namun sikap hormat dan beradab yang juga penting tiada. Kemudian berbeza pendapat lagi, berbahas lagi, menyeru berlapang dada lagi dan masih tiada sikap hormat dan beradab. Maka pusingan ini bermula lagi. Berpusing-pusing di atas paksi tiada hentinya. Kemudian saling menyalahkan antara satu sama lain bahawa dia tidak mahu berubah, tidak mahu berlapang dada.

“Bekerjalah demi persatuan yang kita cintai”

Ya, pertama kita perlu cinta, barulah pengorbanan itu ada. Cinta dimanifestasikan dengan perbuatan yang benar, tepat dan tidak menyalahi syarak adalah cinta yang sebenar. Bukan sekadar lafaz di mulut sahaja. Setelah hampir tiga tahun menjadi AJKT persatuan, cintaku ini masih belum benar-benar di uji. Orang yang benar-benar cintakan persatuan tidak hanya bekerja bersungguh-sungguh bila mana menjadi AJKT, tetapi jadi ahli biasa pun mereka terus bekerja, terus istiqamah dengan persatuan. Sesungguhnya aku mengagumi kamu-kamu sekalian yang bekerja dengan kesedaran dalam diri yang tinggi akan kepentingan berpersatuan walaupun anda sekalian hanyalah ahli biasa tetapi pengorbanan anda luar biasa.

Aku juga kadang-kadang bertanyakan kepada diriku, adakah aku sekuat kalian? Semoga aku diberi kekuatan seperti anda semua. Pernah sekali sahabatku memberi peringatan bahawa buatlah kerja kerana ALLAH bukan kerana persatuan. Memang itu benar dan apabila aku mengatakan bekerja demi persatuan maka ia bermakna bekerjalah demi ALLAH melalui persatuan. Sekali lagi persatuan kita adalah wasilah ataupun alat untuk kita mencapai redha ALLAH. Aku yakin dan percaya sahabat-sahabat yang terus bersemangat bekerja untuk persatuan adalah sahabat-sahabat yang meletakkan ALLAH adalah matlamat utama yang diterjemahkan melalui gerak kerja persatuan. Sesungguhnya besar sekali peluang yang ada dalam persatuan untuk dimanfaatkan dan digunakan oleh kita untuk mendapatkan balasan baik di akhirat kelak. Oleh itu, sahabat-sahabat yang selesa untuk bergerak dalam platform yang lain, aku seru marilah kita bersama-sama berkerja memantapkan persatuan PERUBATAN yang kita cintai. Dalam pada masa yang sama pikirkanlah kepentingan persatuan kita ini, bukan untuk tujuan yang lain. Kita sama-sama ahli persatuan PERUBATAN. Sekian.

DRRUB dub

Posted: November 21, 2009 in pikir-pikir

Assalamualaikum wbt..
Setelah sekian lama tidak mengupdate blog. Akhirnya memang jadi kapal hanyut. Jadi harap-harapnya post yang terbaru ni, selepas beberapa bulan hanyut akan menjadi tonik baru untuk tuan blog kembali menaip keyboard usangnya.

Jadi kali ni nak kongsi satu pengalaman semasa membuat exam clinical examination selepas habis 4 minggu pertama Internal Medicine di wad Gastroenterology of Alexandria University. Selepas habis membuat penerangan tentang hasil pemeriksaan ke atas pesakit kepada professor, aku, Rashid dan Ramzy pon borak-borakla dengan Dr Fahmy.
Aku : Dr, actually I had done auscultation on my friend’s heart and it’s sound is like this. Drrub dub. Drrub dub. Drrub dub. Is it normal? Actually he is smoker.
Dr Fahmy : Maybe it was splitting of heart sound. Is he has any symptoms or not feeling well.
Aku : No Dr. He was completely fine. Only sometimes he got bronchitis.
Dr Fahmy : You can take him here and I can hear his heart sound for confirmation. Please advise him to stop smoking.
Aku : Actually before this he tried to stop smoking, but later on he continue back. It is very difficult for a smoker to stop smoking.
Dr Fahmy : Yes. Many people trying to stop smoking when they are sick. When they become healthy, they start smoking back. This is because; they stop smoking because of their health not because of ALLAH. If they do because of ALLAH, insyaALLAH they will have a lot of strength to stop smoking. This is because ALLAH with them.
Aku : You are right Dr.

Memang betulla apa yang Dr Fahmy katakan. Zaman sekarang ni ramai yang lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, kepentingan dunia. Termasuklah diri aku yang selalunya terlupa. Terlupa untuk berniat setiap perbuatan adalah kerana ALLAH. Ya, semuanya kerana ALLAH. Bukan kerana nak dapat banyak duit, pengaruh, nampak alim, baik, macho, perempuan suka, lelaki suka(kalau perempuan), pangkat dan segala macam fitnah dunia yang ada. Tetapi semuanya adalah kerana ALLAH. Tidak ALLAH ciptakan JIN dan MANUSIA semata-mata untuk beribadah kepadaNYA. Ya, setiap perbuatan baik kita adalah ibadah dan setiap ibadah mestilah bersandarkan kepadaNYA. Sembahyang, puasa, belajar, beriadah, bermuamalat sesama manusia, berpersatuan, melancong, merawat pesakit, menasihati kawan, menolong orang lain dan segala macam perbuatan kita adalah demi mendapat redha ALLAH SWT.

Kadang-kadang orang akan kata, “apala hang ni..bab-bab niat kerana ALLAH ni benda basicla. Macam gak bab semayang. Basic giler..semua orang taula”
Ya, memang ia sesuatu yang basic, tetapi ramai mana yang buat ataupun memikirkan tentangnya. Kita tau yang solat itu perkara yang basic. Tetapi masih ada yang tak solat. Masih ramai yang tidak bersolat jemaah, masih ramai yang solat lewat waktu. Masih ramai yang terlupa untuk meniatkan, untuk membulatkan hatinya dalam melakukan sesuatu adalah kerana ALLAH SWT.

Akhir sekali aku ingin berkongsi kisah Dr Tarek yang diceritakan kepada kami. Ceritanya, sebelum ni dia juga adalah seorang penghisap rokok. Tapi selepas sahaja mufti Mesir mengisytiharkan bahawa perbuatan merokok adalah haram. Terus dia berhenti merokok. Ya, dia berhenti merokok bukan sebab kesihatannya, tetapi atas sebab tuntutan agama Islam, kerana ALLAH SWT. Maka marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sepanjang tahun ni, berapa banyak perbuatan kita kerana ALLAH SWT. Semoga graf pembaikan diri melawan masa kita sentiasa meningkat ke atas. Sesekali jatuh kita tingkatkan kembali. InsyaALLAH.

circle of influence

Posted: May 6, 2009 in pikir-pikir

“Mat , hang serius nak pi europe? Kalau hang nak pi aku nak ikut. Aku tak nak ikut orang lain, nak ikut hang jugak?”

“Atan, hang gi lecture tak hari ni. Kalau hang pi aku nak pi. Kalau hang tak pi, aku terpaksa ikut hangla. Haha.”

“Ayoi, jom gi kelas agama Ustaz Man”, ajak Ramlee. “Epoi pegi tak? Kalau Epoi pegi, aku gi la”, jawab Ayoi.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini. Sama ada, anda orang yang mengikuti kawan anda ataupun kawan anda mengikuti anda. Inilah yang dikatakan circle of influence ataupun lingkaran pengaruh. Anda tidak perlu menjadi seorang ketua ataupun pemimpin untuk mempunyai pengaruh terhadap orang sekliling anda. Cukup dengan personality dan kelebihan-kelebihan yang ada pada anda. Kadang-kadang anda sendiri tidak menyedarinya dan anda tidak meminta untuk menjadi seseorang yang berpengaruh.

Tidak perlu kepada pengikut yang banyak sehingga beratus-ratus orang barulah nak dikatakan anda mempunyai pengaruh ke atas orang lain. Cukup seorang ataupun lebih, anda telah mewujudkan satu circle of influence. Pengaruh ini wujud kerana orang menghormati anda samada kerana kelebihan yang ada pada anda ataupun personaliti anda. Kelebihan merangkumi banyak aspek. Contohnya, anda seorang yang berjaya daam pelajaran tanpa meniru, anda seorang mat rempit yang berani mati meletakkan kepala di jalan semasa mengangkat tayar, anda seorang penyanyi yang mempunyai suara yang cukup merdu, anda seorang yang pandai memberi ceramah, anda seorang pemain bola yang hebat, anda seorang yang berani menongkah arus yang berani membuat sesuatu diluar kebiasaan, anda seorang yang berani mencetus kontroversi, anda seorang yang komited dengan perjuangan Islam dan banyak lagi.

Kelebihan-kelebihan anda ini mungkin ada yang bercirikan kebaikan dan ada yang bercirikan perbuatan yang tidak baik. Namun semua itu dinilai oleh individu yang menghormati anda mengikut sudut pandangan masing-masing dan NILAI yang mereka pegang. Namun begitu, ada juga orang yang memang mencari pengaruh dan meluaskan lingkaran pengaruhnya. Ini yang berlaku kepada penyanyi-penyanyi dan ahli-ahli politik.

“Lantakla aku nak buat apa pun. Aku bukannya kacau orang. Aku buat hal aku sendiri.”

Memang itulah yang sering kita lakukan dan pertikaikan apabila perbuatan kita agak menyimpang daripada kebiasaan sebagai seorang Islam sehingga ada yang menegur kita. Namun begitu anda perlu sedar bahawa segala tindakan anda mungkin akan dicontohi oleh orang lain. Mungkin circle of influence anda terdiri daripada adik anda, junior anda apabila anda seorang senior, rakan-rakan di sekeliling anda, ahli rumah anda, ahli section anda dan mungkin ahli jamuan anda. Adakah kita sanggup untuk menjadi contoh tauladan yang buruk kepada mereka?

“Man, aku nak gi kelas tafaqquh ni, jom gi sekali”

“Lama tak datang kuliah. Jom kita ke kuliah Roy”

“Aku rasa elokla kita bayar duit tabung kasih sayang. Boleh bantu rakan-rakan private kita yang tak mampu.”

Bayangkan betapa perbuatan anda mampu menarik sekali orang-orang yang di dalam lingkaran pengaruh anda ke arah kebaikan. Bertambahlah amal jariah anda, InsyaALLAH. Kesimpulannya, setiap kita ada pengaruh ke atas orang lain. Maka berhati-hatilah dengan tindak tanduk anda supaya tidak menjerumuskan orang lain bersama-sama anda ke arah keburukan sebaliknya gunakanlah pengaruh anda itu ke arah kebaikan.

KERETA

Posted: April 9, 2009 in pikir-pikir
2533867893_23dbf0fe911

penat menunggu bola tak sampai-sampai

“Kita ni, kalau nak tumpang kereta orang, biarlah kita yang tunggu orang. Bukannya orang tunggu kita.”, kata ibuku.

Inilah yang selalu di ulang-ulang oleh ibuku sekiranya kami ingin menumpang orang untuk ke mana-mana sahaja. Semuanya berlaku semasa aku berada di sekolah rendah. Masa tu keluarga aku tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan terpaksa menaiki bas seperti kebanyakan keluarga yang lain. Cumanya apabila berlaku kecemasan dan untuk ke tempat-tempat yang tiada jaringan bas, terpaksala kami menumpang kenderaan orang. Maka terpaksalah aku mandi dan bersiap-siap awal dari masa yang dijanjikan. Memang setiap kali nak tumpang kereta orang aku dileter oleh ibuku kerana selalu lambat bersiap.

Namun kini, barulah aku tahu betapa pentingnya apa yang ibuku sampaikan. Itu semua adalah nilai-nilai yang perlu kita ada dalam menghadapi kehidupan ini. Iyalah, mana mungkin orang yang kita ingin mengharapkan bantuan terpaksa pula menunggu dan bersusah payah untuk kita. Padahal kita tak ambil pot(BUAT TAK KESAH). Nak awal ke nak lambat ke. Ikut suka hati kita. Dan senang-senang sahaja kita mengatakan, dah memang orang Melayu. Tambah-tambah pulak belajar di Negara Mesir. Bertambah-tambah lambatla. “ sori-sori. Asif jiddan.Aku lambat. Dah lama tunggu ke? Sian kat korang” “ takpa-takpa. Tak lama sangat pun menunggu.” Memang patutla meminta maaf. Dan memang patutla kita memaafkan. Tetapi sehingga bila dialog-dialog seperti ini harus berterusan. Adakah ia satu amalan yang baik. Apabila berjanji tentang masa, ingatlah tak semua mempunyai masa yang lapang. Masing-masing ada kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Janganlah kita menjadi beban kepada orang lain dek kerana sikap lambat kita. Dan tak sayugia seorang yang bakal menjadi doctor tidak berjaya untuk mendidik dirinya menepati waktu. Semoga aku dan kita semua berjaya dalam menepati waktu. Biarlah kita yang menunggu orang bukan orang lain menunggu kita. Tapi kalau ada hal-hal yang boleh dielakkan. Semua orang terpaksalah memahami. “ jadilah seorang yang memahami orang lain tanpa mengharapkan orang lain memahami kita” insyaALLAH.

DOC

Posted: April 7, 2009 in pikir-pikir

Pada satu pagi di sebuah sekolah rendah.

“ Hari ni cikgu nak tanya kamu semua satu soalan. Apa cita-cita kamu semua apabila sudah besar nanti?”, tanya cikgu Lia.

Di sebuah kelas tingkatan 3.

“ Hang nak masuk sekolah apa lepas ni? MRSM ataupun SBP?”

Selepas keputusan SPM.

“Kamu nak amik bidang apa Man, perubatan ke arkitek?” tanya Puan Zarina.

Semasa minggu orientasi untuk pelajar-pelajar PERUBATAN.

“WHAT KIND OF DOCTOR THAT YOU WANT TO BE, WHEN YOU GRADUATE LATER”, ask PROF AKMAL.

Ya. Doktor jenis apakah yang anda ingin jadi selepas anda graduasi nanti? Ataupun, manusia jenis apakah yang anda ingin jadi apabila umur anda mencecah 30-an nanti? Semua pelajar perubatan mengimpikan dirinya menjadi seorang doktor yang baik, cekap, bijak mendiagnose penyakit, dapat membantu orang ramai dan menyumbang kepada masyarakat. Namun begitu, adakah sikap dan perbuatan anda semasa menuntut ilmu perubatan ini memungkinkan anda menjadi seorang doctor yang ideal? Marilah kita sama-sama muhasabah diri sendiri dan bertanya kembali, apa tujuan kita mengambil bidang perubatan ini.

Sekiranya sebelum ini, kita pernah meniru dalam peperiksaan. Kita bertaubat dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Sekiranya sebelum ini kita selalu ponteng kuliah, marilah kita kuatkan diri dan ke kuliah. Seandainya sebelum ni kita selalu tidur dalam kuliah, kita cuba membuka mata sedaya mungkin. Seandainya keputusan peperiksaan kita kurang memuaskan, kita cuba lagi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang akan datang. Sekiranya sebelum ini, kita mementingkan diri dan suka mengharapkan orang lain, kita buang sikap itu. Sekiranya sebelum ini kita sukar untuk membayar yuran persatuan dan tabung kasih sayang, tanpa perlu diminta kita membayarnya. Sekiranya sebelum ini kita malas membuat kerja-kerja di rumah dan selalu mengharapkan orang lain, kita ubah sikap itu. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib kita melainkan kita sendiri mengubahnya dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Nak jadi yang mana satu?

2031107541_d799f0128c88be5e04c9f457a8