circle of influence

Posted: May 6, 2009 in pikir-pikir

“Mat , hang serius nak pi europe? Kalau hang nak pi aku nak ikut. Aku tak nak ikut orang lain, nak ikut hang jugak?”

“Atan, hang gi lecture tak hari ni. Kalau hang pi aku nak pi. Kalau hang tak pi, aku terpaksa ikut hangla. Haha.”

“Ayoi, jom gi kelas agama Ustaz Man”, ajak Ramlee. “Epoi pegi tak? Kalau Epoi pegi, aku gi la”, jawab Ayoi.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini. Sama ada, anda orang yang mengikuti kawan anda ataupun kawan anda mengikuti anda. Inilah yang dikatakan circle of influence ataupun lingkaran pengaruh. Anda tidak perlu menjadi seorang ketua ataupun pemimpin untuk mempunyai pengaruh terhadap orang sekliling anda. Cukup dengan personality dan kelebihan-kelebihan yang ada pada anda. Kadang-kadang anda sendiri tidak menyedarinya dan anda tidak meminta untuk menjadi seseorang yang berpengaruh.

Tidak perlu kepada pengikut yang banyak sehingga beratus-ratus orang barulah nak dikatakan anda mempunyai pengaruh ke atas orang lain. Cukup seorang ataupun lebih, anda telah mewujudkan satu circle of influence. Pengaruh ini wujud kerana orang menghormati anda samada kerana kelebihan yang ada pada anda ataupun personaliti anda. Kelebihan merangkumi banyak aspek. Contohnya, anda seorang yang berjaya daam pelajaran tanpa meniru, anda seorang mat rempit yang berani mati meletakkan kepala di jalan semasa mengangkat tayar, anda seorang penyanyi yang mempunyai suara yang cukup merdu, anda seorang yang pandai memberi ceramah, anda seorang pemain bola yang hebat, anda seorang yang berani menongkah arus yang berani membuat sesuatu diluar kebiasaan, anda seorang yang berani mencetus kontroversi, anda seorang yang komited dengan perjuangan Islam dan banyak lagi.

Kelebihan-kelebihan anda ini mungkin ada yang bercirikan kebaikan dan ada yang bercirikan perbuatan yang tidak baik. Namun semua itu dinilai oleh individu yang menghormati anda mengikut sudut pandangan masing-masing dan NILAI yang mereka pegang. Namun begitu, ada juga orang yang memang mencari pengaruh dan meluaskan lingkaran pengaruhnya. Ini yang berlaku kepada penyanyi-penyanyi dan ahli-ahli politik.

“Lantakla aku nak buat apa pun. Aku bukannya kacau orang. Aku buat hal aku sendiri.”

Memang itulah yang sering kita lakukan dan pertikaikan apabila perbuatan kita agak menyimpang daripada kebiasaan sebagai seorang Islam sehingga ada yang menegur kita. Namun begitu anda perlu sedar bahawa segala tindakan anda mungkin akan dicontohi oleh orang lain. Mungkin circle of influence anda terdiri daripada adik anda, junior anda apabila anda seorang senior, rakan-rakan di sekeliling anda, ahli rumah anda, ahli section anda dan mungkin ahli jamuan anda. Adakah kita sanggup untuk menjadi contoh tauladan yang buruk kepada mereka?

“Man, aku nak gi kelas tafaqquh ni, jom gi sekali”

“Lama tak datang kuliah. Jom kita ke kuliah Roy”

“Aku rasa elokla kita bayar duit tabung kasih sayang. Boleh bantu rakan-rakan private kita yang tak mampu.”

Bayangkan betapa perbuatan anda mampu menarik sekali orang-orang yang di dalam lingkaran pengaruh anda ke arah kebaikan. Bertambahlah amal jariah anda, InsyaALLAH. Kesimpulannya, setiap kita ada pengaruh ke atas orang lain. Maka berhati-hatilah dengan tindak tanduk anda supaya tidak menjerumuskan orang lain bersama-sama anda ke arah keburukan sebaliknya gunakanlah pengaruh anda itu ke arah kebaikan.

Leave a comment