Attachment siri 2

Posted: May 3, 2009 in attachment

Setelah sekian lama, akhirnya aku berpeluang untuk menyambung kembali kisah attachment aku di Hospital Manjung pada cuti Summer tahun lepas. Dekat setahun baru nak cerita. Haih. Jadi pada hari Isnin, 15/09/2008 aku pun pergi ke Hospital Manjung untuk memulakan attachment aku dengan menunggang motor LAGENDA(YAMAHA). Tepat jam 8.30 pagi aku tercangak di hadapan Kak Ros dengan muka penuh mengharap. Sekali dia beritahu yang dia tak dapat pun lagi surat dari Ipoh yang membenarkan aku buat attachment. Haru betulla. Sebenarnya pihak pejabat Ipoh dan telefon aku dan bagitahu yang permohonan aku dah diluluskan. Cumanya, surat kemungkinan lambat sampai sebab pihak sana hantar guna pos biasa bukan pos laju. Memangla lambat dapat. Dua hari sebelum aku abis attachment baru nak dapat. Apa punya lambatla.

image278_resize

Macam biasala, dengan penuh keyakinan aku explainla kat dia. Dia tak yakin juga. Jadi dia pun telefon pihak Ipoh. Rupa-rupanya mesin fax Hospital Manjung rosak. Memangla tak dapat surat. Bila Kak Ros suruh hantar kat mesin fax yang lain, kebetulan orang yang bertanggungjawab cuti. Macam-macam. Tapi akhirnya dia setuju bagi aku buat attachment. Haha. Maka aku pun isilah buku attachment dan ambil nametage medical student. Dalam buku tu aku tengok ramai ja student medic yang buat attachment sebelum aku. Rusiala, Indiala dan dalam Negara pun ramai. Tapi nak buat macamana, aku sorang ja kat Manjung. Lagipun aku buat masa bulan puasa. Manala nak ada orang. Mak aku pun pelik. Apala beria-ria sangat buat masa bulan puasa. Sebabnya aku nak cuba rasa macamana kerja seorang doctor masa bulan puasa kerana semestinya lebih letih dari hari biasa. Biar rasa susah sikit.

Tak lama selepas itu, sister yang incharge aku pun sampai. Nama dia Sister Au Yit Moy.Berbincanglah kami tentang attachment.

“What university did you study?”

“I’m study in Alexandria University, Egypt”

“So, what syllabus that your university wants you to complete?”

“Actually my University did not state what I had to do with this attachment. They only give me a letter to approve that I am a medical student. You can see this letter. But actually I want to gain experience about doctor life and maybe learn how to take blood, do stitches, enter OT to watch surgery and learn any procedure”

“haaa, you only 2nd year student. Cannot do something like that la. You know, for the local student here, only at year 4 so that they can do all the procedure. So you just look around, gain the experience. Ok. I will arrange the department for you.”

Nasihat aku kepada sapa-sapa yang buat attachment tu, kalau dapat mintak pihak University kita ni statekan apa-apa benda yang perlu di completekan lagi bagusla. Merasala nak buat apa-apa procedure. Kalau tak, tengok jela. Jeling-jeling, pandang-pandang.

Jadi, inila jabatan-jabatan yang perlu aku singgah sepanjang 2 minggu attachment aku.

15/09 —– Medical Ward 4 (Male)

16/09—— Medical Ward 3 (Male) – untuk HIV dan penyakit berjangkit

17/09—— Cuti

18/09——Surgical Ward 6

19/09——Pediatric Ward 5

20/09——Cuti

21/09——Cuti

22/09——ICU

23l09—— Orthopedic Ward 7

24/09——Medical Ward 4

25/09——Medical Ward 3

Walaupun aku tak dibenarkan untuk buat procedure dan masuk bilik OT, akan aku masuk dan buat juga kalau ada kesempatan. Haha, sorila sister. Sometimes we must bend the rule and don’t be too rigid. Nasibla dapat medical student yang langgar arahan macam aku ni.

Lepas abis bincang, sister tu tanya ada lab coat tak dan semestinya tak dak. Haha. Aku lupa nak bawak balik. Jadi kami pun pergola ke bilik cuci-cuci baju untuk pinjam lab coat. Pastu sister ingatkan aku supaya pakai tie esoknya sebab aku tak pakai tie aritu. Haish. Malu aku. Tie pun aku tak bawak balik. Tak kanla nak pakai tie MRSM yang belang-belang tu. Takpa-takpa. Tie ni pun ada kisahnya. Kena tunggu cerita esokla baru tau apa kisahnya.

Kemudiannya aku terus dibawa kesemua wad untuk diperkenalkan kepada setiap sister-sister yang bertanggungjawab supaya mudah untuk aku pergi nanti. Punyala laju Sister Au Yit Moi ni jalan. Kalau student Cairo jalan kita dah rasa laju, sister tu lagi laju. Sambil-sambil tu dia berila nasihat kat aku supaya manfaatkan sepenuhnya attachment aku ni. Memangla dan dalam proses nak manfaatkan tu akan aku langgar arahan dia. Haha.

Habis ja melawat semua wad, kami terus ke wad Medical 4 iaitu wad untuk aku hari ni dan sister Au incharge wad ni. Kebetulan ketua jabatan ni iaitu Dr Lee(Pakar) buat round ward. Haha. Bukan kebetulan, memang dia akan buat round pun hari isnin. Jadi aku pun joinla sekali. Macam biasala, aku kenalkanla dulu diri aku kat dia. Sembang sikit-sikit tentang University dan terus dia sambung round ward sebab masa tu dia tengah buat round ward.

Tapi sebelum tu, sister ada buat sikit taklimat kat aku tentang cara-cara cuci tangan dan antiseptic yang digunakan adalah chlorrhexidine. Kemudiannya kena rub tangan dengan alcohol sekiranya hendak sentuh pesakit yang lain. Maksudnya dari satu pesakit ke pesakit yang lain. Dan yang sayangnya aku tak bawak stethoscope aku sendiri.

Aritu adala beberapa pesakit yang aku catat sakitnya. Antaranya :

1. exfoliative dermatitis

2. liver disease with hypertension

3. CVS disease + stroke.

4. acute tonsillitis + bronchopneumonia

5.uncontrollable diabetes

6.polycysctic kidney

Dan yang aku paling ingat adalah penerangan sister tentang diabetis. Katanya kalau diabetes, selalunya akan beri kesan kepada jantung dan mata. Ini kerana meningkatkatnya asid lemak dalam darah yang boleh menyebabkan atherosclerosis seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan masalah pada jantung(heart disease) dan boleh memcahkan salur darah pada mata. Kalau dibiarkan boleh jadi buta. Exact mechanism tu bole baca sendiri. hehe. Senang je pun.

Yang pastinya round ward ni memang penat. Dari pukul 9.00 pagi sampaila pukul 12.00 tengah hari. Nasib baikla aku join lambat sikit. Abis je ward round, doctor-doktor bukan muslim terus tonggang 100 plus. Rehat dalam 5 minit dan mula buat kerja balik. Periksa setiap fail pesakit, tulis preskripsi, lawat pesakit, amik darah dan sebagainya. Aku pulak baca-bacala fail pesakit dan tengok nurse-nurse buat kerja. Nak tanya doktor-doktor, semuanya macam sibuk. Takpala. Untuk pengetahuan semua, jabatan kat hospital ni terdiri daripada seorang ketua iaitu doctor pakar dan seorang Medical Officer. Paling banyak MO pun dalam 3 orang macam tula. Yang lain semuanya HO.

Jadi time ward round, pakar memang suka tanya soalan kat HO-HO ni. Ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab. Petang tu selepas sembahyang Zohor ada 2 prosedur yang menarik iaitu Continuous Bladder Drainage(CBD) dan insertion of tripplelumen catheter into internal jugular vein. Dua-dua prosedur ni dibuat kepada seorang pesakit liver disease berbangsa India. Umur dalam lingkungan 50-an, lelaki. Mula-mula buat CBD dulu. Okla, aku ceritala sikit macamana prosedur untuk CBD ni. Sikit jela. Nak lengkap belajar sendiri.Senang ja. Tapi seksa untuk orang yang kena. Huhu.

catheter1

Prosedur CBD untuk lelaki

1. pilih jenis catheter yang sesuai sebabnya setiap catheter berbeza-beza mengikut saiz dan panjangnya bergantung kepada saiz zakar pesakit.

2. mula-mula loceh dulu sehingga nampak lubang untuk yang tak bersunat.

3. sapu pelincir pada catheter

4. kemudian masukkan catheter menerusi lubang zakar(penile urethra) dengan penuh kelembutan dan kasih sayang(tambah je ni). Masa kat external sphincter akan rasa ketat sikit. Jadi suruh patient relax dan tarik nafas.

5.masukkan sehingga air kencing mula keluar dari catheter. Tu maksudnya dah sampai ke pundi kencingla tu.

6.pegang catheter dan inject sterile water untuk kembangkan belon yang ada kat hujung catheter supaya catheter tu fix kat dalam pundi kencing.

Tu langkah-langkah secara kasar. Untuk detailnya boleh baca dan belajarla sendiri. dan untuk buat prosedur ni macam biasala, mesti cuci tangan dulu dan pakai sterile glove.

Akan tetapi malangnya, prosedur ni tak berjaya dilakukan sebab lubang pakcik tu kecil sangat. Kalau guna saiz kanak-kanak, tak sampai pulak ke pundi kencingnya. Jadi tak pasangla catheter tu. Walaubagaimanapun aku bersimpati pada pakcik tu. Betapa peritnya dia menahan sakit masa cubaan nak masukkan catheter. YAALLAH jauhila aku dari dugaan itu. Berikanlah aku nikmat kesihatan tubuh badan. Tak lama selepas itu, satu lagi prosedur yang perlu pakcik ni lalui iaitu prosedur untuk masukkan  tripplelumen catheter ke dalam internal jugular veinnya. Kali ni prosedur ni dilakukan oleh MO kerana agak sukar sedikit. Semua prosedur ni dilakukan di katil pakcik tu sebabnya ni prosedur biasa.

cc_hastproduct-perq-poly3

Prosedur untuk masukkan Tripplelumen Catheter ke dalam IJV

1.Periksa keadaan pesakit. Pastikan pesakit berada dalam keadaan yang stabil.

2.Cuci kawasan yang nak dicucuk dengan iodine dan alcohol.

3.Suntik bius di kawasan yang nak dicucuk.

4.Cucuk dan masukkan jarum ke dalam IJV sehingga keluar darah. Tu tanda dah masukla tu.

5.Masukkan wire ke dalam jarum. Jolok dan tarik wire untuk pastikan ia masuk ke tempat yang betul.

6.Toreh(incision) sikit kulit dan masukkan Tripplelumen tube.

7. Selepas yakin betul-betul masuk, tarik wire keluar.

8. Masukkan saline ke dalam setiap tube menggunakan syringe.

9.Jahit dan ikat tube. Selesai.

200806fig4a

Macam biasala, ni sekadar untuk gambaran kasar. Kalau nak tau betul-betul boleh cari kat internet. Tetapi baca tak sama dengan tengok dengan mata. Nak merasa kenala wat attachment. Tak pun tunggula masuk clinical year. Maka berakhirla attachment aku untuk hari Isnin, 15/09 di Medical Ward 4. Walaupun aku balik lambat, tapi aku puas hati sebab dapat tengok prosedur tu. Dengan pantasnya aku turun bawah, punch card dan hidupkan enjin motor aku. Masa untuk siap-siap berbuka. Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Semoga esok aku dapat lebih banyak pengalaman berharga.

fight and forgiveness

Posted: May 3, 2009 in Uncategorized

“Hang elok-elok skit. Aku penampaq hang jugak satgi. Panaih betolla.”

“Awat, hang ingat hang sorang ja ada penampaq. Aku tak dak ka. Maila masuk kalau berani.”

“Dia niiiii. Memang saja nak cari nahas. Kuboq jugakla hang lepaih niii. Ish..Hangin aku. Hang dok situ. Jangan dok pi mana.”

Sedar atau tidak kita semua sering berbeza pendapat, sering bertelagah dan tak kurang juga sehingga ada yang memaki berbakul-bakul sehingga ke tahap sanggup memukul. Semestinya semua ini berlaku kerana sebab. Ya tidak dinafikan itu. Mungkin ada yang bergaduh kerana material, kerana cowok,kerana hasad dengki dan yang paling dahsyat lagi kerana memang rasa tidak puas hati. Tengok muka sahaja pun dah menaikkan darah. Mendidih selalu. Mungkin darah orang muda agaknya. Sentiasa ada sahaja modal untuk menjadi punca pergaduhan .Namun begitu, apakah yang dianjurkan sebenarnya oleh Islam. Adakah Islam menghalalkan semua ini. Islam tidakla menutup ruang untuk berbeza pendapat, tetapi ada adab-adabnya. Tetapi yang pastinya Islam tidak sekali-kali menghalalkan pergaduhan. Perang dan berjihad di jalan ALLAh tu kisah yang lain.

Betul, kita tidak boleh lari dari merasa marah. Terutamanya perasaan marah ke atas orang lain yang kadang-kadangnya bukanlah kita yang mulakan ataupun puncanya. Tetapi memang orang lain yang suka kenakan kita dan buat kita marah. Ini mungkin kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada kita dan membuatkan dia dengki ataupun kerana dia semata-mata benci. Sedap-sedap je tidur, diletakkan sampah atas badan, dicontengnya badan dengan kapur kasut, diangkatnya almari ke dalam tandas dan bermacam-macam lagi. Contoh ini selalu berlaku di asrama budak-budak sekolah menengah.

Jadi apakah tindakan kita yang mengaku Islam ini apabila diprovoke sedemikian rupa. Adakah kita mahu melatah dan mengikut arus seterusnya naik angin, menyepak apa yang berkaitan, mencarut-carut dan mengatakan,”Aku memang panas baran. Pantang tok nenek aku orang kacau aku. Aku tak kacau orang pun. Yang pi kacau aku tu apahal. Arghhhh”. Itu tidak proaktif namanya. Itu adalah reaktif. Maka bergembiralah orang yang mendajal kita sebentar tadi kerana objektif kerjanya tercapai iaitu untuk menaikkan kemarahan kita.”Puas hati aku. Haa. Melalakla macam orang gila.”

Yang sepatutnya kita sebagai orang Islam adalah;

Firman ALLAH SWT

“Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;”(Ali Imran: 134)

Ya, kita sepatutnya menahan marah dan sebaik-baiknya memaafkan kesalahan dia kerana itulah yang ALLAH mahu kita lakukan sebagai hambaNYA. Ulama menjelaskan bahawa dalam perkara ini terdapat 3 peringkat.

Peringkat pertama: Orang yang jika diperlakukan secara tidak baik, maka dia mampu menahan kemarahannya. Ini adalah tingkatan orang yang masih kekurangan seperti kita ini. Iaitu menahan kemarahan dan tidak ingin membalas dendam terhadap perilaku jahat yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya serta tidak mahu melakukan perbalahan.

Peringkat kedua: Jika dia menambah lagi kebaikannya, “ Dan memaafkan(kesalahan) orang…”(Ali Imran: 134). Maka dia akan segera menemui orang yang melakukan kejahatan kepadanya dan mengatakan, “Semoga ALLAH memberikan maaf kepadamu.”

Peringkat ketiga: Jika dia menambah lagi kebaikannya, “ ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Ali Imran: 134). Maka dia akan segera pergi menemuinya dan membawa hadiah atau berkunjung ke rumah orang yang melakukan kejahatan kepadanya, lalu menjabat tangannya dan menciumnya.

Ada satu kisah tentang seorang hamba yang menjadi pelayan Khalifah Harun Ar-Rasyid. Dia pernah menyajikan air panas kepada beliau untuk dituangkan ke dalam cawan beliau. Tetapi bekas air itu jatuh menimpa kepada khalifah, Amirul Mukminin, penguasa dunia ketika itu yakni orang yang berkuasa dan berpengaruh. Dengan spontan, Khalifah pun marah dan menatap hamba tersebut. Maka hamba itu pun berkata, “Ternyatalah dia adalah orang yang cerdas (seraya mengutip firman ALLAH), “Orang-orang yang menahan amarahnya”

Khalifah pun berkata, “Ya, aku telah menahan kemarahanku.”

Dia berkata lagi, “…dan memaafkan(kesalahan) orang.”

Khalifah berkata,”Ya, aku telah memaafkan kesalahanmu.”

Dia berkata lagi,”Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Khalifah berkata,”Sekarang pergilah, keran aku telah memerdekakan kamu semata-mata kerana ALLAH.”

Bayangkan orang yang paling berkuasa pada masa itu boleh menahan marah, memaafkan dan langsung membebaskan hamba yang dipandang hina oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam. Inilah contoh tauladan yang patut kita ikuti. Semoga ALLAH membantu kita dalam menyemai sifat-sifat yang terpuji ini. Ameen.

MENULIS SEPULUH JILID BUKU MENGENAI FALSAFAH LEBIH MUDAH DARIPADA MELAKSANAKAN SEPOTONG PESANAN

-kredit kepada blog Sesuatu Untuk Islam(http://smartcircle09.blogspot.com/)

Kek Cip Coklat dan Stim Oven

Posted: May 2, 2009 in ceritera

Hari tu hari Jumaat. Tetiba ja aku kempunan nak makan kek coklat. Nak pegi beli malas. Sebabnya mahal(padahal LE 1.50 je pun sepotong(jimat)) dan bole makan sikit je pun. Tak boleh puaskan satiety center aku.Lagipun jauh nak kena merantau ke pasar Camp Cesar. Jadi aku pun jenguk-jengukla kat atas para dapur, dalam peti ais dan tempat telur. CANTEKK. Semua ada. Cukup untuk aku buat kek coklat. Jadi…

“Jom Ayeikh, wat kek”

“Bereh”

Maka telur-telur dan mentega diblend sehingga sebati. Seterusnya susu ditambah dan kerja-kerja blend diteruskan sehingga semuanya homogenous. Simple sungguh kek aku ni. Kemudiannya sebatian dituang ke dalam bekas hijau yang aku menang masa Hari Raya 1st Year. Ya, inilah bahan yang paling penting sekali dalam resepi kek cip coklat aku ni. Tepung Kek Coklat  segera. Haha, aku suka guna tepung segera ni. Cepat dan pasti jadi. Tak pernah lagi aku buat tak jadi. Dan yang paling penting adalah sedap dan dapat memuaskan nafsu aku. Tapi aku tetap bercita-cita nak buat kek guna adunan sendiri, tak nak guna tepung kek segera. Tengokla cuti summer ni ka.

image154_resizetak sia-sia aku beli untuk jadikan hadiah time raya aritu. bolela aku guna. banyak berjasa mangkuk hijau yang besar ni.

Dan bergilir-gilirlah aku dengan Ariff mengacau dengan pantas dan kuat ibarat mixer sehingga sebatian menjadi seperti yang sepatutnya. Bila diangkat dengan sudu, ia turun tanpa putus-putus. Setelah loyang telah dilapisi dengan mentega dan tepung, sebatian dituang dengan penuh gaya oleh Ariff. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu masa untuk bakar kek kami ni. Tak sabar aku nak makan. Aku pun bukakla oven. Bukak ja oven tu, berderai karat-karat jatuh dari atas. La, ingatkan elok, rupanya dan reput. Aku pun bersih-bersihkanla oven tu. Bila aku rasa dah bersih, aku pun nyalakanla api. Tak besar-besar apinya. Kecik ja.

POM. Aku pun tak tau macamana nak jelaskan bunyinya macamana. Tapi yang jelasnya sedikit letupan kecil di bahagian belakang oven aku tu. Rupa-rupanya paip dia bocor. Nasib baikla meletup kecil-kecilan. Kalau besar-besaran. Tak ke haru. Tak dapatla aku nak makan kek coklat.

image155_resize1kitchen + Oven….Oven yang kat bawah tu….yang ada pemegang..

image156_resize1paip gas yang bocor…gas dok kumpul kat belakang dan POM…letupan kecil-kecilan berlaku.

“Ganer ni Ayeikh. Oven tak bole pakai ni. Nak bakar kat mana”…….aku

“Kita beli jela oven kat bawah ni”……..aku

“Serius nak beli, ke nak bakar umah Kedok ja. Ehsan ke”………ayeikh

“Malas la plak nak pi rumah orang”………..aku

“Abis tu nak buat macamana”…………ayeikh

“Hmmm. Hmmmm. Hmmmmmm.”……….aku

Sambil-sambil tu aku dok pusing kepala. Tengok-tengok apa yang patut dan akhirnya…

“Kita kukus jela kek ni”…………aku

“Bole ke?”…………..ayeikh

“Ntah, cuba jela. Aku macam penah dengar ja orang kukus kek. Ke aku silap dengar?”………aku

“Lantakla, daripada buang, baik cuba ja. Jadi-jadila. Tak jadi pun makan gak”………..aku

Jadi aku pun kumpul-kumpulkanla periuk yang ada untuk buat periuk kukus. Maka jadilah oven kukus. Hahaha.

image050_resizehasil gabungan beberapa periuk terhasillah oven kukus a.k.a STIM OVEN

image051_resizesapu tangan tu untuk cegah daripada wap keluaq sebab periuk tutup tu berlekuk-lekuk…lubang sana, lubang sini…wap dok keluaq…inilah salah satu kegunaan sapu tangan…

Akhirnya, Taraaa…

image054_resize1Kek Cip Coklat Kukus

image055_resizeSimetri yang cantik menandakan kek masak dengan elok dan sekata..

Seterusnya adalah masak coklat untuk topping.

image056_resize

Selepas ditoppingkan dengan lelehan coklat cair jadilah ia ini..

image057_resizemembangkitkan nafsu aku nak makan..haha..korang punya nafsu aku tak taula..

Jadipun akhirnya kek coklat aku ni. Memang aku puas hati. Sebabnya:

1. Alhamdulillah, tak perlu aku berjalan jauh bakar kat rumah orang kalau aku rajin dan nampaknya aku macam malas aritu. Alamatnya buang dalam sinki jela. Kan dah membazir tu.

2. Dapat makan kek coklat. Hehe. Puas satiety center aku aritu. Dekat separuh aku tibai.

3. Tak payah aku beli oven. Lepas-lepas ni masak kek guna kukus jela.

4. Dan yang paling penting sekali adalah aku menggunakan anugerah ALLAH iaitu akal fikiran aku untuk selesaikan masalah ni. Syukran Lillah. Ada hikmah di sebalik kejadian ni. Itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian. Sentiasa sahaja masalah dan ujian menimpa kita dan janganlah kita sekali-kali mengeluh kerana setiap ujian yang ALLAH beri adalah untuk mengajar kita. Sebaliknya sentiasalah berfikiran positif, berfikir dan mencari hikmah-hikmah disebalik itu. Pastinya kita akan lebih tabah dan bersyukur. Sesungguhnya ALLAH menurunkan ujian setara dengan kemampuan hamba-hambaNYA. Yang penting, jangan cepat melatah, cool dan observe keadaan sekeliling. Be creative. Manfaatkan segala yang ada untuk selesaikan masalah kita dan jangan lupa untuk berdoa. Tapi masalah aku ni kecik ja. Haha.

Lepas tu aku buat kek bila aku rasa nak makan dengan senang hati. Sampai la ni dah dekat 8 biji kek kot rasanya dan ramai yang dah merasa. Hehe, tapi kek segera jela. Nasibla.

TAPI AKU KEMPUNAN NAK MAKAN KUIH RAYA NI. JADI KEPADA SAPA-SAPA YANG ADA OVEN DAN BALIK MALAYSIA, BAGI-BAGILA AKU PINJAM OVEN TU. INILA MESEJ YANG PALING PENTING YANG AKU NAK SAMPAIKAN……SEKIAN…..

KERETA

Posted: April 9, 2009 in pikir-pikir
2533867893_23dbf0fe911

penat menunggu bola tak sampai-sampai

“Kita ni, kalau nak tumpang kereta orang, biarlah kita yang tunggu orang. Bukannya orang tunggu kita.”, kata ibuku.

Inilah yang selalu di ulang-ulang oleh ibuku sekiranya kami ingin menumpang orang untuk ke mana-mana sahaja. Semuanya berlaku semasa aku berada di sekolah rendah. Masa tu keluarga aku tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan terpaksa menaiki bas seperti kebanyakan keluarga yang lain. Cumanya apabila berlaku kecemasan dan untuk ke tempat-tempat yang tiada jaringan bas, terpaksala kami menumpang kenderaan orang. Maka terpaksalah aku mandi dan bersiap-siap awal dari masa yang dijanjikan. Memang setiap kali nak tumpang kereta orang aku dileter oleh ibuku kerana selalu lambat bersiap.

Namun kini, barulah aku tahu betapa pentingnya apa yang ibuku sampaikan. Itu semua adalah nilai-nilai yang perlu kita ada dalam menghadapi kehidupan ini. Iyalah, mana mungkin orang yang kita ingin mengharapkan bantuan terpaksa pula menunggu dan bersusah payah untuk kita. Padahal kita tak ambil pot(BUAT TAK KESAH). Nak awal ke nak lambat ke. Ikut suka hati kita. Dan senang-senang sahaja kita mengatakan, dah memang orang Melayu. Tambah-tambah pulak belajar di Negara Mesir. Bertambah-tambah lambatla. “ sori-sori. Asif jiddan.Aku lambat. Dah lama tunggu ke? Sian kat korang” “ takpa-takpa. Tak lama sangat pun menunggu.” Memang patutla meminta maaf. Dan memang patutla kita memaafkan. Tetapi sehingga bila dialog-dialog seperti ini harus berterusan. Adakah ia satu amalan yang baik. Apabila berjanji tentang masa, ingatlah tak semua mempunyai masa yang lapang. Masing-masing ada kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Janganlah kita menjadi beban kepada orang lain dek kerana sikap lambat kita. Dan tak sayugia seorang yang bakal menjadi doctor tidak berjaya untuk mendidik dirinya menepati waktu. Semoga aku dan kita semua berjaya dalam menepati waktu. Biarlah kita yang menunggu orang bukan orang lain menunggu kita. Tapi kalau ada hal-hal yang boleh dielakkan. Semua orang terpaksalah memahami. “ jadilah seorang yang memahami orang lain tanpa mengharapkan orang lain memahami kita” insyaALLAH.

DOC

Posted: April 7, 2009 in pikir-pikir

Pada satu pagi di sebuah sekolah rendah.

“ Hari ni cikgu nak tanya kamu semua satu soalan. Apa cita-cita kamu semua apabila sudah besar nanti?”, tanya cikgu Lia.

Di sebuah kelas tingkatan 3.

“ Hang nak masuk sekolah apa lepas ni? MRSM ataupun SBP?”

Selepas keputusan SPM.

“Kamu nak amik bidang apa Man, perubatan ke arkitek?” tanya Puan Zarina.

Semasa minggu orientasi untuk pelajar-pelajar PERUBATAN.

“WHAT KIND OF DOCTOR THAT YOU WANT TO BE, WHEN YOU GRADUATE LATER”, ask PROF AKMAL.

Ya. Doktor jenis apakah yang anda ingin jadi selepas anda graduasi nanti? Ataupun, manusia jenis apakah yang anda ingin jadi apabila umur anda mencecah 30-an nanti? Semua pelajar perubatan mengimpikan dirinya menjadi seorang doktor yang baik, cekap, bijak mendiagnose penyakit, dapat membantu orang ramai dan menyumbang kepada masyarakat. Namun begitu, adakah sikap dan perbuatan anda semasa menuntut ilmu perubatan ini memungkinkan anda menjadi seorang doctor yang ideal? Marilah kita sama-sama muhasabah diri sendiri dan bertanya kembali, apa tujuan kita mengambil bidang perubatan ini.

Sekiranya sebelum ini, kita pernah meniru dalam peperiksaan. Kita bertaubat dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Sekiranya sebelum ini kita selalu ponteng kuliah, marilah kita kuatkan diri dan ke kuliah. Seandainya sebelum ni kita selalu tidur dalam kuliah, kita cuba membuka mata sedaya mungkin. Seandainya keputusan peperiksaan kita kurang memuaskan, kita cuba lagi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang akan datang. Sekiranya sebelum ini, kita mementingkan diri dan suka mengharapkan orang lain, kita buang sikap itu. Sekiranya sebelum ini kita sukar untuk membayar yuran persatuan dan tabung kasih sayang, tanpa perlu diminta kita membayarnya. Sekiranya sebelum ini kita malas membuat kerja-kerja di rumah dan selalu mengharapkan orang lain, kita ubah sikap itu. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib kita melainkan kita sendiri mengubahnya dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Nak jadi yang mana satu?

2031107541_d799f0128c88be5e04c9f457a8


KOLEKSI PETUA-PETUA

Posted: March 19, 2009 in macam-macam ada

Ni merupakan petua-petua yang aku dapat sepanjang aku hidup dari mak, ayah, nenek dan kawan-kawan aku. Entahlah penjelasan dari segi saintifiknya macamana, aku pun tak berapa pasti. Aku cuma boleh berteori tetapi tak boleh mengconfirmkannya. Sapa rajin buatla eksperimen dan kajian. insyaALLAH lepas aku graduate nanti aku cuba mempastikan kesahihan setiap petua yang aku tau.

1. Hilangkan panas badan

a. mandi air asam jawa (mandi pagi-pagi)

b. jelum kepala dengan air daun bunga cina, rambutan

c. minum lai chi kang (getah anggur, kismis, halwa kundur, lengkong/cincau, selasih, barli)

2. Hidung tersumbat

a. sapu campuran kunyit dan kapur makan di sekitar hidung

b. masuk tandas budak lelaki (haha, ni petua aku sendiri masa kat sekolah menengah dulu. Menjadi, tapi loklaq sikit)

3. Kencing tak lawas

a. makan buah jering sebulan sekali

4. Buang angin dalam perut

a. makan halia

b. makan bawang putih mentah

c. sapu minyak angin(hahahahaha)

5. selsema

a. minum teh limau nipis pekat

6. Batu karang

a. makan akar rumput sambau

7. Terkena minyak panas

a. sapu minyak masak sejuk sebelum basuh dengan air. Biar tempoh yang lama. Boleh cegah edema/mengelembung

b. letak ais. Kalau malas sangat letak je tangan dalam freezer

c. sapu lendir poko lidah buaya

8. Lebat dan kuatkan rambut

a. sapu dengan minyak nyok/kelapa

b. sapu dengan santan

9. Hilangkan daki

a. cuci badan dengan hampas nyok/kelapa

b. mandi bersabun dan gosok

10. Kulit dan tapak tangan yang lembut

a. perah santan selalu

11. Rawat cekam di kuku

a. pakai inai

b. letakkan lintah dan biarkan lintah hisap

12. Ketuat

a. letak getah betik

13. Bersihkan paru-paru

a. makan nanas( tak taula betul ke tak)

14. Lembutkan daging dengan cepat

a. rebus dengan buah betik muda

15. Bersihkan mata

a. pakai celak

Ini jela kot yang aku ingat. Banyak lagi rasanya, cuma dah terlupa sebab tak amalkan.

FLASH OF GENIUS

Posted: March 2, 2009 in ceritera

greg_kinnear_in_flash_of_genius_wallpaper_6_800

Sir Isaac Newton menjumpai wujudnya gravity apabila buah epal jatuh di depannya. Archimedes mendapat idea untuk menentukan samada mahkota King Hiero II emas atau tak semasa beliau sedang mandi di dalam tub mandi dan menjumpai teori sesaran air. Semuanya menjumpai bukan mencipta, kerana semua ilmu yang ada sekarang telah wujud. Hanya yang tinggal adalah untuk manusia mencari. Jadi, tak perlu mendabik dada atas kejayaan yang ada. Semua tu adalah kurniaan ALLAH. Kapal terbang dicipta berdasarkan pemerhatian ke atas burung. Banyak penemuan sains berdasarkan pemerhatian termasuklah penemuan “intermittent windshield wiper” ataupun wiper yang kita guna masa hujan tu.

Time exam nila seronok tengok movie. Dalam hari-hari ulangkaji untuk exam pathology, aku dicadangkan oleh Abdul Haq untuk tengok movie ‘Flash of Genius”. Movie tentang seorang engineer yang berjaya menjumpai litar yang membolehkan wiper kereta berfungsi seperti yang ada sekarang iaitu semasa dalam hujan. Pada mulanya wiper kereta bergerak tanpa henti dan menjadi masaalah ketika hujan. Berdasarkan pemerhatian Robert William Kearns ke atas pergerakan kelopak mata yang berkelip setiap beberapa saat dan tidak sentiasa berkelip, beliau mendapat idea untuk mencipta intermittent windsheild wiper dan berjaya menjumpai kaedah untuk melakukannnya dengan mengubah susunan litar yang ada.

Seterusnya beliau cuba untuk memperkenalkan wipernya kepada Ford dengan hasrat untuk menjadi supplier kepada Ford. Malangnya Ford telah menggunakan rekaannya tanpa persetujuannya malah mengisytiharkan hak milik mereka. Bermula pada saat inilah hidup Robert William Kearns berubah. Nak tau lebih lanjut kena tengok sendirilah. Malas pulak nak taip panjang-panjang. Tapi movie ni memang bestla. Based on true story.

Cuma yang aku nak petik sikit ialah tentang sikap Robert William Kearns ni. Sikap yang mementingkan perjuangannya sehingga mengabaikan keluarganya. Adakah ini merupakan satu sikap yang betul dan bertanggungjawab? Ataupun salah keluarganya yang tak memberikan sokongan. Hmmm..by the way, common sense setiap individu berbeza-beza. Kadang-kadang betul di mata kita, salah di mata orang. Setepatnya jadikanlah Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Tetapi mampukah kita.. Hmm.. tak tahu, kenalah tanya pada yang tahu.

Dalam babak movie ni juga Robert William Kearns berkali-kali ditawarkan dengan duit sehingga mencecah usd 30 juta. Tapi dia sikit pun tak terliuq. Orang melayu kata pandang sebelah mata. Wat dek ja. Alangkah bagusnya kalau kita pun macam tu. Sikit pun tak terliuq dengan tawaran duit. Sama-sama kita berdoa. Nak kutuk orang makan rasuah ni memang seronok dan banyak modal nak wat cerita. Tambah-tambah lagi ahli politik zaman sekarang. Tapi takut jugak bila kena kat batang hidung. Masa tu hanya imanlah pendinding diri. Jadi, janganlah membenci seseorang itu atas diri dia sendiri, tapi bencilah perbuatan salahnya itu. Takut-takut kena kat kita balik. Hidup ni macam roda. Tak selama-lamanya kita kekal dalam iman(sentiasalah berdoa dan berusaha supaya sentiasa kekal dalam iman) dan tak selama-lamanya kita kekal dalam kejahatan kerana ALLAH Maha Berkuasa ke atas hambaNYA.

Semasa babak akhir movie ni, peguam Ford cuba mempengaruhi para juri dengan ciptaan-ciptaan mereka sebelum ini yang begitu gah dan mendakwa logiknya “intermittent windsheild wiper” juga adalah ciptaan mereka. Betapa bongkaknya manusia apabila mengecapi sedikit kejayaan. Dengan kekuasaan dan wang yang ada mereka menindas Robert William Kearns seboleh-bolehnya. Memang benar wang membuatkan manusia bongkak sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Namun begitu, kebenaran tetap menang walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Ford kalah dan terpaksa membayar Robert William Kearns usd 10.1 juta. Harap-harapnya macam tu jugaklah yang akan berlaku pada negaraku yang tercinta. Semoga kebenaran akan muncul jua akhirnya. InsyaALLAH keadilan itu ada biarpun lambat, kerana ALLAH MAHA ADIL.

UCAPAN ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T

Posted: February 24, 2009 in pikir-pikir

meet

Yo,hello, hai, woi, good morning, shobahal khair, shobahal fol, apa habaq, o haio, ni hau,vanakkam dan wan an adalah antara ucapan salam yang sering kita gunakan pada masa ini tidak kira masa dan tempat. Kadang-kadang langsung tiada ucapan salam yang diucapkan apabila berjumpa. Mengapakah ucapan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh jarang sekali kita gunakan sebagai salam pembuka bicara sedangkan kita mengaku kita seorang muslim? Seandainya digunakan pun, kita lebih selesa menggunakan ucapan hello terlebih dahulu dan kemudiannya barulah mengucapkan salam. Bukankah itu semua budaya-budaya orang yang bukan Islam? Sepatutnya kita mengikut mereka, ataupun mereka mengikuti kita?

Salam Penghormatan Dalam Islam

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh adalah salam penghormatan dalam Islam. Sabda Nabi s.a.w, “ Jika salah seorang di antara kamu bertemu dengan saudaranya, hendaklah ia mengucapkan salam kepadanya.” Ini merupakan adab seorang muslim yang di ajar sendiri oleh Nabi untuk dipraktikkan oleh umat Islam seluruhnya. Salam adalah satu penghormatan yang diturunkan oleh Allah kepad RasulNYA, dan juga merupakan ucapan penghormatan ahli syurga. ALLAH SWT berfirman :

44. sambutan penghormatan Yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan “Salam” (selamat sejahtera); dan ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan Yang mulia.

Ini merupakan salam penghormatan yang diredhai oleh Allah untuk digunkan oleh para hambaNYA dan juga diredhai oleh rasulNya untuk digunakan oleh pengikut baginda dan para umat baginda sepeninggalan baginda. Oleh kerana itu, seorang muslim tidak boleh mengganti salam penghormatan Islam ini dengan bentuk yang lain seperti contoh-contoh di atas. ALLAH SWT berfirman :

86. dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama).

Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. Yang dimaksudkan dengan penghormatan yang lebih baik adalah dengan menambah salam penghormatan yang diucapkan kepada kita. Jika dia mengucapkan, “Assalamu’alaikum warahmatullah”, maka jawablah “Wa’alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.” Atau, paling tidak, kamu menjawab yang sepadan, dengan mengucapkan, “Wa’alaikumussalam warahmatullah.” Dalam riwayat Abu Daud dan Termizi dengan sanad sahih disebutkan riwayat daripada Imran bin Husain bahawa ada seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w, lalu mengucapkan, “Assalamua’laikum.” Baginda menjawabnya, lalu dia duduk. Selanjutnya Baginda bersabda, “ Sepuluh.” Sesudah itu datang pula orang berikutnya. Dia mengucapkan, “assalamua’laikum warahmatullah.” Baginda menjawabnya, lalu dia duduk. Selanjutnya baginda bersabda, “Dua puluh.” Kemudian datang pula orang yang ketiga. Dia mengucapkan, “assalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh.” Baginda menjawabnya, lalu dia duduk. Selanjutnya baginda bersabda, “Tiga puluh.” Maksudnya, orang mengucapkan salam secara sempurna itu memperoleh tiga puluh kebaikan atau pahala.

Kepada siapa kita mengucapkan salam?

Dalam hadith Bukhari dan Muslim disebutkan riwayat daripada ‘Abdullah bin Umar r.a., bahawa ada seseorang bertanya kepad Nabi s.a.w., “Amalan Islam yang bagaimana yang terbaik?” Baginda menjawab, “ Kamu memberi makan dan kamu ucapkan salam kepada orang yang sudah mahupun belum kamu kenal.” Ini merupakan petunjuk Islam yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Iaitu kamu ucapkan salam kepada kaum muslimin yang sudah kamu kenal mahupun yang belum kenal. Sebahagian ulama mengatakan, “ Ucapan salam pada umat islam dewasa ini hanya terbatas pada sesama mereka yang sudah kenal. Ini merupakan sebahagian daripada tanda kiamat. Sebenarnya, yang menjadi kewajipan setiap muslim adalah menyebarkan salam di antara sesama manusia, baik kepada yang sudah ataupun belum dikenali, kecuali kepada ahlu kitab, orang-orang musyrik dan kaum paganis.

Kewajipan memberi salam

Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Yang kecil(muda) memberi salam kepada yang tua, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, yang naik kenderaan memberi salam kepada yang berjalan dan yang sedikit memberi salam kepada yang banyak. Sabda nabi s.a.w., “Yang kecil(muda) memberi salam kepada yang tu.

Keutamaan mendahului ucapan salam

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki, sedangkan yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk. Jika ada dua orang yang sama-sama berjalan kaki, maka yang memulakan dengan ucapan salam adalah lebih utama.” Baginda juga bersabda: “Orang yang paling dekat kepada ALLAH adalah yang lebih dahulu memulai ucapan salam.”

OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGUCAPKAN UCAPAN SALAM DALAM SEBUTAN YANG SEBETUL-BETULNYA DAN JAWAB SEBAIK MUNGKIN..

BOIKOT!!!!

Posted: January 24, 2009 in pikir-pikir

boycott_israel_2

Ingat lagi aku masa kecil dahulu, aku dan adikku selalu berjalan dengan arwah tokku. Aku memanggil nenek sebagai tok dan datuk sebagai tok wan. Kalau tak silap aku, umurnya masa tu sekitar 70-an. Beliau masih kuat lagi berjalan kaki sedangkan aku pada masa tu dah rasa tak larat. Sambil- sambil berjalan, ada dua perkara yang sering tokku pesan dan aku ingat sampai sekarang.

Pertamanya, adalah jangan sesekali mencuri walaupun sebesar biji saga kerana balasan neraka itu sangat pedih dan menakutkan. Katanya, gunung pun runtuh kalau terkena api neraka sebesar biji saga. Ya, memang betul. Api neraka itu sangat panas. Banyak perbandingan yang dilakukan untuk menggambarkan betapa panasnya api neraka itu. Tapi, satakat manakah kita percaya tentang kewujudannya sedangkan percaya adanya api neraka adalah salah satu cabaang rukun iman iaitu percaya wujudnya hari akhirat.

Yang keduanya, sekiranya dalam perjalanan ada ranting-ranting pokok atau pelepah nyok(kelapa) mahupun buah nyok. Tolong bersihkan jalan tersebut daripada sebarang benda-benda yang boleh mengancam nyawa orang lain. Katanya, walaupun benda yang kita buat ni kecik tapi besar pahalanya. Dan benarlah katanya tu. Dengan usaha sekecil itu, boleh mencegah pengguna jalan yang lain daripada kemalangan jiwa. Boleh mengelakkan anak kehilangan bapa mahupun mak, isteri menjadi janda, suami menjadi duda(kalau kahwin satula), abang kehilangan adik dan sebagainya. Mana tahu dengan usaha sekecil itu berjaya menyelamatkan orang-orang besar seperti tok-tok guru mahupun pemimpin setempat. Besar sekali kesannya atas usaha yang sedikit. Ibarat microemboli di salur darah mata. Kecil namun boleh membutakan mata.

Begitu jugalah mengenai tentang isu boikot barangan keluaran Israel dan syarikat-syarikat yang menyumbang ke arahnya. Walaupun usaha kita itu nampak kecil, namun besar impakny sekiranya kita semua bersatu memboikotnya. Dan yang paling penting sekali adalah kita mampu untuk menjawabnya di akhirat kelak. Kalau dulu kita alpa sehingga sering terguna barangan dan termakan di restoran yang menyumbang ke arah Israel, biarkan ia jadi sejarah. Kita beristighfar banyak-banyak memohon keampunan. Yang penting sekarang dan seterusnya, kita sama-sama boikot dan derma banyak-banyak kepada pejuang-pejuang Islam, Palestin khususnya. Adakah kita masih mahu duit yang kita beri secara tidak langsung kepada yahudi itu, terus-menerus menjamah badan saudara-saudara kita?

Bayangkan seandainya hasil duit yang kita terbagi kepada Israel itu digunakan untuk membeli sebutir peluru dan peluru itu berjaya membunuh tokoh sebesar dan sehebat as-Syahid Sa’ed Mohammad Syaba’an Sayam. Bantuan yang disangkakan kecil itu menjadi tersangat-sangat besar. Disebabkan kealpaan dan ketidak perihatinan kita, kita telah membantu Israel membunuh tokoh Islam kita sendiri. Frasa yang mengatakan, duit yang digunakan untuk beli peluru tu, tak kena orang Islam, sebaliknya terkena orang Yahudi balik, semata-mata untuk melepaskan diri.

Kadang-kadang aku terfikir betapa beruntungnya orang yang cukup sukakan barangan Israel dan makan di restoran-restoran seperti Mc Donald dan Starbuck. Kerana mereka mempunyai peluang yang besar untuk mendapat pahala yang cukup banyak dan lumayan kerana ALLAH memberi pahala berdasarkan tahap kesukaran. Lebih sukar, lebih banyak pahala yang dapat. Sedangkan aku yang memang tak pernah ke Starbuck , ke Mc Donald sekali masa sekolah menengah, tengok wayang 3 kali, air gas bukan satu kemestian, tak pakai minyak wangi yang berjenama Boss mahupun Giorgio Amani, dan sebagainya. Aku tahu ramai ja orang yang seperti aku dan ramai juga yang sukakan barangan-barangan yang menyumbang kepada Israel. Point aku kat sini adalah, senang ja orang-orang yang memang gaya hidup tak menggunakan sangat barangan-barangan Israel ni untuk boikot dan cukup susah untuk golongan yang barangan-barangan ni dah jadi sebahagian dalam hidup mereka. Oleh itu janganlah memandang sinis dan meperlecehkan kawan-kawan kita yang masih belum mampu sepenuhnya meninggalkan barangan-barangan ni. Sebaliknya sama-sama kita berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan boikot ni. Sama- sama kita saling mengingati dengan hati yang ikhlas dan menegur dengan penuh hikmah kawan-kawan dan diri kita sendiri. Sesungguhnya agak sukar untuk menjauhkan dari barangan yang menyumbang ke arah Israel ini kerana laptopku ada intel centrino di dalamnya, Hp aku nokia express music dan aku amat berkenan dengan nokia express music touch screen yang terbaru.huhu. Namun begitu marilah kita sama-sama menjayakan kempen boikot ni. Kalau sebelum ni g Mc D dan Starbuck 2 kali seminggu, kurangkan jadi sekali ataupun tak payah terus. Aku puji usaha kawanku untuk buat aiskrim dan milk shake sendiri demi untuk katakan tidak pada Mc Donald. Semoga usaha kita yang kecil ini akan memberi satu impak yang cukup besar. InsyaALLAH. Sesungguhnya ALLAH melihat sejauh mana usaha kita dalam menegakkan agamanya.

Pre-Attachment

Posted: January 23, 2009 in attachment

Masa tu aku masih lagi berada di KL, di rumah Syakrani. Tiba-tiba saja mak aku call suruh balik rumah. Katanya buat apa tinggal di rumah orang lama-lama, baik tolong mak di rumah. Aku pun akur dengan permintaannya walaupun buku yang aku nak masih belum dijumpai. Jadi aku pun bagi tahu Syak yang aku nak balik haritu juga. Di sebabkan aku balik petang tu dan hari masih awal pagi, Syak pun ajak aku pi Mid Valley. Lama gak aku tak pi Mid Valey. Last sekali pi masa kat intec. Boleh tahan besarnya. Kebetulan masa aku pi dulu ngan member-member, jumpala Mamat kumpulan exist ngan anak dia. Masa tu aku beli seluar jeans Edwin. Kalini aku datang nak beli buku kat MPH. Tapi buku yang aku nak tak jugak dapat. Hampeh betol. Memang tak dak rezeki aku. Tapi aku belila jgak memandangkan aku tak akan mai Kl dah. So, kesimpulan aku, sebesar-besar Mid Valley tu, 2 kedai je yang bermanfaat untuk aku, yang lain mengarut ja. Boleh tgok jela. Only can be seen, cannot be touch. Touch lebh2 kena bayar, tak ke haru. Kalau touch down takpala jugak. Silap2 tak dapat bayar, polis plak yang touch. Kan dah kes naya diri sendiri. Tapi Mid Valley memang bukan tempat untuk orang Islam. Harapkan besar je, surau punyala kecik. Dahla kecik, boleh aku pi tinggalkan jam pemberian abang aku sebelum aku fly dulu. Terus aku dah tak dak jam. Aku pun malas nak beli. Tunggu orang bagi hadiah la plak baru aku pakai jam balik. Abis kat sini kisah aku di Mid Valley.

orang berkulit putih berjalan-jalan di puduraya..aku amik gambar masa dalam bas on d way balik ke manjung, perak.

orang berkulit putih berjalan-jalan di puduraya..aku amik gambar masa dalam bas on d way balik ke manjung, perak.

Petang tu aku pun balikla ke Manjung, sebuah bandar yang memiliki Ibu Pejabat Polis yang tercanggih di Malaysia mengikut berita yang tertulis di Metro. Keesokan harinya iaitu hari Jumaat, 5 September 2008, aku pun mengkelamkabutkan diriku pagi tu untuk buat surat permohonan. Terima kasih, kepada kawan- kawan yang membantuku menge’check’ grammer aku. Sesungguhnya aku punya grammer memang teruk. Ini diakui sendiri oleh cikgu BI aku masa ka MRSM. Tapi dia puji jalan cerita aku menarik. Tak taula betul ke tak. Nasib baikla SPM dapat A. Petang tu jugak selepas menunaikan tanggungjawab yang difardhukan ke atas aku, aku pi ke hospital Daerah Sri Manjung. Dengan baju kemeja masa form5 dulu, kasut abang aku yang longgar dan seluar yang semakin ketat aku melangkah dengan penuh confident ke ibu pejabat hospital.

“Assalamualaikum kak Ti”, sapaku dengan senyuman yang manis. Aku bukan kenal pun, tapi aku dengar kawan dia panggil nama dia Yati. So, aku pun panggilla dia Kak Ti dengan harapan panggilanku yang mesra tu akan memudahkan segala urusan selepas ni. “Waalaikumussalam”, jawabnya.

Dialog-dialog selepas ni aku reka ikut sedap mulut aku ja. Cuma nak bagi nampak situasi masa tu sahaja. Manala aku nak ingat sebutir-sebutir apa yang kami bualkan.

Kak T: Nak apa dik?

Aku: Saya nak buat attachmentla kak.

Kak T: Ada surat pengesahan daripada Pengarah.

Aku: Surat daripada Pengarah? Surat apa tu kak. Surat daripada u adala.(smbil menyerahkan surat pengesahan aku sebagai student alex u)

Kak T: Macam ni ha. Semua yang buat attachment kat sini akan bawa surat daripada pengarah dulu.

Boleh tak kalau saya buat saja tanpa surat tu. Saya dah tak lama kat sini(cuba tawar-menawar).

Kak T: Tak bolehla dik, memang nak kena surat tu jugak. Ni akak bagi alamat pengarah tu, adik tukar sikit-sikit surat permohonan ni. Pastu adik hantar ke alamat ni. Dah dapat surat baru datang balik.

Aku: Hmm, tak apala kalau macam tu kak.

Aku pun ambil alamat yang kak Ti bagi dan terus mengucapkan salam dengan senyuman yang manis jugak. Nak minta tolong orang tak boleh buat kerek(sombong). Tapi memang tak boleh sombong pun.Tak kira masa, tempat dan keadaan. Kita sebagai hamba ALLAH kenalah sentiasa merendah diri, tak mendabik dada. Manusia semua sama di sisi ALLAH, yang membezakan adalah Taqwa. Bunyi macam klise, tapi tulah kebenarannya.

Aku pun tengok jam kat HP aku. Sempat lagi ni kalau nak pos. Sekali lagi aku mengkelamkabutkan diriku ke CC. Tapi aku tetap menunggang motor Lagenda aku dengan berhikmah. Takut-takut penyebab kematianku atas sebab kecuaian diri-sendiri. Lagi satu aku akan menyusahkan orang lain yang terlibat sama, andainya aku kemalangan. Mati pun nak menyusahkan orang. Tak tahula kalau masih mahu sombong dengan orang lain.

Ditakdirkan ALLAH, aku selesai mengepos surat tu dengan jayanya kepada Pengarah. Tapi yang bacanya orang bawahan dia ja. Rasa akula. Tak baik gak sebar-sebar fitnah ni.

Ni alamat surat yang aku hantar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30590, Ipoh Perak.

U/P Unit Perubatan.

Balik je rumah, mak aku tanya. Dapat ke tak buat attachment. Aku kata dalam seminggu baru dapat terus aku kena ‘smash’. Ha, tula..mak dah suruh buat awal-awal tak nak. Dah nak buat baru nak mintak. Tapi takpa. Tolong mak jahit baju sementara nak dapat. Aku pun tak boleh nak berhelah lagi. Betulla apa yang mak aku cakap tu. Apa nak buat. Dah terbiasa buat last minute. Nampaknya nak kena ubah sikap aku ni. So,seminggu sebelum buat attachment, aku menjahitla baju kat mak aku sambil-sambil prepare lauk bukak puasa. Dapatla aku siapkan sehelai baju batik kanak-kanak, 3 helai baju melayu dewasa dan baju kurung sehelai. Kira okla untuk orang yang baru belajar cantum baju. Aku cantumkan baju je. Mak aku yang buat potong-potong. Aku bukannya rajin sangat nak wat baju tu, cumanya ia satu perkara baru dalam hidup aku. Very interesting and challenging. Tambahan pulak mak aku kata, adik aku siap buat tempahan langsir lagi. Abang-abang aku pulak semua reti jahit baju. Tak kan aku nak ngaku kalah. Tidak sekali-kali. Pantang aku berundur sebelum mencuba(konon-kononla).

Dalam 2-3 hari lepas tu aku dapat call dari pihak PJKNP. Katanya ,aku mula attachment 15 september 2008 sampai 25 september 2008. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan banyak ilmu yang dapat aku kutip semasa buat attachment nanti. Untuk pengetahuan semua, aku buat attachment tu sorang-sorang. Langsung tak dak student dari u yang lain. Sebabnya, ramai yang dah balik dan buat sebelum bulan puasa. Aku je yang nak buat masa bulan puasa. Yela, bulan tak puasa nak jalan2,makan2, besarkan badan.